Pergaduhan Besar!

946 115 7
                                    

SoAh tersenyum sinis. Kebetulan hari ni dia ada kerja di restaurant ini rakan perniagaan ayahnya Dung Soo bekas majikan Jin. Apabila terserempak dengan Jin dan dapat juga menyaksikan babak 'sweet' sebentar tadi benar-benar buat hatinya panas!

"SoAh, you buat apa kat sini?" Suara Jin mendatar. Langsung tak kedengaran mesra.

"Sukahati i lah! Ni restaurant kawan ayah i okay... Erm ni girlfriend you?" Soal SoAh dengan gedik. Jin hanya membatu dengan soalan SoAh. Rimas dengan perempuan gedik tak ingat dunia nih.

"Hahahaah! Betul lah ni girlfriend you. Not bad! Tak sangka test you kat budak budakkan? Kesian you. Dahlah kena buang kerja, sekarang kerja kat mana? Mampu pula you bawak girlfriend you tempat mahal macam nih.. ke you pinjam duit orang semata-mata nak tunjuk you tu kaya?" SoAh terus menerus hina Jin.

Jin kekal membatu. Ji Yu pula dah panas telinga dengan kutukan perempuan nih. Budak²? Mentang² aku nih pendek kau tuh tinggi macam galah suka hati je kau panggil aku budak budak! Nih dah lebih.

"Hahaha! Hye girl! Listen here boyfriend kau yang berlagak kaya nih sebenarnya Loser! Dah lama kena buang kerja dengan ayah aku, nasihat aku kau cari yang lain okay?"

Fuhhh! Ini memang dah lebih! Ji Yu mengetuk meja makan dengan kuat. Suasana di restaurant sunyi sebentar. Mereka menyaksikan perlawanan yang bakal berlangsung sekejap lagi. Yeahhh! Cat fight! Jin pula terkejut dengan tindakan Ji Yu.

"Hye Miss unknown! Kau tuh sapa nak hina Jin macam tu sekali? Kau tuh mak bapak dia ke? Aku rasakan dia kena buang kerja mesti sebab kau kan?! Sayang muka cantik tapi otak letak kat lutut!" Sembur Ji Yu. SoAh semakin panas dengan sindiran Ji Yu.

"Then? Kau sapa nak protect dia sangat?! Wife dia? Hahaha kesian dapat husband yang Loser..."

Splashh!

belum sempat SoAh menghabiskan katanya Ji Yu terlebih dahulu mengambil Jus oren yang ada di atas meja lalu disimbah tepat ke muka SoAh. Tak cukup dengan itu Ji Yu mencapai pinggan lamb Chopnya yang baru suku dimakan di tepek ke muka SoAh. Ambik kau! Jangan sesekali main dengan Api kemarahan Ji Yu!

Jin cemas dengan tindakan Ji Yu. Aduhh! Ni dah parah! Pantas Jin menarik tangan Ji Yu lalu berlari keluar dari restaurant itu. Laju mereka lari. Jin membawa Ji Yu ke Jati tepi laut berdekatan dengan restaurant itu.

"Awak nih kenapa?! Dia tu hina saya bukan awak! Yang awak melebih kenapa?!" Marah Jin. Tangannya masih memegang pergelangan tangan Ji Yu. Ji Yu meratap tangannya dengan kasar.

"Biarlah! Perempuan tu kurang ajar sangat!"

"Dah tu tak payahlah sampai buat macam tu sekali! Bala tau tak!"

"Huh!!" Ji Yu merengus. Pandangannya dialih ke laut. Merajuk! Jin terdiam. Tak patut dia marah Ji Yu. Memang bagus pun perempuan tu kena gitu. Tak sedar diri. Padan muka.

"Okay.. sorry sorry.. Ji Yu.. im sorry okay.."

Ji Yu disebelahnya hanya mengangguk lemah. Moodnya hilang.
Jin rasa bersalah. Mereka sama² memerhatikan laut. Lama. Akhirnya Jin bersuara.

"Alahh.. sayanglah tak dapat habiskan makanan tadi, baru suku makan kan?"

"Tulah pasal! Kalau bukan sebab perempuan gedik!" Marah Ji Yu masih belum surut. Hahaha. Jin tertawa. Ji Yu memandang pelik muka Jin.

"Awak tunggu sini eh? Give me 15 minutes" Jin beredar dari jati. Ji Yu makin pelik. Apa dia nak buat?

Tepat 15 minit berlalu akhirnya Jin kembali dengan plastik ditangannya.

"Dinner is server!"

Wahhh. Dalam plastik itu terdapat Yangnyeom Tongdak dan minuman berkarbonat. Ji Yu tersenyum. Dalam saat² macam nih pun Jin mampu jadi sweet? Hebatnya!

Mereka menjamu selera makanan segera itu dengan gembira sekali. Makan sambil menikmati pemandangan yang indah ni pun best juga. Lagi best dari yang tadi.

"Thanks jin! Again.." benar Ji Yu terharu sekarang. Hari lahirnya terasa bermakna. Jin tersenyum.

"My pleasure"

"Huaaaaa, kalau hari² macam nih kan best. Takda stress. Takda sakit hati. Indah je semuanya" kata Ji Yu sambil menggeliat sedikit. Angin² laut membuatnya terasa tenang ditambah lagi bunyi ombak. Hmm. Bahagianyaa!

Jin merenung wajah Ji Yu. Jin nekad! Misi utamanya hari adalah satu sahaja. Meluahkan perasaan kat Ji Yu. Dia menarik nafas. Semangat dikumpul.

"Kyung Ji Yu.." Panggil Jin. Ji Yu menoloh.

"Ye?"

"Ermm.." dadanya berombak. Jantungnya mula berdegup kencang. Tapi mesti kena cakap juga! Jin dah bersedia.

"Ji yu!"

Dengan tak semana² Jackson muncul dibelakang mereka. Mata Ji Yu terbuntang. Wah! Prince Charmingnya ada kat sini! Ji Yu mula tersenyum lebar dengan kehadiran jejaka tersebut. Jackson mendekati mereka.

"Hai Jackson.." Ji Yu cuba mengawal perasaannya yang bagai nak gila. Encik buah hati ada kat depan mata wei? Siapa tak gila!

"Buat apa kat sini?"

"Nothing just celebrate my birthday.. "

"What? Its today?!"

Ji Yu mengangguk.

"Ahhh! Saya terlupa! Sorry sayang.. Happy birthday my girl. May god bless everything about you" Jackson memegang dagu Ji Yu lalu mencium dahi Ji Yu. Ji Yu tersenyum bahagia yang amat. Akhirnya! Ini yang Ji Yu tunggu dari pagi tadi. Mereka berbual mesra.

Jin terpapar dengan agenda tersebut. Seolah-olah dirinya tak wujud kat sini! Hatinya tercalar. Jin bangun lalu meninggalkan mereka berdua. Biarkan wanita yang dia sayang bahagia dengan orang lain. Jin menunggu Ji Yu dalam kerata.

Bersambung...

______________________________________
______________________________________

Wuisshhhh memang ganas gile part nih xD okayyy. Enjoy ur new chapter 😆

Kyungru ♡

Q & A | ksjWhere stories live. Discover now