Bab 40

16.9K 592 53
                                    

My fav song up there.



The story starts lying in the dark broken and bruised

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

The story starts lying in the dark broken and bruised.I count the scars left in my heart from losing you  


Sebuah teksi berhenti di hadapan rumah besar yang tersergam indah.Lyana menapak keluar dan pak cik teksi itu mengeluarkan bagasi Lyana daripada bonet selepas menjemput gadis muda itu daripada lapangan terbang.Lyana membuka sunglasses nya yang berjenama Dolce&Gabbana dan memandang wajah pak cik tua tersebut.

"Ambil duit ni dan simpan bakinya."Katanya dengan malas dan menghulurkan pak cik itu beberapa not duit kertas.

Pak cik itu tidak menunggu lama untuk menyambut huluran itu bersama sengihan panjang di mukanya.Simpan sahaja duitnya di dalam poket,pak cik itu menganggukkan kepalanya sedikit dan masuk ke dalam teksi.Selepas teksi itu berlalu pergi,Lyana terus memasuki ke dalam perkarangan rumahnya sendiri sambil menarik bagasi.Kelihatan Lydia sudah menunggu di muka pintu untuk menyambut kepulangan anaknya daripada Dubai.

"Hi!"

Sahut Lydia dengan gembira dan terus menarik tubuh anaknya dalam dakapan.

"Hi mummy!How are you?"Soal Lyana tersenyum lebar sambil merenung wajah ibunya

"Mummy  ok.Ni kenapa Lydia balik daripada Dubai awal sangat? Kata 3 bulan? Everything ok?"Soal Lydia dengan risau.

"Ohh,bisnes dah selesai awal dekat sana.Itulah Lyana ingat nak balik terus dekat Malaysia.Malaslah duduk sana lama-lama!' Dengus Lyana dan meraupkan rambut panjangnya kebelakang.Lydia hanya menganggukkan kepala memahami penerangan anak emasnya itu.

Hakikatnya,Lyana menipu.Urusan fesyennya masih tidak selesai di Dubai,dia yang sengaja ingin pulang awal.Dia perlu memastikan sesuatu di sini.Dan yang paling penting sekali,dia tidak sabar untuk berjumpa dengan buah hatinya-Daniel.

Lydia menjemput anaknya masuk ke dalam rumah dan memanggil pembantu rumahnya untuk mengangkat bagasi Lyana ke dalam bilik.Dua anak beranak itu melabuhkan punggung di atas sofa rumah mereka yang empuk.

"Mummy rindu sangat dengan Lyana.Kamu ni jarang sangat balik rumah sejak ada apartment baru.Lupa mummy lah tu!"

"Issh,mummy kenapa cakap macam tu.Lyana mana lupa pada mummy and daddy.I'm just busy take care of my things."

"Sibuk sangat ke? Lyana buat apa?"Soal Lydia dengan curiga.

"Adalah mummy.Urusan bisnes sana sini,mana Lyana tak sibuk."Dalih Lyana lalu melepaskan keluhan tanda penat.

"Oh,ya.Sementara Lyana dekat Dubai,ada apa-apa yang terjadi ke dekat sini?"Soal Lyana dengan selamba sekadar ingin tahu.

Wajah Lydia berubah dan dia menelan air liur sedalam-dalamnya.Dalam hati dia ingin sekali berkata : Daniel kamu dah berkahwin nak.Namun semua itu hanya disimpan dalam-dalam agar anak perempuannya tidak tahu.Dia tahu perangai anak dia bagaimana.Lydia takkan berani memberitahu perkara sebenar kepada Lyana walaupun lambat laun anak gadisnya itu akan mengetahui kebenarannya juga.Namun bukan sekarang.

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang