Rania menyandarkan badan pada kerusi. Matanya melilau ke sekeliling restoran barat milik Ariana itu. Setiap hari pasti sesak dengan pelanggan. Tidak pernah sekalipun restoran itu tidak menerima pelanggan. Jauh di sudut hatinya terselit rasa bangga dengan Ariana.

Bibir Rania mengukir senyuman apabila ternampak seorang gadis yang memakai crisp white shirt bersama ripped jeans. Rambut gadis itu pula diikat tocang.

 Rambut gadis itu pula diikat tocang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ariana!"

Ariana menoleh saat namanya dipanggil seseorang. Sebaik sahaja terpandangkan Rania dan Amsyar, dia terus melangkah ke arah meja mereka.

"Kenapa datang lambat hari ni? Aku tanya pekerja kau tadi dan dia cakap kau tak datang lagi." Soal Rania sewaktu Ariana sudah mengambil tempat duduk.

"Macam biasa, traffic jam dan ada pulak motor gila depan kereta aku. Kalau ikutkan hati memang aku dah langgar habis." Beritahunya. Haih masih tidak hilang lagi perasaan geram tu.

Rania dan Amsyar cuma diam. Seolah-olah sudah biasa dengan sikap Ariana yang agak panas baran itu.

"Relaks, Riana. Biasalah tu. Semua orang pun lalui benda sama jugak." Ujar Amsyar lambat-lambat. Hari ni memang kerja aku nak hilangkan kekusutan anak gadis ke apa?

"Kau dah makan atau belum ni?" Dia bertanya prihatin. Wajah cantik Ariana dipandang.

"Kalau tak makan lagi jomlah join." Tambah Rania pula.

Ariana cuma menggeleng.

"Tak mahulah. Aku nak pergi belakang. Nak check yang lain. Kalau nak makan apa-apa lagi, tambah je. Tak payah bayar. Aku blah dulu." Ariana terus bangun dan beredar.

Mata Amsyar menghantar kelibat Ariana pergi. "Macam tu lah dia kalau tak ada mood."

"Tulah. Baru aku nak ajak dia bergosip."

Amsyar membuat muka. "Asyik bergosip je. Dah la, aku nak tambah makanan lagi. Boleh bagi kau terliur sikit." Dia ketawa.

Mulut Rania memuncung. Rasa nak dipukul-pukul si Amsyar ni.

***

Ariana melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 12 malam. Sesekali dia menguap perlahan. Iphone6nya yang tiba-tiba berdering membuatkan dia sedikit terkejut. Dia pantas mencapai telefonnya yang berada di atas meja.

Air mukanya berubah saat melihat nama si pemanggil.

Tan Sri Hamid.

Apa yang orang tua ni nak? Dia mendengus lalu mematikan telefonnya. Tiada kuasa untuk melayan. Buat dia sakit hati sahaja.

Perlahan, dia meletakkan kepalanya ke atas meja. Mata pula dipejam erat. Peristiwa 9 tahun lalu mula terlayar di ruang matanya.

Ariana menyelak muka surat satu persatu. Dia menguap luas. Matanya berair kerana mengantuk. Pantas mug berisi nescafe disebelahnya diambil lalu diteguk rakus. Cuba untuk menghilangkan rasa mengantuknya.

Jika bukan kerana peperiksaan SPM semakin hampir, sudah pasti dia tidak akan terpacak di meja belajar pada pukul 2 pagi sebegini. Buat penat sahaja.

Ariana mula menongkat dagu. Mengantuknya makin menjadi-jadi pula. Anak matanya mengerling ke arah jam yang tersangkut pada dinding. Kenapa mama dengan papa tak balik lagi? Katanya keluar pergi event. Takkan lah sampai lewat malam begini.

Tidak mahu mengambil pusing, dia kembali membaca buku.

Beberapa minit kemudian, terdengar ketukan di pintu biliknya. Terjengul pembantu rumahnya, Mak Nab yang kelihatan pucat.

"Mak Nab, kenapa ni?"

"Kita.. kita kena pergi hospital sekarang"

Dahi Ariana berkerut.

"Hospital? Buat apa?"

Mak Nab senyap buat seketika. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Mama dan papa Riana accident" Jawab Mak Nab perlahan.

***

Ariana mengesat air mata yang merembes di pipi. Hayunan kakinya dipercepatkan menuju ke wad kecemasan. Mak Nab pula hanya membuntuti daripada arah belakang.

Dia berjalan ke arah Tan Sri Hamid yang sedang berjalan mundar-mandir di hadapan wad. Kepala dan tangan ayahnya berbalut. Di pipinya pula terdapat kesan luka.

"Papa.."

Tan Sri Hamid menoleh sewaktu mendengar suara anak tunggalnya itu. Wajah Ariana yang basah dengan air mata dipandang kasihan.

"Mama..mama mana? Apa yang dah jadi?" Tergagap-gagap Ariana bertanya.

Tan Sri Hamid meraup mukanya. Air mata jatuh satu persatu.

"Semua ni salah papa.. papa drive dalam keadaan mengantuk. Mama dah nasihat papa untuk berhenti tapi papa buat tak endah. Kalau lah papa dengar kata mama, semua ni tak akan berlaku." Ujar Tan Sri Hamid dalam esakan tangis.

Ariana terduduk di kerusi. Dia tergamam. Pelbagai andaian bermain di fikirannya tentang keadaan Puan Sri Mariani. Tak dapat dia bayangkan jika sesuatu terjadi pada mamanya. Makin laju air matanya mengalir.

"Kalau sesuatu terjadi pada mama, Riana tak akan maafkan papa."

Tan Sri Hamid menoleh. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

Ariana mendongak. Merenung Tan Sri Hamid sedalamnya.

"Kalau sesuatu terjadi pada mama, Riana tak akan maafkan papa seumur hidup Riana" Ulangnya lagi. Petanda bahawa dia serius dengan kata-katanya.

Pintu wad kecemasan yang dibuka dari arah dalam mematikan perbualan mereka. Seorang doktor lelaki melangkah keluar.

"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?" Laju Tan Sri Hamid bertanya. Jantungnya berdegup pantas menunggu jawapan daripada doktor tersebut. Ariana juga begitu. Dalam hati dia berdoa agar Puan Sri Mariani baik-baik sahaja.

"Maafkan saya. Kami dah cuba sebaik yang mungkin-"

Ariana membuka matanya kembali. Tak sanggup mengingati semula kata-kata doktor tersebut. Manik-manik jernih dipipinya dilap kasar. Dia tak mahu teringatkan semua itu lagi. Ianya cuma akan menambahkan rasa benci terhadap Tan Sri Hamid.

Dia pantas mencapai beg tangannya lalu keluar dari bilik.

"Aida, saya balik dulu. Kamu tu jangan balik lambat sangat. Pesan juga dekat yang lain." Kata Ariana sewaktu melintas dihadapan pekerjanya, Aida yang sedang mengemop lantai.

Aida mengangguk. "Baik, Cik Ariana."

Ariana menyambung langkahnya ke kereta. Niatnya hendak masuk ke dalam kereta terbantut apabila terdengar bunyi bising yang datang daripada lorong yang tidak jauh daripada restorannya. Dahinya sedikit berkerut.

Perlahan kakinya diaturkan ke arah bunyi tersebut. Dia mengintai sedikit dan alangkah terkejutnya dia saat melihat seorang lelaki yang sedang dipukul oleh dua orang lelaki bertubuh tegap.

Seorang diantara mereka kemudiannya mengeluarkan pisau lipat daripada poket dan terus menikam perut lelaki yang sudah lemah longlai itu berkali-kali.

Ariana pantas menekup mulut. Terkejut dengan apa yang baru disaksikannya. Ya Allah..

---

Don't forget to vote, comment and share. Thank you :)

Aryan ArianaWhere stories live. Discover now