Habis sahaja taip di laptop,aku mengangkat kedua belah tangan dengan gembira.
"Yeay!Alhamdulillah! Report dah habis! Oh yeah,oh yeah." Kataku dengan riang dan menari seperti orang gila di tepi sofa.Zulaikha yang kebetulan keluar daripada dapur dan menapak di ruang depan melihat aku dengan wajah berkerut.
"Kau kenapa Hani?"
Aku berhenti menari dan tersenyum lebar.
"Beb,aku gembiralah! Laporan aku dah siap,aku dah ada kerja.Dan sebagai bonus aku tak perlu pergi wad mamat sengal tu lagi! Oh yeah!" Aku sambung menari.
"Hani,aku sayang kau sebab itulah kalau kau tak berhenti menari macam orang gila sekarang aku sumpah aku telefon hospital mental."
Aku mencebik.
"Ceh,orang nak gembira sikit pun tak boleh."
"Sayang,ada bezanya gembira dengan gila tau tak."
"Whatever."
Balasku dengan gedik dan melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Zulaikha.Di tangan Zulaikha terdapat muk yang berisi air milo panas yang dia buat di dapur tadi.Aku tersenyum nakal.
"Zulaikha-"
"Stop! Aku tau apa yang kau nak dan aku takkan bagi." Jeling Zulaikha dan menghirup milo panasnya.
"Ala,sikit je please.Aku tak minum air langsung sejak buat laporan tadi.Sikit je,hmm?" Sengaja aku menjuihkan bibir dan mempamerkan wajah comel.Zulaikha mendengus dengan bengang.
"Nah! Lepas ni aku takkan bagi langsung! Minum cepat." Gerutu Zulaikha dan aku tersenyum lebar.Yes! Hahaha.Aku menghirup air milo panas itu perlahan-lahan dan letak di atas meja.
"Tunggu,siapa mamat sengal yang kau maksudkan tadi?" Soal Zulaikha secara tiba.
Shoot! Aku terlepas cakap.
"Emm,tak ada siapa-siapa."
"Kau jangan nak tipu aku,cakap cepat!"
"Hissh,tak ada siapalah Zu.Dia cuma mamat yang ada otak sengal.Faham."
"No,no,no.Aku tau ada lebih cerita daripada tu.Cepatlah Hani,ini dah dua kali kau sorokkan benda daripada aku tau! Bencilah macam ni."Zulaikha mula masuk 'mood' rajuknya.Aduuhai.Bertuah betullah mulut aku ni!
"Benda ni tak penting la beb."
"Aku merajuk dengan kaulah.Hissh."Kata Zulaikha dan menghadiahkan pandangan paling tajam.Fuh,macam boleh belah mata aku ni.
"Ala,janganlah macam ni Zu."
"Cepat beritahu aku Hani!"
Aku melepaskan keluhan berat.Patut ke aku? Aduh,nanti serabut otak aku dengar si Zulaikha ni membebel.But,she is your best friend Hani! Ok,ok,fine.
"Oklah,aku beritahu kau."
Wajah Zulaikha berubah ceria.
"Really!"
Aku mengambil nafas panjang.
"Cerita dia start macam ni,hari tu aku-"
Bizzt! Bizzt!
Laju aku tersengih lebar dan menunjukkan Zulaikha telefon bimbitku yang berada di atas meja.Dia mendengus kasar.
"Aduh,cepatlah angkat call tu.Hadoii."Geram Zulaikha membuatkan aku tergelak.Laju aku mengangkat panggilan tersebut yang rupanya daripada mak.Mak?
"Assalammualaikum.Ha,mak? Why call me?" Sengaja aku berbahasa English yang bodoh-bodoh.
"Hani,kamu sibuk ke minggu ni?" Suara lembut mak menyapa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Dia bagaikan 'Hurricane'
RomanceAduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku tenang tanpa gangguan macam air yang tak pernah berkocak.Lepastu,dia datang seperti puting beliung musnahkan semua benda dekat hadapan dia.Ya...