Chapter 7 : The Old Memories

Ξεκινήστε από την αρχή
                                    

Awan yang sudah bertukar warna menjadi kelabu menunjukkan hari yang sudah mahu hujan. Aku berteduh di bawah perhentian bas. Keluhan terbit dari bibir aku. Kaki aku kuiskan di atas lantai melukis sesuatu yang entah apa.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepat di hadapan perhentian bas di mana aku berada. Pada mulanya aku tidak memandang langsung sebab aku kenal kereta omma atau appa macam mana. Sudah pasti di depan ini bukan mereka. Mungkin orang yang sengaja berhenti sebentar disana.

"Aurora!"

Aku mengangkat wajah apabila nama aku dipanggil. Dapat aku lihat wajah seorang lelaki dari dalam kereta yang membukakan sedikit tingkapnya agar aku mendengar panggilannya. Lelaki itu menggamit tangan mengajak aku untuk segera masuk ke dalam. Aku masih terpinga-pinga.

Ya aku kenal siapa lelaki itu. Tapi kenapa dia yang ambil aku petang ni?

Dengan persoalan yang masih berlegar di otak, aku gerakkan saja kaki aku menuju ke kereta tersebut. Aku terus duduk di kerusi bersebelahan pemandu. Aku mahu duduk di belakang tetapi segan sekiranya Taehyung menganggap aku ini bagaikan anak raja yang perlu diambil oleh driver siap duduk di belakang.

Sebaik sahaja aku masuk dalam keadaan basah kuyup, Taehyung melempar halus jaket miliknya ke riba aku. Aku tahu itu jaket dia kerana haruman wangian maskulin itu jelas menusuk ke hidung aku.

"Guna dulu jaket tu. Nanti awak kesejukan." Ujarnya tanpa memandang aku. Aku terus menutup badan aku menggunakan jaket itu. Baru aku perasan kenapa Taehyung tidak mahu memandang. Baju aku yang kebasahan sedikit melekat di tubuh dan itu agak mengundang ketidakselesaan Taehyung sekiranya dia melihat aku. Mungkin dia risau aku tidak selesa dengannya.

"Omma dengan appa mana?" Ayat kedua yang keluar semenjak pertemuan kali pertama kami hari itu. Aku tidak pernah mengajak dia berbual. Ada pun terserempak tapi hanya sekadar bersua muka sahaja tanpa ada bertegur sapa.

"Omma ada catering. Dia kena buat tempahan kek lebih sikit dan tolong kawan dia uruskan catering tu. Angel ikut sama. Appa pula outstation." Aku mengangguk. Appa memang sempat memberitahu aku mungkin hari ini dia akan outstation untuk beberapa hari.

"Angela yang pesan suruh ambil awak dekat sekolah. Dia malas pergi." Aku sudah agak. Kakak tiri aku yang satu itu memang malas berjumpa dengan aku.

"Awak janganlah segan dengan saya ya. Awak boleh anggap saya macam abang awak." Taehyung melemparkan senyuman kepada aku sekilas. Aku tersenyum nipis.

"Saya bukan macam kakak awak yang perlu awak takutkan. Biasakanlah diri bercakap dengan saya." Kata Taehyung lagi. Matanya masih fokus memandang jalan raya di hadapan.

Jujur, Angela itu pandai memilih pasangan. Kekacakan Taehyung itu setanding dengan artis. Dengan kekacakan yang dia miliki rasanya dia boleh menambat hati mana-mana gadis di seluruh dunia.

"Kacak sangat ke saya sampai awak pandang macam tu?" Aku tersentak. Taehyung sudah tergelak kecil apabila melihat reaksi terkejut aku.

"Maaf." Aku menggumam kecil.

"Tak apa, saya suka bila awak pandang saya macam tu. Boleh juga saya tengok muka cantik awak." Taehyung mengusik. Wajah aku sudah membahang.

[DIBUKUKAN] The Eccedentesiast AuroraΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα