24 | Mesej Rahsia

3.7K 146 7
                                    

Jessica baru sahaja sedar dari koma. Dia tidak menyedarkan diri selama 2 bulan kerana kemalangan jalan raya. Dia tidak ingat sepenuhnya tentang kemalangan yang menimpanya 2 bulan lepas. Doktor menasihati agar Jessica perlahan-lahan mengingati kemalangan tersebut.

Beberapa hari kemudian, Jessica dibenarkan pulang ke rumah. Jessica dijemput oleh adiknya.

"Kau okey ke ni?" Tanya adiknya.

"Okey je. Lepas kau hantar aku. Kau terus balik tau" Balas Jessica.

Sebaik sahaja adiknya menghantar pulang. Jessica terus mengunci pintu dan pagar. Dia terasa pening seketika lalu dia mengambil ubat dari plastik yang dibelinya di farmasi hospital tadi. Dia terlelap.

Jessica terjaga pada jam 3:50 pagi kerana telefon bimbitnya berdering dan mengangkatnya.

"Hello?" Jawab Jessica. Namun, tiada suara di hujung talian. Dia meletakkan telefonnya. Telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk lalu dia membukanya.

From: Unknown
Takut ke?

To: Unknown
Kenapa aku nak rasa takut dengan kau?


From: Unknown
Kau still ingat pasal kemalangan tu?

To: Unknown
Aku tak berapa nak ingat. Kenapa kau tanya?

From: Unknown
Haha. Pandai kau bergurau dengan aku ye. Tak apa, kejap lagi aku ingatkan kau. Aku dekat bawah ni.

To: Unknown
Memang aku tak ingat. Kau..kau dekat bawah? Kau siapa?

From: Unknown
Tak. Aku otw naik lif ni. Cuba kau ingat balik aku siapa?

To: Unknown
Mana kau tahu rumah aku? Aku memang tak ingat. Bagitahu saja.

From: Unknown
Itu kau tak perlu tahu. Okey. Kau pernah langgar lari. Kau langgar aku. Aku nazak masa tu. Lepas tu kau kemalangan langgar tiang. Ingat sekarang?

To: Unknown
Ye aku dah ingat. Aku buntu masa tu. Aku harap kau tak kisah. Maafkan aku

From: Unknown
Haha. Kau ingat senang aku nak maafkan orang macam kau?!? Btw, aku depan rumah kau ni. Buka pintu.

Jessica terus menuju ke arah pintu dan melihat lubang melalui pintu tersebut. Tiada orang. Dia terus menutup suis lampu dan kipas. Dia tidak mahu berjumpa dengan orang asing tersebut. Dia duduk dan bersandar di pintu sambil menangis.

From: Unknown
Kenapa tak buka pintu? Takut ke?

Jessica tidak membalas mesej itu kerana terlalu takut teramat sangat.

From: Unknown
Aku dalam rumah kau. Dekat ruang tamu. Aku tahu kau dekat pintu masuk.

Berderau darah Jessica apabila melihat mesej itu yang mengatakan orang asing tersebut sudah berada di dalam rumahnya. Rumahnya gelap gelita. Dia menyuluh lampu menggunakan telefon bimbitnya. Tiada siapa di ruang tamu.

From: Unknown
Aku dekat belakang kau. Pusing belakang.

Jessica menoleh ke belakang dan ternampak ada seorang lelaki dengan seluruh anggota badannya berlumuran darah. Jessica menjerit sekuat hati tetapi jeritan itu hanya dalam hatinya sahaja.Lelaki tersebut menuju ke arahnya. Jessica tidak tahu mahu membuat apa terus berlari ke arah koridor dan terjun ke bawah. Dia sudah tidak bernyawa lagi.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now