Special Part 3 (Edisi Syawal)

Start from the beginning
                                    

"Takpelah. Fea pujuk Iman. Abang nak mandi dulu."

"Nanti kejap. Mandikan Iman sekali boleh? Fea dah siapkan dah pun air suam untuk Iman."

"Erm boleh. Sini kat papa." Iman sudah berada dalam pelukan papanya.

"Hati-hati abang."

"Abang tahulah. Banyak kali dah abang mandikan Iman. Kan Iman?"

"Tahu. Saja je ingatkan. Abang, thanks."

"You are welcome."

Di butik mama....

"Cantiknya baju ni. Abang, cantik kan?"

"Can....tik kot."

Tiba-tiba Iman merengek. Sofea segera mendapat kan anaknya didalam stroller. Sofea segera check pampers anaknya.

Patutlah merengek. Ada isi rupanya.

"Abang, Fea bawak Iman pergi toilet kejap tau."

"Ok."

Hilang sahaja kelibat Sofea dari mata, Naufal segera mendapatkan mamanya.

"Kenapa mesti ada 'kot', bila Sofea tanya baju tu cantik atau tak?" Soal mama.

"Erm..."

"Angah, mama tanya ni. Kenapa mesti ada 'kot'? Tak cantik ke baju yang mama design ni?"

"Cantik ma....cuma....."

"Cuma apa angah?"

Cakap Naufal. Kau kena suarakan ketidakpuasan hati kau.

"Angah tak boleh terima warna pink tu mama. Mama pun tahu kan, Naufal tak suka pink. Patutnya tahun ni, mama tak payahlah tetapkan tema pink."

"Angah...bukan mama yang tetapkan tema. Fea yang cadangkan supaya kita satu family pakai pink tahun ni. Semua orang dah setuju. Kak Long sekeluarga pun okay je. Papa, lagilah excited bila dengar tahun ni kita nak pakai tema pink. Angah, mama rasa tak ada salahnya kalau Angah pakai pink."

"But mama...."

"Angah, please. Tahun ni pertama kali kita beraya beramai-ramai. Please don't spoil the mood. Tahun ni je, Angah pakai pink. Please....kesian Fea. Dia pun tolong mama tau design dan jahit baju-baju ni."

"Looks like I don't have any choice. Ok, mama. For the sake of my mother and my wife, Naufal Iskandar akan pakai p.i.n.k."

Redha jelah Naufal....
Tak mati pun kalau kau pakai pink satu hari.

30 Ramadan

Sedar tak sedar, Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Terasa syahdu di hati Sofea tatkala tinggal beberapa jam lagi masuknya waktu berbuka puasa.

Semoga aku dipanjangkan usia agar dapat bertemu kau lagi Ramadan Kareem.

"Menungkan apa tu Fea? Dari jauh lagi abang tengok Fea mengelamun." Kata Naufal sambil back hug isterinya.

"Takdelah bang. Fea sedih sebab Ramadhan dah nak abis. Rasa macam tak gunakan masa sebulan ni dengan sebaik mungkin je untuk beribadat. Walaupun kita buat tarawih, tadarus dan qiamulail, tapi Fea tetap rasa tak puas bang."

"Betul tu sayang. Mudah-mudahan tahun depan dan tahun-tahun seterusnya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan."

"Amin Ya Rabbal Alamin. Jom abang tolong Fea masak."

"Jom."

Meriah betul rumah mereka pada hari ini. Sofea dan Naufal mengajak mama, papa, umi dan kak Long sekeluarga berbuka puasa di rumah mereka. Mama dan umi turut membawa juadah yang mereka masak dari rumah mereka. Maghrib itu, mereka berbuka puasa beramai-ramai.

Akan Aku Kejar JandakuWhere stories live. Discover now