Bab 13

25.5K 530 11
                                    

Aku merenung lama pusara abah. Air mata yang mengalir ku kesat dengan hujung baju kurung. Abah, terlalu banyak dosa Mira. Terlalu banyak!

Abah, kenapa dia buat Mira macam ni? Mira ikhlas sayangkan dia. Adakah perempuan seperti Mira tidak layak diperlakukan dengan cara yang betul?

Bahuku disentuh Ezamil lembut. "Jom balik?"

Aku menggeleng. Ezamil kembali duduk disebelahku. Sebelah tangannya mengusap batu nisan abah.

"Abah, saya akan lindungi Mira. Saya akan jadi suami yang terbaik bagi dia." Ucap Ezamil. Aku menoleh.

"I nak balik." Aku terus bangkit dan meninggalkan Ezamil. Sakit hati ini atas apa yang baru dia lakukan. Terasa benci pada lelaki itu.

AIR pancuran mencurah-curah tubuhku yang masih berbalut baju siang tadi. Kepalaku pening. Mindaku serabut dengan pelbagai masalah yang melanda kini.

Aku menutup paip air pancuran. Baju yang basah ku buka dan ku sidai. Baru aku sedar yang aku hanya sehelai sepinggang saja kesini. Baju apa yang aku nak pakai? Takkan tak berbaju keluar?

Mataku terarah pada bathrobe yang tergantung dibelakang pintu. Pantas kucapai dan kusarung ke tubuh. Tali kuikat ketat. Pintu bilik air kuselak.

Ezamil tiada didalam bilik. Mungkin dia keluar. Ah, malas aku mahu memikirkan tentang dia. Hati aku masih sakit padanya.

Aku mencampak tubuhku keatas katil. Mataku terpejam rapat. Penat. Penat dengan segala-gala yang berlaku. Ezamil sudah keterlaluan.

Aku terasa ruang disisiku mendap. Ada satu tangan menyentuh wajahku. Aku pantas menepis kasar lalu bangun dari pembaringan. Ezamil tersenyum manis.

"I tahu you penat, rehatlah. Kita cakap esok."

"No! Apa you dah buat ni betul-betul keterlaluan , Ez."bentakku. Dadaku berombak menahan marah.

Ezamil meraih kedua bahuku. "Tapi you juga setuju. I tak memaksa you tadi. Betul kan?"

Aku terdiam. Betul. Ezamil tidak memaksa aku untuk bersetuju berkahwin dengannya. Tapi dia merayu!

"Mira, you berehatlah..."

"I benci you." Aku menumbuk dadanya bertalu-talu. Sekarang ni aku sendiri tak faham dengan diri aku. Marah, benci , sayang bercampur dalam diri.

Ezamil menangkap kedua tanganku lalu menindih tubuhku. "You yang membuat i bertindak begini."

Aku hanya diam dan membeku sepertu patung saat bibirnya merapati bibirku.

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now