Bab 29

25.8K 898 24
                                    

"Hana....Nama tu.. Ye nama tulah yang merampas Iman dari aku.Aku akan pastikan kau tak akan bahagia Hana.Kau tunggu,aku akan dapatkan Iman selagi aku hidup." Kata Natasya tersenyum sinis. Dia memegang gambar Hana dan Iman. Tanpa Natasya sedari. Ada seorang yang lihatnya.

"Tasya2. Akak harap kamu tidak buat perangai gila." kata kakak Natasya atau Ummi Hani perlahan. Dia sedih lihat adiknya.

*************
"Kenapa rasa tak sedap hati ni." Desis hati Hana.

"Hoi." Jerkah Kanchana.

"Oh mak kau." Latah Hana. Kawan2nya terus tergelak bila Hana latah. Hana terus mencubit lengan Kanchana. Kanchana mengaduih sakit dan gosok lengannya. Ish.. mak ketam ni kan.Hana dan rakan rakannya keluar pergi ke shopping mall.

"Ahhhh,dah lama kita tak keluar bersama-sama.. "kata Eykin.

"Tulah. Tu pun nasib baik Hana boleh join."kata Arina.

"Yelah. Ingat senang ka nak pujuk suami?"Hana terimbas kembali sewaktu meminta kebenaran dari Iman. .

Flashback....

"Iman." Hana memanggil Iman yang berada di biliknya. Mereka berdua tetap duduk di bilik beransingan.

"Emmm,ye?" Iman terus mengalihkan pandangannya ke arah Hana.

"Awak sibuk ka?"kata Hana.

"Kenapa? Tak delah sibuk sangat. Saya tengah siapkan assigment."Hana mengangguk.

"Saya nak cakap sekejap,boleh tak?"Kata Hana. Iman berdiri dan duduk di birai katilnya.

"Boleh. Tapi marilah duduk sini dulu.."katanya sambil menepuk sebelahnya. Hana menuju ke arahnya dan duduk disebelahnya tapi berjarak.

"Emmmm,saya nak minta kebenaran. Kawan2 saya ada ajak saya pergi shopping mall tengah hari ni.."

"Emm..Ok.. Kalau saya bagi awak pergi,apa yang saya akan dapat?" Hana cuak.

"Nak kena ada balasan ke?"

"Yelah. Perlulah ada sistem barter. Takkanlah awak pergi berseronok,saya pulak duduk diam kat rumah."Kata Iman sambil melihat ke arahnya. Mata mereka bertetangan. Hana sedar yang sekarang dia duduk di atas katil bilik Iman. Terus Hana mengalihkan pandangannya.

"Aaa.. Aawakkk nak apa??"kata Hana gagap.

"Of course lah nak hadiah."kata Iman senyum.. Fuhhhh~,Hana menarik nafas lega.

"Tapi......"Hana memandang ke arah Iman.

"Nak hadiah yang waktu malam punya."Bukan main besar mata Hana membulat melihat Iman. Iman hanya tersengih.

"Eh?? Aa.. apa dia? Hadiah waktu malam? Amboi saya hanya minta kebenaran untuk keluar tapi takkanlah nak balasan yang tinggi." Hana menjeling ke arah Iman.

"Kalau macam tu,tak bolehlah."Iman membuat wajah sedih.

"Aishhhh.. Macam mana ni.. Rasa bersalah lah pulak. Kenapalah dia buat wajah sedih macam tu.. But aku nak keluar ngan kawan2 aku jugak.."Hana mengelengkan kepalanya.

"Baiklah.. Saya akan ikut cakap awak."kata Hana dan terpaksa senyum untuk membuat Iman senyum kembali. Iman yang tadi pura2 buat assingmen kembali tersenyum. Hana terus keluar dari biliknya.

End Flashbackk...

"Aahhhhh,serabuttt."jerit Hana perlahan..

"Kau ni dah kenapa?"kata Eykin yang tengah makan.

"Adoihhh,macam manalah malam ni?"kata Hana membebel sorang2..

"Aku tengok kan kawan kau Arina,gila pun ada jugak bercakap sorang2."kata Kanchana kemudian sambung makan makanannya kembali. Arina terus melihat Hana kemudian melihat Kanchana.

"Kawan aku tu kawan kau jugak." Arina menolak kepala Kanchana. Kanchana hanya tergelak kecil.

