Part 8

28.2K 876 3
                                    


Empat tahun yang lalu....

Ada benarnya kata-kata Sofea. Kenapa dia harus percayakan kata-kata orang lain. Kelibat isterinya di cari dan apa yang disaksikan matanya sangat menyakitkan. Sofea Imani berada dalam dakapan seorang lelaki.

"Sofea...." jeritnya.

Sofea kaget dan meronta untuk melepaskan dirinya dari lelaki itu.

"Abang...abang....Sofea tak bersalah abang." Sofea dapat melepaskan diri dan terus berlari ke arah suaminya.

"Apa yang aku dah nampak sudah cukup jelas Fea. Kau tak perlu nak jelaskan apa-apa. Jadi betullah kata Julya, kau ni memang perempuan murahan. Sofea Imani binti Rashid, aku ceraikan kau dengan talak satu. Mulai malam ni aku tak mahu lagi tengok muka kau dekat rumah ni. Berambus dari rumah aku."

Sofea hampir pengsan. Talak telah dilafazkan. Dia diceraikan tanpa relanya, tanpa dia diberi peluang untuk membela dirinya. Kemudian dia memandang lelaki asing tersebut.

"Siapa kau sebenarnya? Kenapa kau nak hancurkan rumah tangga aku? Apa salah aku dengan kau? Tolonglah cakap dengan suami aku yang aku tak bersalah" ucap Sofea dengan sebak. Naufal masih tidak berkalih dari tempatnya berdiri.

"Aku nak keluar, bila aku balik nanti aku harap sangat yang kau dah berambus dari rumah ni. Dan kau jantan, tolong jangan tunjukkan diri kau pada aku lagi kalau kau tak nak aku pecahkan muka kau!"

Naufal keluar dari rumah mereka.

"Thanks Sofea, kau dah buat kerja aku senang. Lepas ni kau jangan risau sebab kau takkan jumpa aku lagi. Bye bye sayang, aku nak enjoy dengan RM 1 juta yang baru aku dapat." Kata lelaki itu kepada Sofea.

"Siapa yang upah kau, Julya? Hahaha, kau jangan nak gembira sangat lah. Lepasni kalau kau dah jatuh terduduk baru kau tahu apa yang aku rasa. Aku doa biar Allah cepat tunjukkan jalan yang benar untuk kau, setidak-tidak nya pun kau akan dapat balasan yang setimpal dengan kejahatan kau" kata Sofea sinis. Lelaki itu nampak berang dengan kata-katanya dan terus keluar. Walaupun lelaki itu tidak memberitahu siapa yang mengupahnya tetapi Sofea tahu ini semua kerja Julya. Wanita itu memang membencinya. Zaman sekarang memang dasyat, dengan hanya sekeping gambar, bercerai-berai Sofea dengan suaminya. Sofea angkat kaki dan naik ke tingkat atas. Dia mengemas semua.barang-barangnya. Dia langsung tak mengambil satu pun barang yang dihadiahkan Naufal. Setelah semuanya selesai, dia memasukkan semua barang-barang ke dalam kereta. Buat kali terakhir rumah itu ditatap dengan kasih. Sofea sempat menulis sepucuk surat kepada suaminya dan mengambil album foto perkhawinannya.

'Selamat tinggal, kenangan' bisik hatinya dan terus meninggalkan rumah itu.

Sementara itu, Naufal memandu keretanya tanpa arah tujuan. Perbualanya bersama sama Julya tadi bermain di fikiranya.

"Naufal, I ada something nak bagi tau you but I harap you kena bertenang."

"You sound serious. What is it Julya."

"It's about your wife. She is cheating on you."

"What are talking Julya. Sofea is a good wife. She will not do it. Do you have a proof?"

Julya menghurkan sampul surat berwarna coklat kepada Naufal.

"See it for yourself."

Naufal membuka sampul surat tersebut. Panas hatinya dengan gambar-gambar tersebut. Sofea nampak mesra dan intim dengan seorang lelaki.

"Cool down Naufal. I'm doing this.for your own good. I tak nak you tertipu dengan permainan perempuan tu."

"I nak balik Julya. See you tomorrow"

Ponn....ponnn.... Naufal tersedar. Lampu isyarat sudah bertukar hijau rupanya patutlah dia dihon pemandu di belakangnya. Pemanduanya diteruskan dengan fikiran yang kosong dan berharap bahawa ini semua hanya mimpi.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now