BAB 4: Second Meet

Comincia dall'inizio
                                    

Dia panggil aku budak? Eee.. kurang asam jawa kau. Kau tak sedar pulak yang perangai kau dah macam lanun. Huh!

Vroom!

"Dia blah macam tu je? Oi, sedara minta maaf la dulu kau tak tahu adab Melayu ke? Ke kau guna adab orang Uganda? Menyampah betul aku dengan kau. Syaqila pun satu boleh dia hantar aku kat seberang jalan je? Hantarlah depan ofis aku kan senang tak kena aku bersusah payah nak menyeberang segala bagai. Sekarang ni aku hampir kena langgar dan tangan aku luka. Ni semua Superman tu punya pasal sedap-sedap je dia blah macam tu je dengan tak minta maaf. Kau hutang dua kali maaf dengan aku Superman ." Aira membebel seorang diri sambil melangkah masuk ke dalam syarikat Silver Holding. Sakit betul hatinya apabila mengenangkan lelaki yang dah dua kali yang melanggarnya.

SEORANG perempuan yang sangat seksi berambut panjang melangkah masuk ke dalam pejabat dengan berjalan ala-ala model. Dia berhenti di depan meja salah seorang staf di situ. Dia menanggalkan cermin mata hitam yang menghiasi wajah cantiknya.

"You ni secretary Haiqal? Tell him I want tu see him now," arahnya bagai dia bos di situ.

"Ya, cik..."

"Rita," celah perempuan seksi itu.

"Cik Rita, sebenarnya cik tidak boleh datang ke sini sebab Encik Haiqal tidak benarkan sesiapa pun datang ke sini atas urusan peribadi," terang Maisarah sebagai secretary kepada Haiqal.

"Hei, You ni siapa nak cakap macam tu pada I? I ni girlfriend dia suka hati I la nak datang sini ke tak." Rita sudah meradang.

Sejak pula Encik Haiqal ada girlfriend ni? Setahu aku, bos aku ni still single-mingle lagi. Memang sah perempuan ni syok sendiri, desis Maisarah dalam hati.

"Maaflah, Cik. Encik Haiqal memang dah bagi arahan yang orang luar tak boleh masuk atas urusan yang tak penting. Encik Haiqal sendiri tak bagi girlfriend dia datang sini."

"I don't care. I nak jumpa dia." Rita tetap berdegil hendak bertemu Haiqal.

Seorang perempuan yang juga seksi muncul juga bertanyakan Haiqal. Ah, bala dah datang berganda-ganda! desis Maisarah dalam hati.

"Hei, you siapa nak jumpa boyfriend I," bentak Rita.

"I, Susan girlfriend Haiqal." Bangga Susan berkata menyebabkan kemarahan Rita naik mendadak.

"Hei, kau tu tak layak jadi girlfriend Haiqal," jerit Rita yang mengalih perhatian staf-staf yang berada di situ.

"Excuse me? You ke I? Setahu I Haiqal tak ada girlfriend dan kami officially jadi couple." Sekali lagi Susan menambah minyak ke dalam hati Rita yang memang sudah membara ketika itu.

"Cik Rita, Cik Susan... Tolong jangan bergaduh kat sini kita boleh bincang elok-elok." Maisarah cuba menenang kedua-dua perempuan itu apabila merasai bibit-bibit pergaduhan yang bakal tercetus.

Larangan Maisarah bagai angin lalu buat mereka berdua. Tidak lama kemudian, Maisarah ternampak seorang lagi perempuan seksi yang pernah datang ke sini beberapa hari lalu iaitu Julia. Bala dah datang runtuhlah syarikat ni nanti.

"Cik Julia! Cik Julia, tak boleh masuk ke dalam ni." Maisarah mencegah Julia daripada melangkah masuk ke dalam bilik Pengarah Urusan.

"Apa pulak I tak boleh nak jumpa boyfriend I sendiri?"

"What?" jerit Rita dan Susan serentak.

Mereka mula bergaduh tanpa mempedulikan Maisarah yang cuba meleraikan pergaduhan di antara perempuan-perempuan seksi itu.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora