Bab 18

22K 546 8
                                    

Baju kurung kain satin bewarna hijau muda ku sarung ke tubuh. Selendang putih ku lilit kemas di kepala. Lama aku merenung refleksi diriku di cermin. Ezamil datang dan memeluk tubuhku dari belakang.

"Are you okay?" Tanyanya. Aku mengangguk. Secalit senyuman aku hadiahkan kepadanya.

"Pasti?" Aku mengangguk lagi. Kepalaku sandar pada dadanya.

"Selagi you bersama i, semuanya akan okay." Ujarku. Ezamil mengeratkan lagi pelukannya sehingga tiada jarak antara aku dan dia.

"Jangan risau. Mommy dan dady okay. I ada untuk bersama you. Kita hadapi bersama-sama." Bisiknya lagi. Wajahnya aku pandang melalui cermin. Ezamil adalah semangatku.  Aku mengangguk lagi.

Tangan Ezamil ku genggam. "Jomlah, i dah siap. Tak sabar nak jumpa keluarga you." Sempat Ezamil mengucup pipiku. Aku tergelak.

Sepanjang perjalanan, Ezamil tidak melepaskan genggaman tanganku walaupun beberapa kali aku berusaha menariknya. Aku faham, mesti Ezamil ingin menghilangkan rasa debarku.

Banglo mewah tiga tingkat ku pandang. Debar di dada usah katalah, semakin menggila. Ezamil menggapai tanganku. Aku tersentak dari lamunanku.

"Dah ready?"

Aku mengangguk. Dengan lafaz bismillah, aku mengikuti langkah Ezamil. Seorang perempuan separuh abad sudah berdiri di muka pintu. Wajahnya.... amat sukar ku tafsirkan.

Satu Jam SahajaМесто, где живут истории. Откройте их для себя