Kembali selepas 5 tahun

372 17 1
                                    

#UPDATE, 16/06/2021

Hai, semua pembaca setia yang saya hargai. Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda terhadap karya saya selama ini.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tiada sambungan untuk buku ini. Maaf kerana ramai yang kecewa dan hampa atas sebab ini. Sebenarnya, buku ini saya tulis pada tahun 2016 ketika saya masih di universiti untuk mengisi masa lapang. Sekarang, usia saya sudah menginjak ke 25 dan sudah bekerja.

Sejujurnya, saya sendiri sudah lupa mengenai cerita ini dan watak-watak yang saya cipta dalam buku ini. Jadi, untuk menyambung kembali cerita ini, saya perlu membaca semula dari awal untuk memahami jalan ceritanya.

Ada juga yang mengatakan bahawa huraian saya dalam buku ini terlalu meleret persis drama "Rindu Awak Separuh Nyawa" (bagi yang menonton drama itu, mungkin anda tahu apa yang saya maksudkan). Saya mengambil komentar tersebut sebagai sesuatu yang positif untuk membaiki cara penulisan saya. Tujuan huraian panjang lebar yang dibuat adalah untuk mendekatkan para pembaca dengan jalan cerita, seolah-olah andalah yang berada dalam cerita ini.

Ada kemungkinan untuk saya sambung cerita ini tetapi saya tidak menjanjikannya. Jika disambung, berkemungkinan saya akan menyunting (edit) plot dari awal dan membuang dua watak agar cerita lebih tertumpu kepada aktiviti paranormal di banglo lama dan bukan pada kehidupan di universiti para watak.

Sekian, terima kasih.

BANGLO LAMAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن