Bab 20

25K 659 31
                                    

Aku menghampiri Ezamil yang berdiri dihadapan kolam renang. Perlahan-lahan belakangnya ku tepuk. "Bhaaaa!!"

Ezamil hanya beriak biasa. "Tak terkejut pun." Cis!

"Ez, you tengok apa?" Aku berdiri disebelahnya.

"I tengok dada langit yang penuh ditaburi bintang-bintang." Jawabnya romantik. Aku tersenyum lalu menyandarkan kepalaku pada bahu Ezamil.

"Ezani dah tidur?"

"Dah."balasku pendek. Ezamil melingkar tangannya pada pinggangku, menarik aku rapat padanya.

"Mira, i bahagia bersama you. Yoy dan Ezani adalah harta i yang paling bernilai yang i perlukan dalam hidup ini." Luahnya. Aku terharu mendengarnya.

"Me too. I terlalu bahagia selama menjadi isteri you. Thanks kerana meminta satu jam dari i dahulu. I tak mungkin akan mencintai you jika bukan kerana permintaan gila you tu." Balasku dalam tawa. Ezamil mengucup pipiku.

"I nak you rasa macam mana seksanya penangan cinta satu jam i. Hahahhaha... sayang, geli. Stop it!"

Aku menggeletek lagi perut Ezamil. Geram pulak aku dengannya. Ezamil menangkap tanganku.

"Tapi cinta i pada you bukan satu jam. Cinta i pada you..... kekal selamanya. Tiada tamat tempoh." Bisik Ezamil romantik. Aku tertunduk malu.

"You tak payah minta satu jam lagi. Kerana setiap masa i hanya untuk you. I love you ,Ezamil Darwish."

Aku membalas renungannya. Rasa hangat mula mengalir dalam diri apabila bibirnya menyentuh dahiku.

"I love you too."

Aku dan Ezamil sama-sama menatap dada langit malam yang dipenuhi bintang-bintang bertaburan. Dalam hati, aku berdoa agar cinta aku dan dia tidak pernah berakhir dan akan kekal selama-lamanya.

~Tamat~

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now