Bab 25

9.8K 435 5
                                    

Nairah mengangkat kotak berwarna hitam ke luar rumah. Dia menuju ke bonet kereta Fayyad. Fayyad yang melihat terasa pelik. Kotak apa pulak ni? Dia membantu Nairah mengangkat kotak itu seraya membuka penutup kotak. Terdapat banyak plastik kecil berisi dua keping sandwich. Wow?!

"Apa ni? You nak kita picnic kat tasik then habiskan segala sandwich ni?"

"Mana ada... Hisy, ni untuk anak-anak Setia Kasihlah. I mula-mula rasa nak bagi jajan. Tapi, jajan tu tak baguslah untuk kesihatan. Kan makanan ringan tak bagus untuk budak-budak." Fayyad mengangguk setuju. Oh, macam tu rupanya.. Tak sakit pulak tangan kau duk buat semua ni. Beratus kut. Patutlah semalam bukan main banyak stok roti dibeli.

Nairah hanya senyum saja. Ibu sempat membantunya pagi tadi. Alhamdulillah.... Takdelah penat sangat kan?

Fayyad mula memandu. Dia membuka radio. Perjalanan ke Rumah Anak Yatim Setia Kasih agak jauh, jadi.... Pastinya perjalanan ke sana terasa bosan tanpa lagu. Lagu For The Rest Of My Life lantunan suara Maher Zain bergema... Nairah hanya mendengar. Yes, bait-bait lagu ini mengenai cinta buat isteri. Memang sweet. Fayyad terikut nyanyi sekali. Nairah kagum mendengarnya. So amazing! Merdunya suara dia, Ya Allah....

Mata Nairah tidak berkelip memandang Fayyad. Fayyad baru tersedar ada yang memerhati.

"Hey, what's wrong? I ada buat salah ke?" Fayyad melambai-lambai tangannya di hadapan Nairah. Aik? Aku takde pulak pakai minyak senyonyong, si Nairah ni kena pukau dengan siapa pulak ai.... Fayyad memandang sebelah kanannya, iaitu jalan raya. Mana ada kereta. Eisy, entah-entah ni bukan Nairah. Fayyad mengurut tengkuknya. Aiya, seriau dah aku ni weh.

Nairah tersedar. Allah, tertengok dia macam tu sekali. Dah macam orang gila bayanglah pulak. Nairah terus berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Dia kembali memandang depan, menghadap jalan raya yang sedang mulai sesak dengan kenderaan bermotor dan sebagainya.

Seketika kemudian, Fayyad memasang CD yang mengandungi pelbagai jenis zikir dan doa-doa tertentu. Saat itu doa rabitah mula beralun. Nairah terdiam. Alunan ini, cukup menenangkan hati. Liriknya cukup menarik minat yang mendengar.

====

Nairah meletakkan jari telunjuknya pada bibir, memberi isyarat kepada Fayyad supaya mendiamkan diri. Setapak demi setapak dia menghampiri wanita berjubah hitam yang sedang menyiram pokok bunga pada hari pagi begini.

1, 2, 3!

"Oh mak engkau jatuh tergolek cek cek cek?!!" Puan Syairah yang mesra dipanggil Umi Sya itu melatah. Dia memandang wajah yang membuatnya terkejut. Nairah sudah gelak kecil.

"Nairah! Ya Allah anak umi! Nairah dah bertudung sayang. Bangganya umi!" Umi Sya memeluk Nairah, kemudian kedua belah pipi Nairah dicium. Air mata kegembiraan menitis di tubir matanya lantaran terlalu gembira dengan penghijrahan Nairah. Nairah senyum. Dia memandang Fayyad yang sedari tadi berdiri di belakang Umi Sya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman senget. Fayyad hanya menggelengkan kepala melihatnya. Nairah, Nairah...

"Dah, drama Korea tadi dah habis. Jom, kita tengok adik-adik. Dia orang baru nak sarapan ni. Baru pukul 9.30. Tadi dia orang duduk surau, solat dhuha dengan mengaji." Nairah angguk tanda setuju. Fayyad hanya membontoti langkah mereka sambil memegang kotak berisi sandwich telur yang dibuat Nairah. Simple but delicious! Can you imagine it?

Nairah membuka penutup kotak. Dia menghulurkan plastik berisi sandwich itu kepada setiap kanak-kanak yang ada. Di dalam Rumah Anak Yatim Setia Kasih ini cuma ada 500 orang saja anak yatim. Ramai. Sandwich tu pun naik lenguh buat.. Kedatangan Nairaj dan Fayyad disambut ceria oleh anak-anak yatim di sana.

"Kak Nairah lama betul tak balik sini... Dah tak sayang Ana ke?" Tanya kanak-kanak berusia tiga tahun sambil memegang kaki Nairah yang berlapik kain baju kurung. Sudah tiga tahun anak kecil ini dijaga di sini, Nairah pula sentiasa datang ke sini menjenguk anak yatim yang ada.

"Mana ada, mestilah akak sayang. Ana sayang akak tak?" Tanya Nairah sambil mencium pipi Ana. Kasihan anak ini, nasibnya hampir sama dengan Nairah.. Ditinggalkan di hadapan pagar rumah anak yatim ini berserta dengan sekeping surat bertulis tangan.

Ana minta diturunkan dari dukungan Nairah, dia mahu bersarapan.

Nairah berjalan, saja nak tawaf satu rumah anak yatim ini. Ketika sedang berjalan, dia terlanggar seseorang. Nairah mengangkat wajahnya. Abang Furqan?!

"Abang Furqan rupanya...."

"Alhamdulillah, bertudung dah Nairah. Makin cantik sekarang.. Mana suami?"

"Alhamdulillah.. Berkat doa semua orang. Suami Nairah ada kat sana. Sarapan dengan budak-budak."

"Oh, Nairah tak sarapan sekali?" Furqan menilik wajah Nairah. Comel.

"Still kenyang. Abang buat apa kat sini?"

"Abang dah start mengajar kat sini. Biarlah abang jaga anak-anak syurga di sini... Kan?"

"Yelah, eh. Pergilah sarapan. Nanti sakit perut."

"Okey."

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now