BAB 5: Third Meet

Start from the beginning
                                    

AIRA mengemaskan mejanya yang berselerak setelah selesai kerjanya. Fail-fail yang terdampar di atas meja disimpan rapi di rak yang penuh dengan fail. Kertas-kertas yang digunakan disusun dengan rapi dan kertas yang digumpal di buang ke dalam bangkul sampah. Dia menyimpan laptopnya di dalam beg dan beg tangan yang berjenama LV. Apabila sudah memastikan mejanya telah kemas dia menutup lampu lalu menutup pintu bilik.

"Awal balik hari ni?" tegur Rafiq yang terserempak dengan Aira.

"Ye, sebab tak sabar nak jumpa buah hati. Dah lama tak jumpa. Dia dah sembuh, jadi saya nak bawa balik dia ni," ujar Aira dengan ceria.

"Patutlah happy je hari ni rupa-rupanya buah hati dia dah sihat."

"Mestilah, tak jumpa seminggu. Siapa yang tak tahan rindu kat buah hati sendiri?"

"Macam-macam awak ni Aira."

"Bos ni, kenapa tak balik lagi? Selalunya sebelum pukul lima dia dah lesap dah," sindir Aira.

"Saya nak siapkan kerja saya sikit lagi," baagitahu Rafiq.

"Syukur, Alhamdulillah! Bos saya dah insaf." Aira menadah tangan lalu mengaminkannya.

Rafiq ketawa dengan perlakuan Aira. "Mana tak insafnya sebab dikloroxkan oleh orang tu."

Aira sengih sebab faham dengan maksud orang tu yang dikatakan Rafiq. "Awak jangan nak salahkan saya. Saya tolong tunaikan hajat Datin Noriah je yang nak tengok anaknya itu insaf."

Sebulan yang lepas Datin Noriah menelefonnya untuk menasihati anak terunanya untuk berubah supaya serius apabila berkerja. Kebetulan pada masa itu juga Aira sedang menunggu Rafiq untuk meeting dengan client yang agak penting. Hampir sejam lebih jugak dia menunggu kedatangan lelaki dan barulah nampak muka kacak bosnya itu dengan alasan jalan jammed. Aira tahu itu bukan alasan sebenar tetapi keluar dengan perempuan.

Nasib baiklah mereka berurusan dengan client yang tak kisah dengan siapa-siapa pun. Selepas je meeting dengan client itu dia terus membasuh Rafiq ikut sedap hatinya tanpa mengira pangkat. Lagipun Datin Noriah yang beri kepercayaan kepadanya untuk menasihati Rafiq. Tidak sia-sia guna pencuci pinggan mangkuk Kiwi Kleen untuk menginsafkan bosnya itu. Nasib baiklah dia tak dipecat kerana suka hati marah pada majikan sendiri.

"Takpelah bos saya pergi dulu nanti merajuk pulak buah hati saya," pinta Aira. Dia meninggalkan Rafiq.

AIRA senyum sampai ke telinga apabila dapat dapat berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya yang dirindu siang dan malam. Ikutkan hati Aira nak je peluk buah hatinya tetapi memandang dia seorang gadis bertudung tidak manis apabila orang tengok dirinya yang sedang berpelukan. I really miss you, ucap Aira dalam hati.

"Thanks uncle sebab sudi jaga dia untuk saya," ucap Aira dengan ikhlas.

"Alah... Takda hal punyalah. Itu cuma sedikit saja."

"Sikit pun uncle sudi jaga saya punya buah hati sampai seminggu."

"Itulah lu pandai bawak saja ini kereta tapi tak tahu nak jaga."

Aira sengih sebab terasa dengan tauke Cina tersebut.

"Tak ada masa uncle nak jaga. Saya punya jadual penuh banyak kerja kena buat ma. Wow! Saya punya kereta uncle bagi kilat sama dia. Patutlah saya nampak saya punya kereta nampak macam baru saja."

Aira menyentuh lembut lambang Nissan. Kereta ini bagai buah hatinya. Kalau ada apa-apa terjadi pada kereta ini, mahu putus nafasnya sebab dia beli kereta ni dengan gaji pertama selepas dinaikkan pangkat.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now