BAB 4

4.7K 169 10
                                    

Sayup-sayup kedengaran azan Subuh berkumandang. Sekejap dengar, sekejap tidak. Bergantung kepada angin yang membawa suara azan itu.

Cerita Dilwale yang ditonton tadi telah pun tamat hampir setengah jam yang lepas. Ayu, yang mungkin agak kepenatan malam itu tertidur di hadapan laptop.

"Ceh, kata nak teman aku. Nak tidur lepas Subuh." hati Ina bersuara melihat Ayu disebelahnya, tidak sampai hati mengejutkan kawannya yang keletihan itu.

Ina menutup laptopnya sebelum mengejutkan Ayu dengan menggoyangkan badannya lembut, "Ayu, bangun. Dah Subuh ni. Solat dulu pastu kang tidur lah balik kalau mengantuk." Lembut sahaja kata-kata yang keluar daripada mulutnya, selembut gerakannya mengejutkan Ayu tadi.

Ayu tersedar lalu menggosok matanya, melihat sekitarnya sebelum bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Air paip yang sejuk pada waktu pagi itu memberi kesegaran apabila sampai ke wajah Ayu, "Ah, segar rasanya."

Sementara menunggu Ayu di dalam bilik air, Ina mengejutkan pula Teha yang berada di katil hujung.

"Teha, bangun. Solat dulu."

Teha yang masih mamai duduk di katil seketika sebelum bangun membuat senaman ringkas bagi meregangkan sendi-sendinya.

"Awal kau bangun, Ina." Teha bersuara membuka perbualan apabila dia mendapati ada orang di dalam bilik air.

"Aku dengan Ayu tak tidur semalam. Aman sibuk suruh cari pasal tempat yang kita nak pergi tu." Katanya sebelum menyambung, "Nanti kau tengok lah Whatsapp. Panjang lebar berbual semalam."

Teha mengangguk dan pada masa yang sama, Ayu keluar daripada bilik air. Giliran Teha pula masuk untuk mengambil air sembahyang.

Selesai solat, Ina dan Ayu menyambung tidur mereka semula. Manakala, Teha terus ke bilik air untuk mandi. Dia ada kuliah pagi ni. Subjek yang paling dia minat - Kemahiran Komunikasi dalam Pekerjaan.

Habis sahaja mandi, dia membuka almari bajunya untuk mencari baju yang sesuai ke kuliah.

"Hari ni hari Rabu. Elok pakai baju korporat jabatan ni kot." Hatinya berkata, memberi cadangan kepada dirinya sendiri.

Solekan yang dikenakan pada pagi itu tidaklah keterlaluan. Solekan yang sesuai untuk seorang mahasiswi. Gincu merah jambu yang dipakai itu menyerlahkan lagi keseksian bibirnya yang nipis itu. Manakala, bedak asas yang ditepeknya itu menutup cela-cela dan lubang-lubang kawah di mukanya, sempurna.

Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi apabila satu mesej masuk ke Whatsappnya.

"Teha, kitorang tunggu kau kat bawah. Tempat biasa tau." Mesej daripada classmatenya. Mereka selalu pergi ke kuliah bersama, menggambarkan betapa utuhnya ukhuwah antara dia dan classmatenya.

BANGLO LAMAWhere stories live. Discover now