"Ni siapa?" Soal Nizam apabila telah lama memerhatikan kami.

"Oh? Sorry bang,ini Hanani.Kawan Jah masa universiti dulu.Kitaorang sama kelas.Hanani,ni suami aku."Kata Khadijah.

"Hi" Sapanya.

"Hi.Tahniah ye dah berkahwin.Saya respect betullah pada awak sebab boleh tahan dengan kawan saya ni,mulut dia boleh tahan becok!" Perliku.

"Hanani!"

Aku dan Nizam ketawa.

"She's right sayang.When you talk you can stop.Hahaha.."

"Hissh,mana ada!"Rajuk Khadijah.

Lawak betul aku melihat situasi mereka.Bertuah Khadijah bernikah dengan orang yang telah memahami luaran dan dalamanya.Aku berasa sedikit cemburu.Haiihh.

"Okla guys,aku nak makan nasi minyak.Congrats sekali lagi!" Ucapku.

"Thanks!" Kata mereka serentak dan melayan tetamu lain yang hadir.

Laju aku beratur untuk mengambil makanan dan buah.Perghh,sudahlah tak sempat nak sarapan dekat rumah sebab nak gerak awal.Nampak pulak nasi minyak dengan lauk kegemaran aku yang dihidangkan.Sedapnya! Nak ngap semua,hahaha.Selesai mengambil makanan dan minuman,aku duduk di meja yang kelihatan kosong.Aku diantara orang yang datang awal jugaklah dalam majlis.Senang,tak payah berebut makanan.Aku membaca doa dan tanpa membuang masa terus menjamah makanan.Emmm,sedap.Lama gila tak makan nasi minyak membuatkan aku sudah lupa macam mana rasanya.Maklumah,aku jarang pergi rumah orang kahwin sebab kesibukan kerja.Selesai makan,aku membasuh tangan dan mengambil tisu untuk mengelap mulut.

"Ada orang?"

Terkejut aku dengan suara itu dan laju aku mendongak.Seorang lelaki yang berambut nipis namun masih ada rupa menegurku.

"Eh,tak ada.Duduklah."Laju kataku dan dia menganggukkan kepala.

Aku meneliti wajah lelaki itu lagi tanpa segan silu.Macam aku kenal mamat ni? Aku rasa aku kenal? Hmm?

"Awak Khairi ke?"

Lelaki itu terkejut dan melihat wajahku juga.Matanya membulat.

"Ya Allah,kau Hanani ke?! Junior aku masa universiti dulu kan?" Ketawanya dan aku tersenyum lebar.

Amirul Khairi,senior aku masa univesiti dulu.Dia seorang yang okey-lah walaupun masa universiti dulu agak kecoh.Dia agak baik dengan aku,Zulaikha dan kumpulan kitaorang yang lain,selalu belanja kitaorang makan bila habis jawab kertas peperiksaanya.Nampak matang dan berkerjaya sungguh dia sekarang.Aku gembira dalam hati.

"Wooo,kau nampak lainlah sekarang Hanani.Nampak ayu gitu."Sakatnya dan mukaku agak merah.

"Jangan merepeklah."Bidasku dan dia tersenyum

"Zulaikha mana? Selalunya korang berkepit je?"

"Dia kerja,tak dapat datang."

"Owhh.Sibuk ye dia sekarang."

"Macam tulah.Awak makanlah dulu." Kataku apabila melihat dia masih tidak menyentuh makananya.Khairi mengangukkan kepala dan mula makan.Aku duduk sebentar memerhatikan Khadijah dan Nizam yang telah menaiki pentas.Mereka duduk di atas pelamin dan bertangkap gambar bersama keluarganya.Mereka nampak sungguh gembira.Bila agaknya hari macam ni datang pada aku? Sekarang ni mak mula desak aku nak kahwin.Hissh,susah macam ni!Aku ingin berkahwin,tapi 'soul-mate' tu nak cari di mana?! Serabutku seorang diri.

"So,Hani dah ada boyfriend?"

Terkejut aku dengan sapaan itu,laju aku memandang Khairi.

"Emm,belum lagi."

Dia bagaikan 'Hurricane'Where stories live. Discover now