Bab 8

3.4K 114 1
                                    

PERKAHWINAN Afifah berjalan dengan lancar. Namun yang tidak lancarnya si suamiku yang tiba-tiba pengsan pada hari bahagia adiknya itu. Terus dia dipapah ke bilik oleh abah mertuaku dan dua abang ipar aku. Dah macam orang sakit pula aku tengok dia terlantar lemah di katil. Husna yang berada dalam dukunganku merengek-rengek mahu pergi pada papanya. Lantas kuserahkan Husna pada abah. Dalam keadaan Afnan seperti itu, hendak mendukung anak pun tak larat rasanya.

"Kenapalah dengan saya, sayang?" Dia bertanya sewaktu aku mendemah dahinya dengan tuala lembab.
"Kau demam. Tak nak pergi klinik?" Abang iparku, Fakrul mengutarakan cadangan. Dia juga risau apabila melihat adiknya dalam keadaan begitu.

"Tak payahlah, Abang Rul," sampukku membantah. Suamiku ini demam biasa saja. Tak perlu ke klinik atau hospital bagai.

Dahi Fakrul terkerut. "Dah kenapa tak kasi?" soalnya pelik. Roza, abang sulung dalam keluarga suamiku turut hairan apabila cadangan Fakrul kutolak.

"Dia demam sebab nak dapat anak baru. Tu yang mengidam bukan-bukan," celah emak yang menapak masuk ke dalam bilik. Aku tepuk dahi. Ala mak ni. Baru je nak buat surprise dekat suamiku. Sebenarnya aku juga baru tahu tentang berita kehamilan ini. Lepas cakap dengan mama, aku senyap-senyap buat test di bilik air. Dua jalur merah tu maknanya aku memang mengandunglah. Fahamlah aku kini mengapa ragam suamiku macam orang mengandung. Aku yang mengandung, dia pula yang terbawa-bawa mengidamnya. Alahai, suamiku...

Mata Afnan tidak berkedip memandangku. "Betul ke sayang?" Tangannya mencari tanganku kemudian menggenggam kemas.

Aku mengangguk.

"Husna baru je pandai berjalan. Takkanlah kut," bisiknya. Fakrul ketawa kecil. "Dah kau yang gatal nak bagi dia adik!"

Afnan tersenyum malu. Kan dah kantoi. Tetapi bagi aku semua itu tidak penting. Apa yang penting, dia sentiasa mengutamakan aku dan anak-anak. Tidak kisahlah berapa orang anak kami nanti.

Dulu aku merana kerana dia. Dia yang membuat aku sengsara. Dia menduakan aku dengan seseorang yang sudah tiada. Tetapi kini aku adalah satu-satunya yang ada dalam hatinya. Usia kami mungkin berjarak tetapi cinta kami tidak berjarak. Aku ada untuknya. Dia ada untukku.

Kasih sayang datang bukan melalui paksaan. Ia hadir tanpa dipinta. Kadang-kadang dalam keadaan tidak terduga. Namun yakinlah cinta dan kasih sayang itu anugerah ALLAH s.w.t.

Cerpen : 143 - I Love YouOù les histoires vivent. Découvrez maintenant