Bab 2

14.6K 602 38
                                    

Fayyad menelefon Nairah. Ingin bertanyakan tentang bajunya. Dia duduk seorang saja di Malaysia. Ibu dan ayahnya tinggal di Korea atas urusan pengurusan syarikat keluarga mereka. Ibunya seorang mualaf yang berbangsa korea. Otaknya kembali mengimbas wajah Nairah.

Sepasang mata yang redup saja, tidak terlalu besar dan kecil. Anak matanya berwarna coklat terang. Huh? Menyampah aku fikir pasal minah tak guna tu. Masih panas lagi pipi aku yang kena tampar dengan dia tu. Kenapalah dengan Nairah tu kan? Kurang kasih sayang agaknya.

Kegiatannya yang seperti maknyah tak berbayar ini tidak diketahui ibu dan ayahnya. Jadi apabila ibu dan ayahnya pulang ke Malaysia sebentar, penampilannya akan berubah 100% kepada lelaki tulen. Ahaks. Dia anak tunggal. Sunyi. Dia sering ditinggalkan. Sekarang umur sudah mencecah 26.

Ah! Telefon Nairah dululah. Sayang tu, baju aku.

"Hello, you dah basuh belum baju I tu?"

"...."

"Betul ni, you guna downy perfume?"

"...."

"Good! Night Nairah."

Fayyad kembali tersenyum puas. Dia kembali menggilap kukunya. Bosanlah.... Selesai kerjanya itu. Dia duduk di hadapan meja soleknya, dia mengoleskan losyen badan yang dia selalu gunakan pada tangan dan kakinya. Tujuannya, of courselah melembabkan kulitnya. Ingat perempuan je ke? Kemudian, dia memakai facial mask sebelum tidur.

====

Nairah menyiapkan design baju yang perlu ditunjukkan pada pelanggan. Dia menguap beberapa kali, dah mengantuk gila ni! Dia pergi ke dapur membancuh kopi. Housematenya juga sedang membuat kerja. Masing-masing mendiamkan diri. Tekun dengan kerja sendiri.

Kopi panas yang baru dibuatnya disisip sedikit. Dia menyambung. Untung saja moodnya datang.

Setelah hampir satu jam menyiapkan design, dia terus mengemas mejanya. Bersepah habis, dengan pensel warnanya, pennya. Nairah memandang sahabatnya, Fara.

"Rara, aku masuk tidur dulu. Night, designnya dah siap."

"Hah, yelah. Masuklah tidur dulu. Aku layan running man jap."

"Okey, record kan untuk aku."

"Ya."

====

Nairah memerhatikan almari yang memuatkan pakaiannya. Kepalanya ligat memikir, baju mana yang hendak dipakai pagi ni. Dia mengambil gaun paras lutut berwarna hijau pucuk dan gaun berwarna merah jambu. Merah jambu?! Maigad, menyampah aku dengan colour ni. Terus teringat dekat Mr. Pinky tu.. Huh! Potong mood betul.

"Hijaulah. Jadi shrek. Ahaks..." Nairah bersuara. Cakap sengsorang.

Dia memakai gaun paras lutut itu, dipadankan dengan cekak rambut berwarna senada dengan baju bercorak polkadot putih.

Setelah itu, dia mencapai tas tangannya dan terus bergerak ke keretanya. Semua ini atas jasa Fara. Kerana Fara dia mempunyai kereta. Fara anak orang kaya. Hmm, aku? Anak yang kena buang oleh mak aku sendiri kat rumah anak yatim.

"Ra, nak carpool ke tak?"

"Carpool lah. Jimat duit."

"Okey, cepatlah."

"Ni, phone kau tertinggal. Buah hati call ni!"

"Farhan ke?"

"Yelah."

Nairah menjawab panggilan daripada kekasihnya. Dia tersenyum riang. Fara yang memandu.

"Morning Hans(nama manja Farhan)"

"...."

"I okay jer. Dah nak sampai butik dah. How was your morning?"

"...."

"Already miss me? Sweet talker betullah you ni. Ingat I cairlah?"

"...."

"Lunch date dengan you, boleh. Tapi I lambat sikit. Ada hal. You tunggu je kat kafe tu."

"...."

"Love you too."

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now