Bab 30

12.6K 504 32
                                    

*hear the song

I love the way you slave me,I hate the way you play me

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

I love the way you slave me,I hate the way you play me





Pergi solatlah!

Tengku Daniel melihat mesej itu dengan cebikan.Kemudian dia menghempaskan telefon bimbitnya di atas katil dengan geram.Dia tergelak kecil.Dia nak suruh aku solat? Dia ingat dia siapa?!Tengku Daniel tergelak sendirian kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.Entah kenapa dia berasa marah.Seperti dia tahu yang Hanani sedang memerlinya.Ialah,diakan tak pernah solat.Hanani pula perwatakan seperti alim.Ha,ada aku kisah nak solat ke tak?!

Dengan selamba dia mencapai beg laptopnya dan mengeluarkan laptop.Mesej yang diterima tadi masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.Namun dia cuba mengusirnya dengan bengang.Dia membuka laptop dan membuka kerjanya yang terbangkalai di pejabat.Buat kerja jelah,apa lagi! Minah tu mesti fikir aku nak solat.Takkan!Tangannya laju menaip,namun otaknya menerawang tentang mesej tadi.Selepas beberapa minit,Tengku Daniel tersalah tekan apabila menaip.Kemudian tersalah tekan lagi.Dan lagi.Dan lagi.Lalu dia mengeluh berat.

Dia bangkit daripada katil dan mundar-mandir dalam biliknya yang luas.Selepas meraupkan wajahnya,dia melepaskan keluhan berat sebelum menuju ke tandas.Ya,dia akan tunaikan solat.Otaknya seperti tidak boleh fokus bekerja apabila memikirkan mesej tadi.Damn! Walaupun dia bengang apabila diperli oleh Hanani,tetapi dia bodoh juga kerana ikutkan kata-kata gadis tu.Kenapa dengan aku ni?

Sebenarnya separuh hatinya rasa bersalah.Sudah lama dia tak tunaikan solat,apa salahnya aku tunaikan satu solat sahaja,kan? Dia menolak pintu tandas dan membuka singki.Tunggu? Aku lupa lagilah macam mana nak ambil whuduk! Dengan dengusan dia keluar daripada tandas dan mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas katil.Dia membuka aplikasi cara-cara untuk solat dan ambil whuduk yang dimuat turun oleh Hanani dan cuba memahaminya perlahan-lahan.Membantu jugak ye aplikasi ni.

Selesaikan mengambil Whuduk,dia keluar dan mencapai sejadah di tempat penyidai.Dia tergelak kecil apabila menghamparkan sejadah di atas lantai.Sejadah yang sudah lama dia tak gunakan untuk solat.Sejadah yang selama ini hanya menjadi hiasan di biliknya.Malah,seingat Tengku Daniel dia hanya menggunakan sejadah itu beberapa kali semasa dia di peringkat sekolah rendah.Masuk sekolah menengah,sejadah itu tidak direnung langsung.Yup,aku memang jahil.

Dengan perlahan-lahan dia menunaikan solat dengan teliti sehingga selesai.Ucap sahaja tahiyatul akhir,Tengku Daniel diam seketika.Dia bingung samada mahu menadah tangan untuk berdoa atau tidak.Sebenarnya dia mahu ingin menadah tangan,tapi dia berasa pelik.Sudah lama aku tak tunaikan solat kepada tuhan pencipta alam semesta,dan sekarang aku berdoa pula untuk mintakan sesuatu.Ada satu perasaan hangat dan janggal yang menyirap dalam hatinya.Adakah itu bermaksud aku ni seorang yang sombong?Kepada tuhan sendiri?

Ergghh! Malas untuk berfikir lagi,Tengku Daniel terus bangkit tanpa melipat sejadahnya.Dia duduk bersila di atas katil dan membuka laptopnya untuk membuat kerja seperti biasa.Tidak sempat jarinya mahu menaip,dia teringat sesuatu.Dia mengambil sesuatu di bawah bantalnya perlahan-lahan.Sapu tangan Hanani yang berwarna peach.Dia meneliti sapu tangan itu dengan fikiran kosong.

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang