Bab 34

10K 410 0
                                    

Nairah baru perasan, biarpun dia dikategorikan sebagai wanita tinggi dia tetap kelihatan pendek bila berdiri di sebelah Fayyad. Ergh, annoying kan? Dia cuma tinggi paras bahu Fayyad jer. Nairah mendekati Fayyad yang sudah menyarungkan kemeja kelabu asap, dia membalikkan badan Fayyad supaya berhadapan dengannya. Nairah memanjat kerusi kecil, dia membutangkan baju Fayyad satu-persatu. Secara spontan Fayyad merangkul pinggang Nairah yang sedang khusyuk membutangkan bajunya. Nairah yang sedang membutangkan baju Fayyad itu mencubit tangan Fayyad yang gatal sangat tu. Terus Fayyad terjerit kecil kerana cubitan berbisa Nairah.

"Sakit..."

"Tahu pun, lain kali tangan tu jangan gatal sangat. Sini cepat, I nak pakaikan tali leher." Fayyad menurut. Dia kembali mendekatkan tubuhnya pada Nairah. Dengan cermatnya Nairah memakaikan tali leher itu, kurang dari 5 minit sudah tersimpul rapi tali leher bercorak jalur hitam putih pada kolar baju Fayyad. Fayyad senyum, kau belajar ikat tali leher ni daripada arwah Hanslah kan?

"Siap. Baru macho, nanti you ngurat orang pun senang.. Dah, I dah lambat ni. Nak pakai tudung kejap. Bye." Nairah melambai tangannya riang pada Fayyad. Tidak sabar untuk kembali ke butik. Rindu baju-baju kat sana, customer kesayangan kat sana. Semuanya kat sana.

Beberapa minit sudah berlalu, tak betul-betul juga shawl yang dia pakai. Jadi muslimah ni merumitkan betullah! Getus Nairah penuh geram, mahu saja dia menjerit di situ.

"Mr. Pinky! Oh Mr. Pinky!" Panggil Nairah.

"Ya, kenapa?" Fayyad menjengahkan kepalanya di muka pintu kamar beradunya.

"Pakaikan shawl ni. Dari tadi I try, makin jahanam adalah. Hisy, susahlah macam ni." Rungut Nairah. Fayyad hanya menggelengkan kepalanya sambil mendekati Nairah. Dia dengan cermatnya melilitkan selendang itu pada kepala Nairah penuh tekun. Nairah pula hanya memerhatikan wajah Fayyad. Agak comel. Ahaks...

"Done. Senang jelah. Tak susah mana pun, asalkan you tahu cara-cara nak pakai."

"Pandai juga you ni kan? Ke sebelum ni suka lilit tudung atas kepala?" Tanya Nairah.

"Jangan buruk sangka. Dosa." Pesan Fayyad. Dia menarik lembut tangan Nairah. Tak sangka hari ini sedondon pula mereka berdua. Nairah memakai baju kurung kelabu bercorakkan bunga mawar hitam dan putih, shawlnya pula berwarna hitam.

====

"Sampai dah, salam cepat. I dah lambat ni Nairah." Nairah mencium tangan Fayyad, Fayyad pula mencium dahi Nairah. Syahdu siot. Sempat berdrama pulak dalam kereta.

"Bye, assalamualaikum." Ucap Nairah. Dia berlalu pergi masuk ke dalam butik hasil perkongsiannya dengan Fara.

"Apsal gelap je ni? Rara belum sampai ke? Dah lambat ni." Butiknya gelap gelita. Secara tiba-tiba Nairah disergah dari belakang.

"Selamat pengantin baru!" Jerit semua orang yang ada. Antaranya ialah, Adnin, Fara, Lisa, Wawa, Ah Seng, Kavita, Felicia, Priya dan James. Di tangan masing-masing ada sekotak hadiah berbalut.

"Oh my god?! Semua ada kat sini?? Seriously?" Jerit Nairah keriangan.

"Hey, all of we really miss you. Makin cantik sejak you pakai tudung.." Puji James. Dia menghadiahkan senyuman manisnya.

"Tulah, apsal lost contact lepas study. Isy, tak sayang I langsung." Kavita bersuara. Yang lain turut mengiyakannya.

"Sorrylah guys. By the way, jemputlah duduk.. Rajin betul pagi-pagi sergah orang ya?" Usik Nairah.

"For our lovely and beautiful friend, apa pun boleh. Selamat pengantin baru. Mana hubby you?" Tanya Priya.

"Dah pergi kerja, dia stop kejap kat sini sebab hantar I."

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now