Bab 23

9.8K 472 4
                                    

Fayyad meraup wajahnya berkali-kali. Kakinya menendang bawah meja. Auw! Tulah Faye, bodoh sangat. Sabar Faye... Sabar... Allah sedang mengujimu. Fayyad terus pergi ke bilik air. Dia berwudhuk. Dia mencapai rehal dan al-quran. Dia duduk bersimpuh sebelum memulakan alunannya.

"Bismillahirrahmanirrahim...."

Nairah terus mengemaskan kembali keadaan katil Farhan. Dia tersedar dari lamunan masa silamnya bersama Farhan. Dia terus pergi ke bilik tidurnya dan Fayyad.

Fayyad sedang mengaji? Alunannya sungguh merdu.. Nairah melangkah masuk dengan perlahan. Dia duduk di birai katil. Alunan ayat suci itu kedengaran cukup menenangkan, meskipun maksudnga tidak Nairah ketahui. Ya Rab, hinanya aku! Kalam Mu ini langsung tidak pernah aku baca. Aku langsung tak tahu nak baca quran. Air mata Nairah jatuh lagi. Sejak Farhan pergi, dia terlalu emosional. Adakah ini hikmah pemergian Farhan? Untuk dirinya kembali mengenal Yang Maha Esa? Semoga dipermudahkan penghijrahanmu Nairah.

"Nairah... Bangun Nairah. You buat apa tidur macam ni?" Nairah pelik. Rasanya baru tadi dia mendengar Fayyad mengaji.

"Hmm, I tertidur tadi. Sedap alunan you tadi. I.. I tak pandai baca."

"It's okay. Mendengarnya pun you dah dapat pahala. Nanti I ajarkan you mengaji, okay?" Nairah angguk.

"You menangis ke tadi?" Bekas air mata mengalir yang sudah kering jelas kelihatan. Nairah menggelengkan kepala. Masih mahu berahsia? Hmm, Nairah... Nairah...

"Dahlah, dah tengah hari ni. Bangunlah. Pergi basuh muka. I nak bawa you shopping. Beli baju muslimah sikit. Baju yang ibu belikan tak cukup."

"Dekat mana?"

"Butik ibu jelah. Butik Muslimah Merliana. Ibu ada butik nama lain jugak, Merlia Butik. Macam-macam lagilah. And semuanya baju muslimah."

"Yelah."

Nairah bersiap. Dia memilih blaus labuh biru laut dan seluar panjang berwarna hitam. Tudung, dia menggunakan bawal creep hitam. Simple. Wajahnya hanya perlu ditambah lip balm pada bibir dan eyeliner pada kedua matanya. Siap! Fayyad pula memakai baju warna merah jambu lembut bersama seluar putih. Dan topi berwarna putih.

====

"Selesa bertudung?" Tanya Fayyad, matanya difokuskan pada jalan raya kerana dia sedang memandu.

"Selesa."

"Good then. Takdelah ramai sangat lelaki ajnabi yang nak goda you, bersiul bukan main, I tak suka." Tegasnya. Nairah memandang wajah Fayyad. Cemburukah dia?

"Jealous ke?"

"Takdelah... Even you tak cintakan I and I pun tak cintakan you, you tetap isteri I. I tak suka isteri I keluar dengan lelaki lain, jadi perhatian lelaki lain. Ingat Nairah, you boleh seksi seksa depan I je. SUAMI you." Sengaja dia menekankan perkataan itu.

"Bukan you ni lembut ke? Taste you ni lelaki ke perempuan Faye. Stop make me feel confuse."

"Tak perlu tahu. Diri I. Suka hati I lah."

"Huh! Memyampah betul cakap dengan you ni. Takde faedah. Shit!" Fayyad hanya mendiamkan diri.

====

Nairah terpaksa merelakan Fayyad memegang tangannya, Fayyad memilihkan tudung, baju, jubah, abaya. Banyak gilalah.

"Suka tak?" Lembut saja suara Fayyad bertanya.

"Bolehlah..."

"Jomlah balik, I penatlah jalan-jalan hari ni. Kejap lagi pun dah nak masuk waktu zohor. Sepatutnya hari ni I nak rehat, tapi baju you sikit je kan. So, takpelah..."

"Okey."

Nairah meletakkan beg-beg kertas berisi baju dan tudung yang baru dibelinya di closet yang menempatkan bajunya dan Fayyad. Setelah itu dia berwudhuk, dia membentangkan sejadah mengikut arah kiblat yang diajar Fayyad semalam. Kemudian Nairah memakai telekung.

"Dah bentang.. Bagus." Fayyad mula iqamat. Kemudian mereka solat berjemaah. Seperti biasa, Nairah akan mencium tangan Fayyad biarpun dia terasa kekok melakukan semua itu.

====

Nairah terbangun dari tidurnya kerana mahu pergi ke tandas. Dia terkejut melihat Fayyad sedang solat. Dah subuh ke? Nairah melihat jam di telefonnya. Fayyad ni mengigau ke apa solat pukul 3 pagi... Nairah terus pergi ke tandas.

Dia sengaja lambat-lambat. Dia mahu bertanya pada Fayyad.

Keluar saja dari tandas, Fayyad sedang berdoa. Satu minit, dua minit.... Ting! Yes, habis pun berdoa.

Nairah duduk di birai katil menunggu Fayyad siap melipat sejadah.

"Faye, tadi tu solat apa?"

"Solat sunat tahajjud. Kenapa?"

"Oh, solat yang ni untuk apa? Kenapa kena buat tengah malam?"

"Solat tahajjud ni dipanggil solat satu pertiga malam. Dalam waktu-waktu macam nilah kita sebagai hamba kena berdoa, solat. Insya Allah apa yang kita hajati akan dimakbulkan. Buat bukan sekali je. Kena buat setiap hari."

"Apa hajat you?"

"Adalah. Dah, jom sambung tidur. I mengantuk ni."

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now