Bab 3

28.9K 568 4
                                    

Sedar tidak sedar, sudah dua bulan aku bergelar perempuan simpanan kepada Ezamil. Segala kehendaknya aku turutkan kecuali yang satu itu. Dia tidak pernah meminta dan aku tidak pernah memberi.

Walaupun kehidupan aku keterlaluan sosialnya, namun aku masih menjaga kehormatan aku yang satu itu. Pesan abah masih segar diingatanku.

Sedang leka aku termenung di beranda appartment, aku terasa pinggangku dirangkul dan bahuku berat. Aroma fragrancenya menusuk ke hidungku. Tanpa menoleh aku sudah tahu siapakah gerangannya.

"Awak you balik."

Dia masih diam membisu tanpa membalas persoalanku.

"Kalau you nak makan, i ada masakkan....."

"Shuuu.... stay still for a minutes." Bisiknya dalam suara yang bergetar. Sungguh menggoda nadanya. Aku memejam mataku untuk menepis perasaan aneh yang mula menjalar dalam hati ketika ini.

"Done. so, you masak apa? I terasa lapar pula. "Ezamil melepaskanku dan berjalan menuju ke dapur. Aku menarik nafas lega.

Aku ralit memerhatikan Ezamil menjamah makanan. Wajahnya yang sentiasa menggetarkan hatiku sejak kebelakangan ini. Entah sejak bila perasaan ini hadir, aku tidak pasti. "Ez..."

Ezamil menoleh. "Kenapa?"

"Tak ada apa-apa." Aku mengeluh. Dihatiku tika ini, sarat dengan tanda tanya. Apa sebenarnya motif lelaki itu? Dia hanya akan berada dekat denganku selama satu jam sehari. Hanya satu jam!

"Dah jatuh cinta dengan i?"

Aku tersedar dari lamunanku. "Nonsense." Gumamku perlahan. Dia tergelak mesra.

"Okeylah Mira. I've to go. See you again later." Ucap Ezamil sambil mengucup ubun-ubunku. Aku mengangguk.

Ezamil berlalu pergi dan aku hanya menghantarnya melalui pandangan. Hatiku tika ini benar-benar menginginkannya lebih lama disisiku lebih dari satu jam. Aku tak tahu kenapa dan mengapa hati aku seolah sakit apabila dia meninggalkanku. Dan ada satu perasaan halus yang sarat didalam dada ingin berjumpa dengannya lagi. Adakah ini rindu?

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now