Apa itu cinta?

976 118 12
                                    

"Ji Yu..... jangan tinggalkan aku Ji Yu! Please please! Siapa nak teman aku makan banyak banyak lepasnih? Siapa aku nak buli lepasnih Ji Yu? Huuuu! Jangan tinggalkan aku..." Hara menangis teresak-esak.

"Cik.." panggil Jin.

"Ji Yu! Jiran sebelah aku Sehun tu, Yang aku suka gile gile tuh semalam dia tengok aku, aku rasa dia suka aku lah... macam mana ni Ji Yu kau jeh boleh tolong aku. Huaaaa jangan pergi Ji Yu!" T^T

Sehun? Wahaha. Apakah budak ni. Kawan tengah sakit pun sibuk cakap pasal crush dia. Alahai.

"Cik, Cik nih kenapa beria sangat? Ji Yu tengah tidur tuh. Dia baru je sedar dari pengsan"

Hara terkesima. Eh! Bukan Ji Yu dah pergi ke? Aduhai! Drama lebihlah kau nih Hara. Hara menepuk dahinya sendiri.

"Eh.. bukan dia nak pergi eh?"

Jin menggeleng kepala.

"Hehehe. Sorry mengelabah pula saya. Erm saya Kim Ha Ra. Awak?" Siapa jeh tak terkejut. Tadi semasa Ha Ra menelefon Ji Yu tiba tiba seorang lelaki angkat dan kata Ji Yu di wad. Dengar jeh perkataan Wad terus Ha Ra berlari ke Hospital tanpa mendengar dulu penerangan lelaki tersebut. Haissss.

"Hahaha takpe saya faham. Kawan baik kan? Saya Kim Sook Jin" Jawap Jin beserta ketawa kecil.

Ha Ra memerhati Jin. Oh! Inilah Mr.Chef yang Ji Yu asik sebut tuh. Waaaah! Handsome juga lah.

"Ha Ra.." Ji Yu tersedar apabila terdengar suara Ha Ra.

"Ji Yu.. kau okay tak nih?" Pantas Ha Ra menolong Ji Yu bangun untuk duduk. Ji Yu membisu. Ha Ra meletakkan tangannya di dahi Ji Yu.

"Wahh! Panas gila badan kau. Tidurlah. Nanti kita berbual lagi. Jangan risau aku jaga kau okay?"

"Takpe Ha Ra. Aku memang nak bercakap dengan kau pun"

"Okay apa dia?"

Ji Yu memandang Jin. Jin memahami lalu keluar dari bilik itu. Memberi ruang kepada Ji Yu untuk bersendirian dengan Ha Ra.

"Ha Ra.. Jackson tipu aku Ha Ra.." Suara Ji Yu kembali teresak-esak.

"Jackson tipu kau? What do you mean?"

Ji Yu menutup matanya. Air mata hangat mengalir. Ji Yu menarik nafas. Lalu dihembus keluar. Mengumpul segala kekuatan yang ada. Ji Yu menceritakan semua yang terjadi. Ha Ra seakan tidak percaya. Apa?! Jackson dah bertunang dan bakal berkahwin?!

"Wahh! Memang nak kena Jackson nih! Tengok lah apa aku nak buat kat dia nanti!" Ha Ra menahan geram. selama nih Jackson bukan main lagi dengan Ji Yu. Dia tipu?! Tak guna! Siaplah kau!

"Takpelah Ha Ra. Biarkan dia. Mungkin selama nih dia layan aku sama macam perempuan lain tapi sebab aku terlalu sayangkan dia aku rasa dia layan aku lain dari lain. Maybe. Hmm"

"Hmm. Sabarlah ye Ji Yu. Aku percaya kau mesti akan jumpa orang yang lagi baik dari Jackson" Ha Ra nasihatkan Ji Yu sambil memeluk bahu Ji Yu.

"Thanks Hara.."

"Ur welcome bae"

"Ha Ra... kau tau maksud Cinta tuh apa?"

"Aik. Kenapa kau tanya soalan nih?" Ha Ra melepaskan pelukan. Matanya memandang Ji Yu.

"Entahlah. Mungkin sebab aku buta dalam cinta sebab tuh jadi macam nih.."

"Ahaha. Okay. What is love? Cinta tuh bila.. kau dengan dia kau happy sangat! Bila dia tak ada kau akan rasa kosong sebab dia pelengkap hidup kau. Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kau. Walaupun dia tau mencintai kau itu sakit tapi dia tetap setia dengan kau sebab dia dah sayang kau. Haha. Selalunya orang yang cintakan kita nih, kita tak nampak. Tapi bila dia dah pergi dalam hidup kita baru kita nampak . Sedihkan?"

"Ahaha. Kenapalah aku tak pernah rasa semua tuh"

"Yeke kau tak pernah rasa? Alah macam Jin. Yang selalu berkorban demi kau"

"Jin love me?"

"Wow. Kau tak perasan ke?"

Ji Yu menggeleng.

"Haha. He love you. So much, i can feel that. Aku sendiri nampak macam mana dia pandang kau masa kau tidur tadi"

Ji Yu termenung seketika. Jin Suka aku? Kenapa selama ini aku tak perasan?

"Ehh! Aku kena balik nih. Ada kerja pula take care okay babe?"

"Okay Ha Ra. Thanks. I feel better now"

"Okay daa~"

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Jin masuk kedalam bilik wad semula apabila Ha Ra keluar. Hati Ji Yu berdegup kencang seketika apabila melihat Jin. Benar ke apa yang Ha Ra cakap sebentar tadi?

"Awak dah okay?" Jin menyoal.

"Dah.. bila saya boleh balik?"

"Awak demam jeh. Kejap lagi boleh baliklah tu"

Ji Yu mengangguk. Matanya sekali lagi memandang Jin. Ini pertama kali dirinya terkaku saat bersama Jin.

"Jin..." panggil Ji Yu.

"Yes?"

"Ermm awak.."

"Ji Yu.." Jackson memanggil Ji Yu dari belakang Jin. Asal dia ada kat sini? Kacau daun betullah. Tak habis habis nak menganggu. Haiss.

"Saya nak cakap dengan awak sekejap. Please Ji Yu.."

Bersambung...

_____________________________________

Kalau ade salah kt mana mana abaikan je eh. Malas nk betulkannnn 😂

Kyungru ♡

Q & A | ksjWhere stories live. Discover now