Bab 19

22.1K 566 3
                                    

~dua tahun kemudian~

Bunyi tangisan bayi menganggu tidurku. Haishh.... siapa yang kacau Ezani? Aku barulah nak lelapkan mata.

Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringanku. Aku lihat Ezamil sedang menggomol Ezani. Geramnya aku. Lalu aku cubit pipi si Ezamil. Mengaduh Ezamil kesakitan.

"Apa ni yang? I baru je balik." Rungutnya. Ezani menyuakan jari telunjuknya ke bibir Ezamil. Ezamil menggigit jari si kecil itu. Terkekek si kecil ketawa.

Aku menggeleng kepala. "Sayang, i baru aje tidurkan dia. I penatlah. Dah la tak tidur malam. You dengan dia sama aje. Pengacau i! "

Ezamil tergelak sambil membawa Ezani kedalam dukungannya. "You rehatlah. Pergi tidur. Biar i yang jaga Ezani. Nanti mommy dan dady nak datang. Katanya rindu dengan hero kita ni.

Jadi malam nanti, Ezani tidur dengan opah dan atuk yer. Malam ni turn mama jaga papa la pula yer? Auchh!"

Ha, kan dah kene cubit. Ada-ada aje akal nakal si Ezamil ni.

Hubunganku dan ibu bapa mertua semakin rapat. Alhamdulillah, mereka menerimaku dengan baik. Walau pada mulanya agak sukar, tetapi dengan sedikit usaha akhirnya aku berjaya menambat hati mereka.

Ibuku juga sudah berubah dan kembali ke pangkal jalan. Sekarang dia sedang mengerjakan umrah.

Aku membaringkan semula badan diatas katil. Biarlah mereka dua beranak tu bermain. Janji tak kacau aku tidur. Hahahaha.....

"Assalamualaikum..."
Aku bergegas ke depan untuk menyambut kedatangan ibu bapa mertuaku.

"Walaikumsalam. Mommy, dady, jemputlah masuk. Ezamil ada dekat atas dengan Ezani. Mommy dan dady sihat?" Pelawaku sopan. Tangan tua Datin Rosmiza dan Dato Ezra ku salam.

"Sihat aje kami berdua ni. Tapi tulah, dady kamu ni tak menyempat nak jumpa cucu dia." Seloroh Datin Rosmiza.

"Eh eh, saya ke awak yang tak menyempat? Saya tak siap mandi lagi awak dah tunggu di kereta. Kamu jangan dengar mommy kamu merepek ni , Mira." Sanggah Dato Ezra.

Aku hanya tergelak melayan telatah ibu bapa mertuaku. Dah tua-tua pun mesranya seperti pasangan yang baru bercinta.

Satu Jam SahajaWhere stories live. Discover now