Bab special.. 2

22.6K 679 9
                                    

5 bulan selepas tu..

"Ya Allah seronoknya.. Alhamdulillah. Alhamdulillah."Begitu seronok dan bersyukur Hana mengucap kalimah Allah.

"Aku mengandung lagi. Alhamdulillah."Hana separuh menjerit. Orang yang berada dekatnya memandangnya pelik.

"Ehh,maaf2. Tak sengaja. Excited lebih biasalah."Hana membuat mimik muka.Hahaha bila dah seronok,dah tak boleh nak pikir apa2 dah.

"Tahniah Puan Hana. Anda mengandung 3 minggu. Rezeki Puan Hana nampaknya untuk menimang anak yang ke 2."Doktor perempuan itu tersenyum manis.Emm,cantik doktor tu.Harap2 doktor perempuan ni pun cepatlah berkahwin ya.

Ehhh,Apa yang author cakap ni?

Maaf kita lupakan. Otak belum kena cuci ngan clorox. Biasalah~^O^~...

***

"Abang!!!!!" Hana memeluk suaminya yang baru balik rumah dan acah2 menari dengannya.

"Ehh kenapa tiba2 menari ni?"

"Tak de pape saja nak menari ngan abang .. Dah lama tak menari."Hana senyum manis. Entah kenapa hati Iman ni terasa berbunga bunga melihat muka Hana.Adoihhh,sudahh ayat manis telah keluarr!!..

Yelah kan. Takkanlah nak keluar ayat masam pulak ke ayat masin ke? Ahhh sudah kepala author pulak yang masam masin termasuk pahit...

"Apalah sayang ni. Dah,abang nak pi mandi dulu ya."Iman mengusap rambut Hana dan berlalu ke biliknya. Walaupun di dalam keadaan yang penat, dia tetap berasa gembira melihat Hana yang makin ceria.

***

"Banyak lagi ke kerja?" Iman yang tekun membuat kerja terus mendongak kepalanya melihat gerangan di pintu biliknya.

"Sikit je lagi nak habis dah ni."Hana menuju ke arah Iman dan memicit bahunya.

"Kalau abang dapat siapkan kerja ni,In sya allah abang akan dinaikkan pangkat." Iman menarik tangan Hana dan kemudian menduduk di birai katil berdekatan dengan meja kerjanya.

"Alhamdulillah ,baguslah tu. Jangan risau... saya tetap sokong abang."Hana mengukirkan senyuman .

"Terima kasih."Dikucupnya dahi Hana.Kemudian menyambung balik kerjanya.

"Patut ka aku bagitahu sekarang?"desis hati Hana sambil melihat Iman sibuk menyiapkan kerja.

"Rasanya tak kot."kata Hana perlahan.

"Haaaa? Sayang ada cakap apa-apa ke?"Iman mengalihkan mukanya ke arah Hana selepas mendengar Hana seperti bercakap sesuatu.

"Errr,tak de pape?"Hana hanya menggeleng.

•••

Keesokkan harinya.

Hana menyemak kalender di atas meja kerjanya. Tiba - tiba rasa nak tengok kalender.

"Eh. Hari ni besday Iman lah. ." Hana mengukir senyuman lebar. Dalam kepalanya dah fikir apa yang dia nak buat.

"Mungkin aku boleh bagitahu tentang kandungan ni." Kata Hana gembira. Dia mengusap perutnya yang masih kempis.

"Mama akan buat suprise dekat papa." Kata Hana lagi. Bibirnya masih dengan senyuman.

•••

Hari ini Hana pulang awal ke rumah. Sebelum balik, dia pergi ke pasar raya untuk beli bahan - bahan membuat kek.

"Buat kek dulu lah. Lepas tu masak makan malam. Baru mandi." Cadang Hana. Tangan Hana ligat menyediakan bahan untuk membuat kek. Selepas menyediakan bahan,Hana melihat ke arah jam.

" Sempat lagi ni sebelum Iman balik. Okay,now mari kita tengok menu."

Hana menyediakan kek seperti yang dilihatnya di menu. Kek coklat... Ummmmm~ divadelicious... Kih.. kih..
Dirasanya kek itu.

"Yum... Gula cukup. Coklat pun cukup. Ummmm~sedapnya." Kata Hana teruja. Selepas menyediakan kek,dia menyediakan makanan untuk makan malam pulak.

***

"Alhamdulillah." Ucap Iman. Dia bersyukur. Akhirnya dia dinaikkan pangkat. Tak sia - sia dia berusaha selama ini. Ni mungkin berkat doa dia dengan isterinya. Dia memandu kereta untuk pulang ke rumah. Tak sabar rasanya nak bagitahu kat Hana.

"Assalamualaikum." Iman membuka pintu utama.

"Waalaikumusalam." Hana mengambil beg bimbit Iman. Seperti biasa dia menyalam tangan Iman dan Iman akan mencium dahinya.

"Sayang. Abang ada berita gembira." Kata Iman ceria. Dia melingkarkan tangannya di bahu Hana dan ditarik Hana rapat dengannya.

"Sayang pun ada berita gembira." Hana memandang suaminya dengan muka ceria. Dia mengukir senyuman yang manis buat suami tercinta.

"Okay. Sayang cakap dulu. Apa yang berita gembira?" Tanya Iman. Dia mengangkat keningnya berkali.

"Kalau abang nak tahu. Abang kena mandi dulu. Sayang dah sediakan baju dekat atas katil. Dah siap turun makan ye." Kata Hana. Dia menolak badan Iman untuk naik ke atas.

"Alah. Bagitahu je lah sekarang." Renget Iman. Dia masih keraskan badannya.

"No. No. No. Abang pergi mandi dulu. Dah lah busuk. Kuat betul bau busuk ni." Kutuk Hana. Dia cuba lagi menolak badan Iman. Tapi tak berjaya. Iman tersenyum. Tiba2 fikiran jahat dia datang.

"Yelah2. Tak payah lah tolak2 abang." Kata Iman. Hana turunkan tangannya dari tolak badan Iman.

"Okay.. Good. Go now." Arah Hana. Baru sahaja selangkah Iman gerak. Dia terus peluk Hana ketat2.

"Abang!! Busuklah!" Jerit Hana. Iman melepaskan pelukan tetsebut dan terus lari. Iman tergelak besar.

"Abang ni!!!. Dah lah busuk." Marah Hana. Dia bau sedikit di badannya.

"Perrr. Bau tak menenangkan. Kena tukar bajulah nampaknya." Hana mengeluh.

"Abang. Abang." Dia menggelengkan kepalanya kemudian tersenyum kecil.

---------------------------

Hope u enjoy it.. Thanks for support.^^.

#assalamualaikum

MusuhKu,IsteriKu.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora