Bab 7

10.5K 440 10
                                    

  Nairah dan Fara terlambat ke butik kerana semalam mereka tidur lambat. Kes cupcake nilah! Kalau tak. Dah boleh tidur awal. Relax Nairah, ikhlaskan. Ikhlaskan.

  Telefon Nairah berdering tanda ada panggilan masuk, Nairah terus menjawab panggilan itu.

  "Morning Hans.."

  "...."

  "On the way butiklah. Tidur rumah you lagi? Ada benda nak beritahu?"

  "...."

  "Urgent sangat ke you?"

  "...."

  "I'm not quite sure about this thing cause I'm really busy today. Macam mana?"

  "...."

  "Tengoklah dulu. Don't stress up your mind. Kalau I boleh datang, I datang. Okey?"

  "...."

  "Bye, love you too."

  Fara memandang wajah Nairah dengan muka pelik. Ada masalah ke?

  "Weh, apsal?"

  "Entah. Hans kata ada benda nak beritahu. Macam urgent je. Dia suruh tidur rumah dia malam ni."

  "Oh, pelik juga tu. Memang urgent kut. Pergi jelah. Kat butik cepat-cepatlah siapkan kerja kau tu. Nanti senang kan terus ke sana."

  "Yeah."

====

  Fara terus mebelefon Fayyad.

  "Faye, datang butik I kejap. Nairah nak jumpa."

  "...."

  "Tak, dia bukan nak maki youlah. Datang jelah. Lagipun I ada benda nak discuss dengan you."

  "Ya, lunch ni. You datang tau."

  "...."

  "Bye."

  Setelah berbual dengan Fayyad, dia memulakan kerjanya. Nairah sudah lama memulakan kerjanya. Jadi Fara agak kelam kabut sedikit. Sebentar lagi Datin Sarah yang sudah membuat temu janji akan datang menuntut baju yang ditempah untuk majlis keraiaan. Sebelum waktu makan tengah hari ada sebuah keluarga pengantin datang untuk melihat design yang digaduhkan Nairah semalam.

====

  "Macam mana? Datin Mai suka?" Tanya Nairah tentang lakaran yang baju gabungan cina dan melayu itu.

  "Suka, cantik. Bakal pengantinnya pun dan tersengih tu."

  "Okey. Good, design baju dua-dua dah siap. Dalam dua minggu lagi baju akan siap."

  "Baiklah. Kami pergi dulu."

  Nairah menundukkan kepala tanda hormat. Macam orang jepun dah. Dia duduk di sofa. Berbaring merehatkan kepalanya. Akhirnya dia terlelap.

====

  Fayyad masuk ke dalam butik FaNa. Dia melihat seseorang sedang berbaring di sofa. Dibesarkan matanya untuk melihat gerangan yang sedang lena tengah hari begini.

  Nairah? Damn, she is to cute. Even while sleeping. Sama macam arwah Elly... Fayyad menampar pipinya. Apa pulak aku puji budak mulut laser ni. Faye, Faye...

  "Hey, buat apa tengok si Nairah tu tidur?" Fara menegur dari belakang.

  "Hah? Mana ada. Merepek je. Ni ada apa panggil I ke sini?" Fayyad bertanya.

  "Adalah. Tunggu kejap, I kejutkan Nairah."

  Fara menggoncangkan bahu Nairah perlahan-lahan.

  "Nairah, bangunlah. Faye dah datang."

  "Hah?!" Nairah terus duduk Dan membetulkan bajunya. Dia menggosok matanya. Dia bangun pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kelibat Fayyad yang sedang berdiri di hadapannya langsung dia tak perasan.

  "Faye. You duduk je sini. I pergi ambil air."

  "Okey."

  Nairah mengambil kek cawan yang sudah diletakkan atas dulang kecil. Atas kek cawan itu tertulis dua abjad. I dan S. Maksudnya, I'm sorry. Sweet apa?

  Nairah menatang dulang itu, dia terlihat Fayyad sedang duduk membelakangkannya. Dia meletakkan dulang itu di hadapan Fayyad. Fayyad terkejut. Demam ke apa perempuan ni? Bagi aku cupcake.

