TWB.26[LAST!!]

1.9K 148 16
                                    

Hyemi pov..

Aku terus mengejar Mark yang sudah jauh di hadapan.Apabila aku berjaya mengejarnya,aku terus memeluknya dari belakang dan langkahnya terus terhenti..

"Bogosippeo.."kataku sambil mengeratkan pelukan ku.Terasa sangat rindu dekat dia kerana dah 3 tahun tak berjumpa.

"Lepaskan aku.Kau pergi lah dekat Jackson..Aku bukan siapa-siapa kau lagi.."katanya dan melepaskan tangan ku dari memeluk pinggangnya.

Oh god.Dia percaya ke??tapi kenapa dia macam dah berubah??macam dah makin dingin.Adakah orang Jepun bersifat dingin??arh!!!aku rindu dia yang dulu..

"Mark,saya se--"kata-kata ku terhenti apabila Mark meninggalkan aku sendirian.Serious dia marah.Okey Hyemi kau nak sangat buat plan ni kan so pandai-pandai lah kau nak selesaikan..

"Mana Mark??"aku terus menolehkan kepalaku melihat kawan-kawanku di belakang.Jelas di wajah mereka seperti tahu apa masalah aku sekarang ni.Aku menggeleng pelan dan menundukkan kepalaku..

"Tu lah kau nak sangat kena kan orang.So,sekarang ni macam mana??"soal Hara sambil memandang Jackson yang blur tu..

"Kena pujuk lah apa lagi.."kata V pula dan yang lain mengangguk pelan tanda setuju.

******

Aku terus pulang kerumah tanpa singgah di mana-mana atau ke cafe Mark kerana aku terlalu penat dan otak aku hanya terfikir dekat Kookie.

Aku masuk kerumah.Sunyi.Sangat sunyi,agaknya mana semua orang??takkan tak tahu hari ni aku balik Korea??aku menarik beg rodaku menuju ke ruang tamu.

Aku duduk sebentar di sofa sambil memandang isi di ruang tamu.Bibirku terus mengukir senyuman apabila mataku menangkap sebingkai gambar.Gambar sepasukan besball sedang memegang piala kemenangan mereka..

'Manalah budak ni sekarang??rindu nak bergaduh..'bisikku sambil memegang bingkai gambar itu..

"Omma??"aku mendengar suara serak-serak dari tingkat atas.Suaranya seperti baru bangun tidur.Aku pun mengalihkan pandanganku melihat Kookie yang sedang berdiri di tangga sambil menggosok matanya..

"Kookie??"panggilku lembut.Dia terus memandangku di bawah dengan muka blur nya.Aku melihat wajahnya berubah sedikit demi sedikit..

"Nuna??"katanya seakan tidak percaya.Aku hanya ketawa melihatnya.Aigoo masih tak berubah lagi..

"Yah!Kookie bogosippeo.."kataku dan terus berlari dan memeluknya erat.Perh makin handsome adik aku yang sorang ni..

"Nuna.."panggilnya pelan..

"Hrmm..."

"Jangan peluk Kookie boleh??"aku yang hairan terus melepaskan pelukkan dan memandangnya pelik..

"Wae??"soalku langsung..

"Kookie tak mandi dari pagi lagi..."katanya sambil tersengih dan menampakkan gigi bunny nya.

Perutnya terus aku tepuk dan kembali memeluknya.Mandi ke tak mandi ke kau tetap comel Kookie..

"Mana omma??"soalku kerana rumah ni terlalu sunyi..

"Omma pergi Busan dengan appa sebab uncle Jang sakit.."jawabnya..

"So,nuna tengok dari muka Kookie ni macam playboy je.."kata ku sambil melangkah dan duduk di sofa..

"Playboy??bhahahaha!!Kookie bukan jenis macam tu lah nuna.."katanya dan duduk di sebelahku.Remote tv di capainya..

"Ye ke??kalau macam tu siapa yeoja bertuah yang dapat Kookie ni??"soalku dengan senyuman dibibir..

The WaterBoy | Mark.Tحيث تعيش القصص. اكتشف الآن