Bab 7

3K 91 0
                                    

HUSNA, nama yang kuberi buat anak pertama kami. Permata hati kami itu sudah mula pandai berjalan. Tetapi perangai suami aku pula yang menjadi kebimbangan aku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa sikapnya berubah pelik. Bermacam-macam yang dia minta dari aku. Aku turutkan sahaja walaupun aku sibuk dengan tugasku sebagai pengusaha catering. Sebelum aku menyambung PhD, aku terlebih dahulu berjinak-jinak dengan bisnes catering. Dah habis belajar, aku kini mengusahakannya sepenuh masa.
Aku kerling Afnan yang terbaring di sofa. Awal pula dia balik hari ini? Selalunya kat pejabatlah dia tersengguk-sengguk.

"Sayang nak air?" sapaku sebaik tanganku menyentuh kedua-dua bahunya. Kuurut perlahan. Mungkin dia kepenatan.

"Saya teringin nak makan tomyam la, sayang. Masakkan untuk saya boleh?" Dia mendongak memandang aku.

"Hari tu nak makan sup. Hari ni mintak tomyam pulak. Saya bukannya reti sangat masak ikut selera awak. Nanti tak sedap, awak kompelin pulak," ujarku. Teringat aku pada rungutannya tempoh hari apabila aku masakkan sup yang tidak menarik cita rasanya.

"Kali ni je, sayang. Awak baik. Awak cantik. Isteri saya yang paling ayu takkan hampakan permintaan saya," pujuknya. Mulalah tu nak melembutkan hati aku. Aku pula memang semakin hari semakin cair dengan pujukannya. Nak-nak lagi apabila dia buat muka manja macam ni. Suami sendiri puji cantik, kembanglah hidung ini.

"Yelah. Saya masakkan. Jangan nak kompelin sudah."

Dia tersenyum. Sukalah tu permintaannya tercapai. Tetapi aku pula yang tak sedap hati. Dah minta macam-macam ni adalah tu yang tak kena. Aku usir perasaan negatif yang mengundang dalam diri. Tak ada apa-apa kut, desisku dalam cuba menyedapkan hati.

Malam itu, dia muntah kuat sebaik usai makan tomyam yang kumasakkan untuknya. Terbongkok-bongkok badannya saat memuntahkan segala isi perut di singki bilik air. Aku yang baru menidurkan Husna menjengah ke bilik air yang terbuka.

"Awak okey ke tak ni? Nak ke klinik?" Belakangnya kuusap lembut. Risau betul dengan keadaannya itu. Dahlah mengidam macam-macam, muntah pula. Salah makan ke?
Dia menggeleng lemah. "Tak payahlah, sayang. Sikit je ni."

"Tapi kalau dah muntah macam ni, mana nak okey? Saya risau tahu. Anak kita baru pandai berjalan tapi awak pula sakit. Macam mana saya nak hadapi semua ni?" Aku bagai mahu menangis.
Dia basuh wajahnya. Kemudian matanya kalih padaku.

"Jangan risau. Tak ada apa-apalah. Saya okey je, sayang. Sayang saya nak menangis ni kenapa pula? Bukannya saya sakit teruk pun."

"Saya takut," aduku. Dia senyum sambil mengusap ubun-ubun kepalaku.

"Saya okeylah, sayang. Ni mesti saya salah makan." Afnan cuba menyedapkan hatiku.

"Kita ke klinik ya?" saranku sekali lagi. Namun dia tetap tidak mahu. Sudahnya aku biarkan sahaja dia berehat di katil. Namun perasaan tidak sedap di hati ini tidak dapat kuusir jauh.
****
AKU mengadu kepada Mak Cik Siah tentang perangai pelik anaknya. Kut-kut mamanya boleh membantu.
"Dia mengidam macam-macam, mama. Macamlah dia mengandung," aduku sewaktu aku menolong mama memasak di dapur. Sambil itu aku melayan si kecilku yang tidak betah berenggang denganku. Sejak dua hari lalu aku dan keluarga bercuti di rumah mertua. Kebetulan adik iparku, Afifah bakal berkahwin maka seluruh keluargaku datang menginap untuk membantu mana-mana yang patut.

"Entah-entah Ina mengandung kut?" tebak mama dengan kening terangkat. Aku diam. Hamil? Mustahil. Husna baru saja pandai berjalan. Masih mahu bermanja denganku. Takkanlah kut? Memanglah aku sudah terlambat untuk bulan ini. Tetapi aku fikir mungkin kerana tekanan kerja menjadikan aku belum datang bulan.

Afnan datang ke dapur. Meminta puding jagung pula kali ini. Pening kepala aku dengan permintaannya yang macam-macam.

"Biar mama yang buat," tawar mama namun pantas Afnan menggeleng. Dia mendekati aku. Tubuh Husna yang berada di ribaku diraihnya.

"Biarlah sayang saya yang buat. Saya teringin nak rasa puding buatan sayang saya, mama," ujarnya jelas mahu aku menuruti permintaannya. Suaranya lunak sahaja apabila berkehendakkan sesuatu.

"Dah macam orang mengidamlah kau ni, Nan," sela mama sambil menggelengkan kepala. Aku tersenyum.

Mama join sekali bantai dia yang hanya mampu tersengih sambil menggaru kepala dengan sebelah tangan. Dia kemudiannya mengagah Husna yang tiba-tiba merengek manja. Kalau dalam dukungan papanya, mulalah anak kecil itu merengek. Dengan aku, pipi akulah yang seringkali menjadi mangsa tamparannya. Bila aku mengadu pada Afnan, dia hanya ketawa kecil. Katanya, papanya nakal, maka si kecil itu pun ikut sama nakal macam papanya juga. Apa-apa jelah, suamiku....

Cerpen : 143 - I Love YouDonde viven las historias. Descúbrelo ahora