"Dah2,aku yang serabut korang pulak cakap merepek. Jom pi tengok wayang."kata Hana selepas mereka habis makan. Mereka berempat pun menuju ke panggung wayang.

"Nak tengok cite pe??"kata Arina sambil melihat tajuk2 filem.

"Jom tengok cita romantik."kata Eykin.

"Tak habih2 cite romantik.. Cite seramlah."kata Hana.

"Yelah kan. Orang tu dah pernah melalui benda yang romantik."kata Eykin. Hana menjeling tajam ke arahnya.

"Oh ye! Kanchana mana kanchana?"kata Arina.

"Tu ha! dengan mamat mana ntah."kata Eykin sambil menuding jari ke arah Kanchana dan seorang lelaki. Nampak Kanchana senyum malu. Selepas Kanchana berbual sekejap ,dia terus pergi ke arah kawan2nya.

"Sapa pulak mamat tu?"kata Hana.Kanchana tersenyum malu.

"Adalah. Dah jom tengok wayang."Mereka hanya mengikuti Kanchana yang berjalan di hadapan mereka.

"Okay,kita tengok cite hantu tu. Aku ngan Arina pi beli tiket. Hana ngan Kanchana pi beli popcorn ka,air ka ,okay?"kata Eykin. Mereka hanya mengangguk. Sewaktu Hana dan Kanchana beratur membeli makanan.

"Asal aku macam pernah bau perfume ni?Kanchana kau kenal tak bau perfume ni?"

"Perfume? Manalah aku kenal bau perfume. Punya banyak bau yang tengah aku hidu ni. Erggg,hampeh..."Kanchana mengibas gibaskan tangannya berdekatan ngan hidung untuk menghilangkan bau.

"Ishhh,kau ni.. Tapi bau macam perfume Iman."kata Hana.Kanchana yang melihatnya terus tersenyum macam kerang busuk.

"Amboi kau. Dah gatai ehh.. Bau Iman bagai."

"Astafirullahalazim,apa kau merepek ni. Ishhh,dahlah tu cepat order. Giliran kita dah ni."Hana memikirkan bau perfume tersebut bahawa mungkin bau perfume yang selalu dipakai oleh Iman ada orang lain jugak yang memakainya.. Sewaktu Kanchana tengah memesan makanan,Hana memandang ke sebelah kanannya.

"Kejap2,tu Iman ka?" Hana mengecilkan lagi matanya untuk melihat dari jarak dekat.

"Woii,tolonglah aku angkat makanan ni."kata Kanchana. Hana yang terkejut akibat diterjah oleh Kanchana terus mengangkat makanan tersebut dan membawa Kanchana mengikutnya.

"Apa kau ni?! Tarik aku bagai. Tumpah kang air ni.."Marah Kanchana.

"Ishh,sorrylah. Aku nak tanya,tu Iman ka?"Hana menunjuk ke arah seorang lelaki.

"Wuishhh.. Ah ahlah.. Aikk,Takkanlah kau tak tahu yang dia pun keluar jugak."

"Dia tak bagitahu kat aku pun."Tiba2 terdapat seorang perempuan yang memeluk Iman dari belakang.Hana yang memandangnya terkejut.

"Is that Natasya?"kata Kanchana. Hana terus melihat ke muka Kanchana kemudian melihat Iman yang dipeluk. Nampak dari gaya Iman agak terkejut dengan pelukan tersebut. Iman memandang Natasya tajam kemudian Natasya cuba memaut tangannya,tetapi Iman meleraikan kemudian terus menuju ke panggung wayang.
Hana marah melihat situasi tersebut.

"Erkkk,Hana kau okay tak ni?"kata Kanchana.

"Kenapa? Kenapa dia tak bagitau kat aku yang dia nak keluar dengan Natasya?"

"Sabarlah beb. Kau tak nampak ke yang macam Natasya yang paling mengedik."

"Yelah but kenapa Iman setuju nak keluar ngan dia. Sat aku nak cuba call dia."kata Hana kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya..

------------------------------------------

Rasa gembira sgt sebab bab sebelum ni ramai jugak yang comment. Thanks because support me... Btw,thanks to vote too.. Jangan lupa vote dan comment lagi tau^^...In sya allah author akn berusaha dengan lebih gigih.. hihihi..

Assalamualaikum.
kalau2 nak add id wc..^^
Hudaaqila

#nadaRinshah..

MusuhKu,IsteriKu.Where stories live. Discover now