Bab 6

3.2K 88 5
                                    

AFNAN datang malam itu. Aku sangkakan dia tidak akan datang. Aku menyepikan diri di sudut katil saat kakinya menapak masuk ke dalam bilik.

"Kenapa datang sini tak bagitahu?"

Aku menjeling. "Perlu ke? Saya tak penting pada awak pun!"

"Siapa cakap awak tak penting? Awak isteri saya." Suaranya lembut namun bagi aku itu lakonannya semata-mata. Dalam rumah emak kan? Takkan dia hendak tunjuk perangai sebenar dia?
"Kalau saya isteri awak, siapa pula Jihani? Cinta hati awak?"

Afnan diam sejenak. Ekor mataku mengerling dia yang duduk di birai katil.

"Jihani cuma sejarah saya. Tapi awak masa depan saya." Suaranya berubah lirih.
"Sejarah? Apa yang awak merepek ni?"

Dia toleh pada aku. Aku terus melarikan pandangan ke arah lain.
"Awak jealous dengan orang yang dah takde?"

Aku pandang juga dia kerana satu perkataan 'tiada'.
"Tak ada? Apa maksud awak?"

"Jihani tak wujud lagi kat dunia ni. Dia dah meninggal. Tapi saya tak dapat terima kematian dia. Sebab tu saya minta dengan awak untuk saya terus mencintai dia. Saya takut saat saya serahkan hati saya pada awak, cinta saya pada dia akan hilang. Tapi bila saya tengok awak menangis untuk saya, saya baru sedar yang saya tak patut duakan awak walaupun cuma dalam bayangan saya."

Mataku kalih pada lantai. Penjelasan itu bemaksud aku salah menilai. Selama ini aku fikir dia selalu menemui Jihani di belakangku padahal Jihani tiada lagi di dunia ini. Aku diduakan dalam bayangan dia sahaja. Namun hati aku tetap tersiat. Sebab dia masih mencintai Jihani, bukan aku.
"Maafkan saya, Nurdina."

"Awak tak pernah minta maaf dengan saya sebelum ni. Saya tahu ia pastinya sukar untuk awak lupakan orang yang awak sayang. Tapi saya lagi sukar untuk terima kenyataan yang saya tak dapat lupakan awak. Saya tak perlukan cinta awak, Afnan. Saya hanya mahukan seorang suami yang boleh menjadi pahlawan saya. Menjadi hero kepada anak saya," ujarku lantas mengangkat punggung dari katil.
Kakiku menghala ke pintu. Baru saja tanganku mencecah tombol pintu, tanganku ditarik.

"Saya akan jadi pahlawan awak, Nurdina." Dia membalikkan tubuhku menghadapnya. "Saya akan lupakan Jihani. Saya mahu jadi pahlawan yang melindungi awak dan menjadi hero untuk anak kita. Saya cakap saya tak nak anak tu tapi saya silap. Sebenarnya saya teringin sekali nak tatap wajah isteri saya saat awak melahirkan nanti."

Aku kematian kata. Tidak tahu apa perasaanku walaupun ini yang sebenarnya aku mahu. Saat dahiku dikucup lembut, air mata yang kutahan akhirnya luruh membasahi pipi. Tangan Afnan merayap ke pipiku, air mataku diseka dengan jarinya.

"Saya sayangkan awak, Nurdina. Walaupun saya tak cakap, tak bermaksud awak tak ada tempat dalam hati saya. Kalau saya tak sayang, takkan saya kahwin dengan awak? Cuma saya yang bodoh. Terlalu agungkan cinta yang dah takde. Tapi saya sudah temui cinta yang baru iaitu awak."

Aku rebahkan kepala ke dadanya. Menangis semahunya di situ.

"Saya sayangkan awak juga, Afnan. Tapi saya tak pasti saya mampu ke tak untuk terus pegang rasa sayang ni pada awak sedangkan awak masih ingat pada arwah Jihani."

Afnan mengangkat daguku supaya menghadap wajahnya. Aku kebisuan tatkala dahiku dikucupnya buat kali kedua.

"Yang pergi takkan kembali. Yang ada kita kena hargai. Insya-ALLAH, sayang. Saya akan berusaha untuk melupakan arwah. Saya cuma mahu rasa sayang tu ada untuk awak seorang. Untuk kesilapan lalu, maafkan saya. Saya yang bodoh sebab terlalu ikutkan hati sehingga saya lukakan hati awak. Demi anak kita yang bakal lahir," ujar Afnan setelah melepaskan kucupan dari dahiku. Bibirnya merekah dengan senyuman. Senyuman yang kurasa paling indah pernah kulihat.

Jika kemaafan mampu memulihkan keadaan, aku sudi menundukkan egoku untuk membaiki hubungan kami. Kerana aku tahu kandunganku juga memerlukan ayahnya.

Cerpen : 143 - I Love YouWhere stories live. Discover now