Bab 7

11.8K 556 11
                                    


"Kamu tahu tak nurse dengan doktor cari kamu satu hospital pagi tadi! Kamu pergi mana Daniel?" Marah Datin Miza sambil memandang tajam satu-satu anak lelakinya yang berada di atas katil hospital.Mahu gugur jantung dia apabila menerima panggilan daripada hospital bahawa Daniel tidak berada di dalam wadnya.Dia ingat anaknya kena culik lagi! Hissh,buat orang trauma je.Tengku Daniel tersenyum nakal.

"Alah,orang keluar je ambik angin.Doktor tu yang 'over-acting' sangat."

"Over-acting? Doktor tu jalankan kerja dia je tau,kamu tu yang ngada-ngada nak keluar sangat kenapa?Tak boleh tunggu lepas keluar? Haiish."Datin Miza menggeleng-gelengkan kepalanya banyak kali.Pening memikirkan tabiat Daniel.

"Bosanlah duduk sini je,Daniel makan pastu tengok tv.macam tak ada life."

"Kamu tu sakit,nak cari 'life' pun tunggulah parut dekat perut tu sembuh.Sakit tu buat macam cara orang sakit."Tegur Datuk Tengku Hanafi.

Tengku Daniel menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.

"Ok.fine.."

"Jangan ingat diri kamu je,orang lain pun ada kepentingannya jugak"Datuk Tengku Hanafi menegur lagi.

"Okey,okey Daniel takkan buat lagi! Puas.Hmmph."Rimas Tengku Daniel dan membuang pandangan ke luar tingkap.

Datuk Tengku Hanafi menggeleng-gelengkan kepalanya lalu melihat jam tangan.

"Miza,jomlah kita balik.Esok abang ada appointment."

"Baik bang.Ha Daniel,jangan buat kerja bodoh lagi.Duduk sini elok-elok dan jangan susahkan kami.Faham?"

Tengku Daniel melepaskan keluhan.

"Yes,I got it.Could you please go now,dad has an important meeting tomorrow."Sengaja dia mencari alasan.Datin Miza mencium dahi anaknya dan tersenyum.

"Please be better soon and come home."

"Ok ibu."

Datin Miza melepaskan tangan anaknya dan keluar daripada bilik wad.Giliran Datuk Tengku Hanafi pula mendekati anaknya.

"Jangan buat kerja macam ni lagi."

"Iye,Daniel takkan buat lagilah."

"Ayah tahu perangai kamu ni memang lain sikit,susah nak percaya."

"Disebabkan itulah,ayah kena percayakan Daniel.Bukan ke Daniel ni satu-satunya anak ayah?" Dia tersenyum lebar membuatkan Datuk Tengku Hanafi melepaskan keluhan.Susah betul nak percaya,bukan dia tak tahu perangai anaknya sendiri.

"Cepat sembuh,lepastu sambung kerja kamu dekat pejabat tu."

"Roger that."

"Daniel."

"Ye?"

"Tadi perangai pak cik Rahim agak pelik,kamu tahu apa-apa ke?" Kali ini,mata Datuk Tengku Hanafi memandang tepat-tepat kedalam anak matanya membuatkan Tengku Daniel gelisah.Dia tahu pandangan tu.Ayahnya mengesyaki dirinya sendiri.

"Hmm? Pelik macam mana? Daniel tak tahu pun."

"Kamu betul ni?" Sengaja Datuk Tengku Hanafi menyoal lagi.

"Apa ayah cakap ni? Daniel tak faham." Hati Tengku Daniel sudah berdegup kencang.Aduhh,janganlah ayah tahu.

Lalu,Datuk Tengku Hanafi meraupkan wajahnya.

"Mungkin ayah yang penat sangat.Tak ada apa-apalah Daniel.Ayah nak cakap satu je,tolong jangan fikir pasal projek tu dan fokus dengan kesihatan kamu.Ok?"

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang