Bab 1.

6.6K 130 7
                                    

MASUK tahun ini umur aku sudah menginjak usia 29 tahun. Sedar tidak sedar lagi setahun umur aku sudah melangkah 30 tahun. Mungkin kerana usia aku yang semakin bertambah menyebabkan telinga aku sering dijamu dengan pelbagai soalan yang agak sensitif. Bukan setakat jiran je yang menyibuk, keluarga aku pun turut sama menyibuknya!

Emak dengan kakak pula asyik bertanya benda yang sama. Rasanya sudah dua tiga kali emak menanyakan aku tentang calon suami. Dan jawapan yang sama juga aku bagi, belum bersedia.

"Ina, mak nak tanya sikit boleh?" Emak membuka bicara pada pagi yang tenang ini. Aku yang baru hendak menyuap karipap tidak jadi pula. Aku pandang wajah emak yang kelihatan serius. Kalau dah serius macam ni, memang sahlah soalan tu bersangkut-paut dengan soal perkahwinan!
"Ina tak lama lagi habis belajar kan?"

Aku angguk. Karipap di tangan disuap ke mulut. Mulutku tidak berhenti mengunyah tetapi mata ni tetap fokus pada emak. Nak tahu juga apalah yang bakal keluar dari mulut emak.
"Ina tak terfikir nak kahwin?"

Soalan emak buat aku tersedak. Nasib baik tak tercekik. Aku capai gelas dan aku isikan air kosong. Sekali teguk sebab tekakku rasa lain macam.

"Eh budak ni. Tanya soalan macam tu pun dah tersedak ke?" Kala itu Kak Amani mendekatiku. Belakangku ditepuk lembut.

"Akak pun sama macam mak," rajukku buat muka. Namun Kak Amani buat tak endah.
"Mak tanya sebab dia risaukan kau la, Ina. Dah tua bangka dah tapi masih solo. Bila pula kau nak kelek anak kalau sibuk kelek buku je?"

Aku telan liur. Jeling kakak sulung aku. Bab bekerjasama dalam soal mencari jodoh memang nombor satu! Patutlah dia kahwin awal!

Aku yang masih cun melecun ni dikatakan tua bangka? Mentang-mentanglah aku belum kahwin. Boleh pula dia gelar aku macam tu? Sakit hati kita akak oi!

"Ina kan belum habis PhD. Tak ada masa la nak fikir pasal tu." Aku mencebir bibir. Soal kahwinlah paling aku tak suka nak bahaskan. Dengan umur aku yang makin bertambah ni, aku rasa aku lebih selesa kalau aku terus belajar dan belajar. Tapi emak tak faham.

Emak pandang aku dengan pandangan yang tidak puas hati. Namun aku buat tidak tahu. Adalah tu emak nak plan apa-apa untuk aku. Curiga pula aku dengan emak aku ni. Ditambah lagi apabila Kak Amani dok tersenyum-senyum ke arahku.

"Mak dah jumpa calon menantu untuk kau. Jangan kau kata nak tolak ke apa. Bukan senang tahu nak dapat lelaki muda yang tak kisah perempuan tua macam kau ni?"

Aku menjegilkan mata. Ada aku kisah pasal tu?

"Pandailah akak nak kenenkan Ina dengan sesiapa je. Ina tak naklah. Ina masih belum bersedia. Bak kata orang putih, not ready yet," tekanku dengan harapan Kak Amani menarik balik kata-katanya itu. Soal kahwin bukan keutamaanku sekarang ini. Belajar sahaja yang ada di kepalaku. Belajar dan belajar sehingga ke tua. Disebabkan itu aku sambung pengajian aku sehingga ke peringkat PhD.

"Ina, kau dah tua. Dah patut kahwin. Kan, mak?" Kak Amani menoleh ke arah emak. Emak mengangguk, bersetuju.

"Tapi Ina belum habis belajar, mak." Aku masih memprotes.

"Takpe. Kenal-kenallah dulu. Kalau dah rasa sesuai nanti, baru kita bincang pasal ni." Emak berusaha memujuk aku. Aku pula bila emak mula buat suara lembut macam tu, mulalah aku nak kasihan. Mulalah cair.

"Budak mana mak?"

"Anak Mak Cik Siah yang belajar kat Korea dulu. Dah habis belajar pun. Dah kerja sekarang ni. Tapi masih dekat Korea kata maknya. Kalau kau bersetuju nak jumpa dia, hujung bulan ni dia balik kejap." Kak Amani menjawab bagi pihak emak. Aku terkebil-kebil. Anak Mak Cik Siah mana pula ni? Manalah aku nak kenal.

"Mak Cik Siah yang mana ni?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sejak bila pulak aku kenal dengan Mak Cik Siah? Setahu aku ini kali pertama aku mendengat tentangnya. Lagi-lagi pasal anaknya yang belajar di Korea.

Kak Amani menolak kepala aku perlahan. "Kau tak ingat ke Mak Cik Siah yang duduk sebelah rumah kita dulu? Dia jiran kita sebelum kita pindah ke sini. Kau kenal kan dengan anak dia tu."

Aku tepuk dahi pula kali ini. Baru aku teringat. Dulu emak sekeluarga tinggal di kawasan perumahan dan emak memang rapat dengan Mak Cik Siah. Emak selalu memberi Mak Cik Siah berjenis-jenis makanan dan tukang hantarnya akulah. Tetapi aku tak kenal pun anak-anak dia sebab aku bukan jenis yang suka keluar rumah.

"Kau tak kenal Afnan ke?" soal Kak Amani agak hairan. Aku menjawab dengan gelengan.

"Macam mana nak kenal kalau asyik terperuk je kat rumah. Afnan tu muda tiga tahun dari Ina.

Manalah nampak sebab selalu pergi ke sekolah. Ina habis SPM, budak tu masih bersekolah. Ina masuk U, budak tu pulak baru habis SPM," celah emak masih mempromosi anak lelaki Mak Cik Siah. Ternganga aku dibuatnya. Budak muda pun emak berkenan hendak jadikan menantu?

"Kejap, mak. Muda sangat tu. Tak boleh ni. Ina kalau pun nak kahwin biarlah cari yang tua dari Ina."

"Umur bukan ukuran," sela Kak Amani sambil mengunyah karipap yang dirampas dari tangan aku. Bila masa pula dia ambil karipap kat tangan aku ni?

"Tengoklah macam mana mak," putusku. Emak menggeleng kepala. Begitu juga Kak Amani. Kecewa dengan jawapan aku barangkali.

************************************

Guys, sorry ganggu bacaan korang, actually cerita ni tak menarik sgt... and bukan 100% idea saya.. so, kalau nak yang pure punya best..

Better korang baca my 2nd story, "Cukup sampai disini sahaja...."
I recommend la yang tu..90% better then this story..still new start cerita tu 1/1/2018..
thanks for support..

yang buat buku and nak dipromote.. boleh promote kat ruang comment😄 thank you

Cerpen : 143 - I Love YouWhere stories live. Discover now