30: Suprise

9.3K 302 1
                                    

Semalam mama call aku.Hari ni birthday Zayyan.Masalahnya sekarang ni aku pun tak tahu nak buat apa untuk sambut hari lahir dia.

Masalahnya sekarang ni juga Zayyan pun tak balik dari Johor lagi aku nak sambut macam mana.Takkan aku nak sambut dengan gambar dia kot pastu suruh gambar dia tu tiup lilin.Kalau jiran aku nampak sah diaorang kata aku gila.Tak nak aku kena cop gila.

Ah! Aku malas nak fikir.Kalau Zayyan balik aku ambil kek dalam peti sejuk dan aku panaskan lauk.Kalau dia tak balik aku buang je la.

♛♛♛

Aku membuka mataku perlahan-lahan.Terasa ada yang merenungku.Aku mengalihkan pandanganku ke arah kanan.

Pakk!

Aku melihat tapak tangan aku.Aku tak sangka aku buat macam tu.Tindakan drastik aku bila terkejut kot.

"Sayang sakit la,"rungut Zayyan sambil mengusap pipi kirinya.

"Hee.Siapa suruh biy buat sayang terkejut?Padan muka kan dah dapat habuan."Aku bangun lalu berjalan ke arah bilik mandi.

"Tengok la biy balas balik apa yang sayang buat dekat biy,"laung Zayyan dari luar.

Aku tergelak di sebalik pintu.Padan muka! Siapa suruh dia buat kita terkejut kan dah dapat penampar sulung aku.

♛♛♛

Kelihatan senyuman Zayyan tidak lekang dari majlis sambutan hari lahirnya bermula lagi.Seronok la tu aku buat semua ni untuk dia.

Pandangan Zayyan dan aku bertembung.Dia berjalan ke arah aku.“Thanks sebab buat biy bahagia sayang,”bisik Zayyan di telingaku.

Aku hanya mengangguk.Dengan pantas Zayyan mencium pipiku.Allahu! Malunya seorang Faiqah Adreanna apabila Zayyan cium pipi aku tadi.

“Zayyan?”panggil seseorang.

Zayyan menoleh ke arah empunya suara itu.Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan itu.“Amira?”

Amira?Jadi dia ni bekas tunang suami aku yang larikan diri tu.Kenapa aku macam biasa tengok muka dia ni?Oh ya! Aku ingat dah.Dia ni bukan ke guru kelas aku dulu ke?

“Faiqah right?”tanya Amira.Aku hanya mengangguk.“Ingat cikgu lagi tak?”sambung Amira lagi.

Aku hanya mengangguk.Aku meminta izin untuk pergi melayan tetamu tapi sebenarnya untuk memberi mereka dua ruang untuk berbincang.

Zayyan menarik lenganku.Aku memandang ke arah Zayyan.Dia menggeleng kepalanya tanda dia tak mahu aku pergi.Aku hanya akur.

“You nak apa?”tanya Zayyan dingin kepada Amira.

“I nak..”Namun kata Amira dipintas oleh panggilan seseorang.

“Faiqah?”panggil seseorang.

Allah! Suprise apa lagi yang aku dapat malam ni.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now