Dear Sentimatel.

939 114 4
                                    

"Macam mana nih Ji Yu?" Jung Kook mula resah. Mukanya mula pucat. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Ji Yu buntu. Apa dia harus buat? fried pan kesayangan Jin berwarna pink itu hangus terbakar akibat kecuaian dia.

Awalnya sengaja dia mengunakan peralatan memasak kesayangan Jin walhal Jung Kook dah beri amaran bahawa Jin sememangnya tak suka barangnya disentuh. Lagi lagi Peralatan memasaknya. Tapi Ji Yu keras kepala tetap nak guna. Nah sekarang amik kau! berani buat berani tanggung.

"Erm.. kuali dengan sudip macam nih ada tak jual kat mana²?" Tanya Ji Yu.

"Tak mungkin! Sebab nih limited edition. Jin Hyung sendiri cakap. Sebab tuh dia jarang guna" leter Jung Kook.

Haisss! Peralatan memasak pun ada yang limited edition ke? Ingatkan baju, kasut dan sama erti dengannya sahaja yang limited. Nih barang masak pun dia hauk limited. Memang pelik!

"Dah tuh macam mane nih?" Ji Yu mula takut resah gelisah. Matanya mula merah menahan nangis. Jung Kook memikirkan sesuatu.

"Erm. Takpalah. Biar Jung Kook yang bertanggungjawab. Ji Yu baliklah dulu"

"Eh! Mana boleh! Kan ni semua salah Ji Yu.. erm macam nih jelah, kita hadap sama² okay? Kena marah pun sama² okay?"

Jung Kook hanya termenung dengan jawapan Ji Yu tadi.

"Hadap apa?" Jin menegur mereka dari belakang. Jeng! Jeng! Jeng! Bila dia balik? Darah Ji Yu mula berderau. Jung Kook pula dah menelan air liurnya.

Jin terpandang kuali kesayangannya. Dia mengambil kuali itu dengan tangan yang menggigil. Gugur jantung Jin apabila kualinya rosak ditangan orang lain.

"Siapa buat nih?" Bergetar suara Jin menahan amarah. Bila² jeh dia boleh meletop! Suasana sepi.

"SIAPA BUAT NIH?!" Soal Jin sekali lagi. Suara Jin meninggi. Ji Yu kecut perut. Belum pernah dia dengar suara Jin macam ni.

"Its my fault Hyung.." Jung Kook bersuara akhirnya. Ji Yu terpaku. Apa? Wait! Bukan! Salah aku lah! Ji Yu bersuara dalam hati. Jin mendekati Jung Kook. Menolak Jung Kook ke dinding. Agak kuat. Jung Kook terduduk. Belum pernah dia sebegini. Mungkin terlalu marah.

Jung Kook menahan sakit. Pantas Ji Yu mendapati Jung Kook. Dia menolong Jung Kook bangun. Matanya memandang Jin.

"What are you doing Jin?! Bukan salah Jung Kook lah! Salah saya sebenarnya! Saya yang nak masak pakai kuali awak" terang Ji Yu. Jin tersentak. Tak sangka punca semua nih dari Ji Yu sendiri.

"Go!" Jerit Jin.

Ji Yu memandang pelik ke arah Jin.

"I said go! Berambus! Dan jangan datang lagi! Saya tak nak tengok muka awak lagi kat sini!!!" Ji Yu terkedu. Air mata mula bergenang di pipi. Sampai hati Jin! Lantas Ji Yu menggapai begnya lalu berlari keluar. Jung Kook yang menyaksikan kejadian itu terkejut.

"Apa Hyung buat nih?! Janganlah sampai nak halau dia!"

"Diam! Jung Kook tak faham apa²! Dia dah rosakkan barang Hyung! Jung Kook taukan Hyung tak suka barang Hyung disentuh!"

"Hyung cintakan dia kan?! Jadi kenapa Hyung cakap macam tu kat dia? Hanya sebab kuali tuh Hyung nak Ji Yu bencikan Hyung?!"

Jin terpapar. Benar! Baru dia tersedar sekarang. Kata²nya tadi telah menguriskan hati Ji Yu. Mesti pedih, kalau tak takdalah Ji Yu menangis teruk tadi. Jin mula menyesal dengan perbuatannya. Jin terduduk dilantai. Tangannya meraup wajahnya.

"Dahlah Hyung.. Hyung maafkan jelah dia lepastu Hyung pergi minta maaf dengan dia. Hati perempuan nih kena cepat² kita pujuk. Kalau biarkan lama nanti dah keras susah.." Jung Kook menasihati Jin. Jin mengangguk. Memang itu yang dia nak buat. Gila! Tak kan dia nak lepaskan Ji Yu. Dia sayangkan kan Ji Yu. Sangat sangat!

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘
Ji Yu berlari naik ke biliknya. Sakit! Sakit! Sakit! Sampai hati Jin! Hanya sebab kuali tu jeh dia nak marah aku macam tuh sekali. Ji Yu menghempas dirinya di atas katil lalu menangis. Telefonnya berbunyi. Nama Jin tertera di skrin. Ji Yu merengus. Tak nak angkat! Berkali kali telefon Ji Yu berbunyi akhirnya pemanggil itu mengalah.

Ji Yu memandang telefonnya. 21 panggilan tak berjawab. Patut ke aku buat macam nih? Haisss. Ji Yu mengeluh. Hatinya masih sedih dengan peristiwa pagi tadi.

✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘✘

Jin resah. Dah satu minggu buah hatinya merajuk. Kasar sangat ke aku cakap hari tuh? Ahh! Bodohnya. Kasarlah! Kalau takkan dia nak merajuk sampai sekarang.

Hmm. I have to do something! Think think think. Hampir 10 minit Jin berfikir akhirnya benak fikirannya membuahkan idea. Jin tersenyum. Pasti berkesan caranya. HAHA!

Bersambung...

______________________________________

K. I know pendek -.- maaf maaf. Kyung buat chapter ni masa pukul 2 pagi. Mata ni da berat. Lagi lagi baru lepas makann. Huaaaaa xD maap beribu maap -.- k enjoyy ~

Kyungru ♡

Q & A | ksjWhere stories live. Discover now