Prolog

549 15 2
                                        




*Disclaimer : Sebenarnya cerita ni dah lama sis tulis. Rasanya sejak 2011 kut? Tajuk asal dia sebenarnya 'Buli-buli sayang'. Tapi rasa mcm lawak pula nama tu, jadi sis tukar kepada 'My first and Last Love'. Pape pun, hope korang boleh enjoy this story of mine. Sis ckp awal-awal yang cerita ni cliché terox ( Sebab idea asal since 2011, so ikut trend waktu tu. Tapi sis cuba untuk ubat ikut trend sekarang n perbetulkan ayat sebab benda ni sis type waktu sekolah menengah. waktu tu mana tahu format macam mana n gaya bahasa pun ke laut). So, kalau ada sebarang kesilapan, hopefully korang boleh bagi tahu. Enjoy reading!

.

.

.

PROLOG

"Ini ke dia?" soal Lia dalam nada teruja. Jari sudah mengunjuk pada wajah seorang lelaki yang terpampang di salah satu helaian di majalah sekolah.

Hana yang berada di sisinya laju menggeleng. "Bukan! Isy. Kau ni memandai aje tunjuk sesiapa yang ada kat dalam ni," marah Hana, geram.

"Dah kau cakap muka dia handsome, aku carilah sesiapa yang nampak handsome bagi aku. Kalau bukan yang tu, yang ini ke?" Sekali lagi jari Lia melekat pada majalah. Kali ini pada wajah lain pula.

Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Lia.

"Dah, tak payah nak main teka-teka sangat. Meh, sini aku tunjuk sendiri kat kau sebelum kau terpesong jauh lagi."

Hana menarik majalah sekolah yang berada di hadapan Lia. Satu per satu wajah di dalam majalah dipandang sebelum dia menyelak ke halaman seterusnya. Beberapa kali dia ulang perbuatan sama sebelum...

"Hah! Dah jumpa!" Bergema suara Hana di ruang perpustakaan itu.

"Shhh!!!" Lia lekas-lekas meletakkan jari telunjuk ke bibir, mengarahkan Hana untuk senyap. Sempat dia melirikkan mata pada pelajar lain yang memandang mereka tajam. Dia hanya mampu tersenyum sahaja kepada mereka walaupun senyumannya tidak dibalas. Yang dapat cuma jelingan tajam.

"Ni, weh!" beritahu Hana dalam nada berbisik. Majalah ditolak sedikit pada Lia.

Lia meneliti wajah lelaki yang ditunjuk Hana. Hanya beberapa saat, matanya sudah bersinar-sinar.

"Weh! Ni ke Abang Jay kau tu? Heloknya dia!" puji Lia sambil mengamati wajah yang berada pada majalah itu.

"Handsome tu memanglah handsome. Tapi, kau jangan mengada-ngada nak suka dia pula, eh! Dia, aku punya!" pesan Hana dalam nada tegas.

Lia tergelak kecil. Suka betul Hana dengan crushnya yang digelar Abang Jay itu.

"Eh, kau sebenarnya patut sedar sikit yang kau masih 16 tahun. Masih tersangkut kat sekolah lagi. Dia pula dah bebas kat luar sana. Mana tahu dia dah berpunya ke..."

"Jahat betul mulut kau ni! Aku ingat kau akan sokong aku!" Hana menarik muncung. Tak sapot member langsung!

"Haha... gurau aje. Chilllah!" Lia ketawa kecil melihat riak wajah Hana yang masam mencuka. Takutlah tu abang kesayangan dia menjadi kepunyaan orang lain.

Hana buat tak endah Lia. Sebaliknya dia menopang dagu, memikirkan apa yang bakal berlaku pada hujung minggu ini. Bibir sudah tersenyum lebar.

"Tak sabarnya aku nak jumpa dia Sabtu ni. Mesti dia terkejut tengok aku nanti."

Abang Jay, atau lebih dikenali sebagai Jeremy Hariss merupakan kawan zaman kanak-kanaknya dan juga jiran rumahnya untuk sementara waktu sebelum keluarga Jeremy berpindah ke tempat lain. Walaupun sudah lebih kurang 11 tahun mereka tidak bersua muka, nama Jeremy langsung tidak pernah dilupai Hana. Lagi-lagi dengan adanya media sosial sebagai sumber informasi tentang kehidupan harian lelaki itu. Segala perkembangan Jeremy dapat Hana ketahui melalui laman Facebook Jeremy. Termasuklah kehadirannya pada Sabtu akan datang ini.

My First & Last ( COMPLETE )Where stories live. Discover now