Bab 20

9.7K 495 10
                                    

Nairah akui. Dia selesa berhijab. Tiada lagi jelingan nakal daripada mana-mana lelaki yang melihat. Jika sebelum ini dia selalu menjadi perhatian lelaki. Kini perkara seperti itu kurang..

Bahu Nairah ditepuk lembut oleh seseorang. Nairah menoleh ke belakang. Ibu rupanya. Ibu siapa? Datin Hajah Merliana lah weh. Kan dia dah jadi mak mertua Nairah.

"Buat apa termenung kat dapur ni? Pergi depan sana, teman Yad yang tengah makan. Kesian dia makan sorang-sorang kat khemah." Nairah angguk seraya tersenyum kecil.

Dia membetulkan shawl keknis yang dipakainya sebelum bergerak ke khemah yang menempatkan lauk pauk. Ibu yang mahu mengadakan majlis makan-makan secara kecil. Tadi selesai akad nikah Nairah terus menukar pakaian. Fayyad saja yang tidak sempat, dia berbual dengan saudara maranya yang kebanyakannya datang dari Seoul, Korea. Berbual pun dalam bahasa Korea. Macam manalah aku nak faham. Ye dak? Aku minat running man je pun.

Fayyad sedang melahap lauk pauk yang ada bersendirian. Macam harimau jadian dah ni. Nairah datang menghampiri Fayyad.

"Lapar betul... You tak breakfast ke?"

"Macam mana I nak breakfast. Akad nikah pukul 9 pagi, I bangun tidur pukul 8. Lapar tau. Hmm, you tak makan ke? You pun belum breakfast kan."

"Takpelah, I tak lapar." Nairah duduk berhadapan dengan Fayyad.

"Makan Nairah. You makin kurus. Pipi tu, makin cengkung. Makan, okey?" Fayyad terus bangun, membasuh tangannya. Lalu dia pergi mengambil nasi minyak dan ayam masak merah buat Nairah. Sedap tu. Dia pun makan berkali-kali tambah. Orang yang tengok boleh cakap yang dia ni kena kurung dalam bilik agaknya sebelum akad nikah. Lepas akad nikah baru lepas. Ahaks..

Nairah terkejut apabila Fayyad meletakkan sepinggan nasi minyak bersama dua ketul ayam masak merah di hadapannya.

"Now, I gunakan kuasa I sebagai suami. I nak you makan sekarang. I pun nak sambung makan. Lapar..." Fayyad senyum manis sebelum mula makan kembali. Nairah akur. Dia juga turut mula makan. Sedap.

Kecur air liur woi... Dah lama tak makan.

"Ha, macam tulah. Dengar cakap pun. Kejap lagi kita jumpa cousin I, family belah ibu sekali."

"Dia orang islam ke?"

"No, actually. Tapi adalah segelintirnya yang dah masuk Islam." Nairah menganggukkan kepalanya.

====

Nairah bersalaman dengan saudara korea Fayyad yang perempuan. Dia menghadiahkan senyuman setiap kali bersalaman. Ramai weh. Ada yang fasih berbahasa melayu, memuji Nairah. Mungkin kerana wajah kacukan Nairah. Nairah kacukan Jerman. Matanya berwarna coklat terang itu cukup menarik perhatian. Namun yang lebih menarik bibirnya yang sentiasa kemerahan itu. Ketika Nairah dibesarkan di Rumah Anak Yatim Setia Kasih. Umi Sya, penjaga di situ memberitahu bahawa ibu Nairah yang menghantarnya ke sana. Nairah sebenarnya mempunyai ayah, cuma keberadaan si ayah itu tidak diketahui. Katanya, ayah Nairah merupakan orang Jerman.

"She's so beautiful like an angel." Puji salah seorang saudara lelaki Fayyad. Fayyad wajahnya sudah merah. Marah barangkali apabila melihat orang lain memuji isterinya. She's Mine OKAY?!

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now