  "Apa ni?"

  "Untuk kau." Fayyad memerhatikan abjad yang ada. I dan S. Ni kumpulan militan IS ke apa ni?

  "You nak lamar I masuk kumpulan militan IS ke? Oh my god?!!" Terus ditampar pipinya. Nairah yang tampar. Fayyad terkedu sambil memegang pipi nya yang ditampar itu.

  "Kepala bana kau militan IS! Ni naksudnya I'm sorrylah sengal! Tengok, baik-baik aku nak bajet sweet. Terus kena tampar. Sedap makan penampar tengah hari macam ni?"

  "You ni kan! Nak minta maaf apa siap tampar macam ni?! Ikhlaslah sikit! Ni I baru je tanya, dah kena tampar. Sakit tahu tak. Dah, I takkan maafkan you." Nairah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aduh. Mengadalah..

  "Fine, cakap je apa yang kau nak aku buat. Asalkan kau maafkan aku." Fayyad tersenyum mendengar apa yang ditutur Nairah. Baru boleh bajet diva.

  "Good. I akan maafkan you, dengan syarat. You tak boleh ber'kau aku' dengan I. I, you boleh. Lagi satu. Cakap dengan I lembut-lembut je. Jangan kasar.. Kalau tak, I takkan maafkan you."

  "Fine. Aku nak pergi dulu. Makanlah cupcake tu."

  "Nairah! Bukan aku, tapi I."

  "I nak pergi dulu ya. Makanlah cupcake tu puas-puas. Penat I buat malam tadi. Habiskan ya?" Suaranya sedang menahan geram itu dilembutkan. Mengada betul Mr. Pinky ni!

  Fayyad menganggukkan kepala. Tak sabar untuk rasa kek cawan buatan Nairah. Dia tersenyum puas. Akhirnya kalah juga Nairah tu. Apa? Ingat muka gay boy ni senang kalah ke? Ni Faye Amsyarlah. Gayboy dikehendaki dalam KL.

  Fara datang berasama segelas air masak.

  "Rara, kenapa air masak je?"

  "Tu kan benda manis yang you makan. So kenalah minum air masak je. Sedap kan?"

  "Not badlah."

====

  Nairah bersiap-siap untuk pergi ke kondominium Farhan. Dia balik awal daripada Farhan. Kerjanya terhabis awal pula. Sampai saja di kondominium Farhan, dia masuk dan terus ke dapur. Dia baru saja pulang dari pasaraya. Membeli bahan basah untuk makan malam.

  Dia menyediakan asam pedas ikan. Selesai saja masak, dia masuk ke dalam bilik air. Mahu membersihkan badannya yang sudah melekit habis.

  Farhan masuk ke dalam kondominiumnya. Lampu sudah terpasang. Pasti Nairah sudah balik. Dia berjalan menuju ke dapur, hidungnya bau asam pedas. Kecur air liur. Betullah. Ada semangkuk asam pedas bawah tudung saji. Dia masuk ke dalam biliknya. Bunyi air mengalir dari pili kedengaran. Pasti Nairah sedang mandi.

  Baru saja dia ingin keluar dari biliknya, pintu bilik air sudah terbuka. Nairah sudah memakai bathrobe. Nairah terkejut melihat Farhan ada di hadapannya.

  "Awal balik? I baru lepas mandi."

  "Oh my god. You look so gergous with this bathrobe ." Matanya melirik manja memandang Nairah di hadapannya. Nairah terus menolaknya keluar.

  "Enough okey. I nak pakai baju dulu. Tunggu kat luar ya?" Nairah bersuara sambil menolak tubuh sasa Farhan. Farhan hanya menurut. Kelakar melihat wajah cuak Nairah.

  Nairah memakai gaun tidur berwarna merah jambu. Sebenarnya dia tak suka pun. Tapi Farhan yang belikan. Jadi dia pakai je. Untuk jaga hati Farhan. Lagipun kata Farhan, gaun tidur itu sesuai dengan dirinya. Nairah hanya mengiyakan saja.

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now