Bab 3

3.3K 92 2
                                    

BODOHKAH aku apabila permintaannya kuturuti? Sedangkan aku juga sebolehnya tidak mahu terikat dalam perkahwinan sedemikian. Tabahkah aku dengan permainannya kelak? Ya, aku mungkin tidak cintakan dia. Aku mungkin tidak kisah jika dia masih mencintai Jihani tetapi mampukah aku menghadapi seorang suami yang menduakan aku secara terang-terangan? Tidak cemburukah aku nanti?
"Macam mana?" Kak Amani datang ke bilikku malam itu.

Aku buat tidak dengar. Malas memikirkan soal itu. Apa lagi bila teringatkan permintaan mengarut si dia.

"Ina, tadi macam mana? Kau dengan Afnan serasi tak?"

Aku merengus halus. Kakakku yang seorang ini memang kaki penyibuk betul. Entah ikut perangai siapa.

"Tak." Aku menjawab malas.

Dahi Kak Amani berkerut. "Tak? Tapi Afnan cakap okey je. Dia cakap kau tak kisah pun," tukasnya menyebabkan dahi aku pula berkerut. Tang mana pula aku kelihatan tidak kisah? Pandai-pandai saja lelaki itu bawa cerita tidak benar. Aku tidak kata pun aku tidak kisah jauh sekali bersetuju. Aku masih belum membuat kata putus pun sama ada mahu menerima dia atau tidak.

"Apa dia mengarut tu? Ina belum decide apa-apa. Tapi Ina tahu Ina tak boleh menolak kan?"

"Mak nak tengok anak dia bahagia. Tak salah kan? Akak pun kahwin dengan pilihan mak. Tak rasa cinta pun pada suami akak pada mulanya. Tapi lama-kelamaan akak jatuh sayang jugak kat Abang Zarif tu," kata Kak Amani mahu memujukku. Tetapi bagi aku keadaan kakakku itu agak berbeza denganku. Awal-awal lagi Afnan meminta aku menerima Jihani. Dalam kata lainnya walaupun aku menjadi isterinya, cintanya kepada Jihani tidak akan berubah.

Cerpen : 143 - I Love YouWhere stories live. Discover now