Special Part 2

13.9K 405 4
                                    

"Iman...."

Mengekek Iman ketawa apabila diagah papanya.

"Iman rindu mama tak?" Papa rindu gila dengan mama. Bila mama nak balik ek? Bekalan susu Iman pun dah tinggal sikit. Anak papa ni dah lah cerewet, tak boleh minum susu formula. Fea, abang rindu
Fea."

Naufal mencium kedua-dua belah pipi gebu Iman. Jam sudah menginjak ke angka 11 malam, Iman masih tidak mengantuk. Naufal pula sudah keletihan namun dia tidak boleh tidur sebelum Iman. Risau sekiranya berlaku apa-apa terhadap anaknya.

"Sikit je lagi Iman, kita akan jumpa mama semula. Lepasni kita berjalan bertiga pula. Papa, mama dan Iman. Suka tak?"

Iman yang tak faham sepatah habuk pun dengan kata-kata papa nya hanya ketawa.

"Ketawa saja bila papa cakap. Macam faham sangat ek." Terhibur Naufal dengan telatah anaknya, buat dia lupa sebentar kerinduannya pada Sofea.

Akhirnya, kedua-duanya lena. Iman selamat di dalam pelukan papa nya.

########################

Selepas sahaja menunaikan solat Subuh pagi tadi, Naufal kembali menyambung tidur.

Namun, tiba-tiba Naufal tersedar dari tidurnya. Dia terbau haruman tumisan sambal yang menyelerakan. Bau tumisan yang sangat dia kenali. Naufal dengan mata yang terpisat-pisat mencari punca dari mana datangnya bau tersebut. Dengan berhati-hati dia turun ke bawah dan terus menuju ke dapur.

Naufal melihat seorang wanita sedang sibuk memasak di dapur rumahnya. Wanita tersebut hanya memakai singlet hitam bersama short pant berwarna merah. Rambut panjang nya diikat satu. Wanita tersebut menyanyi-nyanyi sambil tangannya lincah mengacau sesuatu di dalam kuali.

Naufal tidak terus mendapat kan wanita itu, dia hanya memerhatikan gerak-geri wanita itu dari jauh. Kerinduan nya pada wanita itu memang sudah tidak tertahan lagi, namun dia bukanlah seorang yang gelojoh. Dia mahu menghayati figura wanita itu sepuas nya.

Suara tangisan Iman dari tingkat atas, menyedarkan Naufal. Dia harus naik ke atas sebelum wanita itu perasan kehadiran nya.

"Iman, mama dah balik. Jom turun, kita jumpa dengan mama." Naufal segera membawa Iman turun ke bawah. Senyap terus budak comel tu bila berada dalam dakapan papanya.

"Mmmammmmmma...." Nampak sahaja susuk tubuh mamanya, Iman sudah pun galak memanggil mamanya dalam bahasa yang pelat.

Sofea menoleh kebelakang dan perasan akan kehadiran suami dan anak lelakinya. Segera kedua-dua kesayangannya dipeluk erat.

"Rindu. Sangat rindu. Abang jangan hantar Fea pergi bercuti lagi. It's so empty without both of you."

"I won't because my life also empty without you my love. Bila sampai? Kenapa tak call? Kenapa tak kejut abang? Kenapa...."

"Shush..." Sofea meletakkan jari nya di mulut Naufal.

"Fea tak nak susahkan abang. Semalam lagi Fea dah sampai tapi Fea duduk rumah umi. Pukul 7 lebih tadi Fea ke sini, naik teksi. Fea terus dapatkan abang kat bilik. Sempat kiss abang dengan Iman lagi. Abang dengan Iman je yang tak sedar. Are you satisfy now with my answer my dear?"

"Owh, sampai semalam lagi. Tak bagitau pun ek. Nak merajuk lah macam ni. Jom Iman, kita jangan kawan dengan mama."

"Abang, sorry. Janji tak buat lagi. Janganlah merajuk, hilang kemaskulinan abang tau. Tak macho dah."

"Acah jer. Mana boleh merajuk dengan isteri abang ni lama-lama. Kempunan nanti."

"Kempunan? Amboiii.."

"Fea, laparlah. Dah siap ke sarapan?"

"Dah. Tinggal nak buat air je. Abang nak air apa?"

"Nescafe untuk abang dan susu 'segar' untuk Iman. Iman tak mau dah minum susu yang Fea stok kan tu."

"Kesiannya anak mama ni. Kejap ek sayang-sayang ku." Sofea segera membancuh air nescafe kegemaran Naufal.

"Fea..."

"Kenapa?"

"You look so sexy bila bancuh air lagi-lagi bila pakai macam tu."

"Am I? Short pant ni Fea beli kat Langkawi. Sexy untuk abang je, apa salahnya kan?"

"I love you. Thanks sebab balik awal. Both of us miss you so much. Kan Iman?"

"Love you too. Fea pun tak boleh tinggalkan abang dengan Iman lama-lama. Okeylah, abang dengan Iman duduk dulu dekat meja makan. Fea hidangkan sarapan."

"Okey."

-akan bersambung-

**part seterusnya saya buat panjang sikit, k.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now