2 | Botol

14.7K 445 41
                                    

Lisa dan Kamal baru sahaja berkahwin. Ayah Kamal mencadangkan mereka pergi  berbulan madu di Bali,Indonesia. Pada mulanya Lisa tidak setuju tetapi atas sebab dasar cintanya terhadap Kamal dia sanggup menerima cadangan ayah mertuanya itu.

Sebaik sahaja tiba di Bali. Kamal dan Lisa mencari hotel yang ditempah oleh ayahnya itu. Mereka tiba di hotel itu pada pukul 3 petang.

Petang sedikit Kamal mengajak Lisa pergi ke pantai untuk bergembira dan sebagai kenangan mereka di Bali. Pantai mulai sunyi kerana lewat petang. Sambil Kamal mengambil gambar pemandangan di pantai itu,Lisa ternampak botol yang agak cantik lalu mengambilnya. Dia tersenyum lalu menunjukkan botol tersebut kepada Kamal.

"Cantik kan botol ni?". Kamal mengganguk dan tersenyum. Sebaik sahaja di hotel,mereka bersiap sedia untuk makan malam. Sementara menunggu Kamal, Lisa membelek-belek botol yang dijumpainya tadi di pantai. Lalu membukanya. Dia terasa angin kencang meniup. Setahunya dia sudah menutup tingkap tadi lalu tidak menghiraukannya.

Selesai sahaja makan malam. Kamal membawa Lisa ke pantai. Dia tahu bahawa isterinya itu suka pantai. Dia pandai mengambil hati Lisa sebelum mereka berkahwin lagi. Itulah kelebihannya. Sebelum pukul 11 mereka pun meninggalkan pantai.

Keesokkannya, Kamal melihat Lisa yang sudah tidak terurus. Tidak mungkin ini Lisa yang dia kenal. Dia segera mencubit tangannya lalu menangis. Dia tahu itu bukan isterinya. Itu orang lain. Habis ke mana isteri aku?? Soal dirinya.

Dia segera mengemas beg pakaiannya lalu check out dari hotel itu dan terbang ke Malaysia. Sebaik sahaja tiba di rumahnya. Dia mendukung Lisa yang masih tidur lalu menelefon ayahnya untuk datang.

Sebaik sahaja ayahnya tiba di rumahnya. Kamal panik tidak tahu nak buat apa lagi dengan Lisa. Ayahnya syak yang menantunya itu sudah membawa seseorang balik ke rumah. Lalu dia bertanya kepada anaknya "Apa yang lain tentang isteri kamu ni Kamal?". Kamal diam sekejap dan menjawab "Cara dia berpakaian,bercakap,makan. Macam orang kena rasuk dengan hantu selepas dia jumpa botol. Dia ada jumpa satu botol cantik dekat tepi pantai". Dahi ayahnya berkerut.

"Mungkin dia ada buka botol tu" . Kamal mengganguk dengan lemah.

Sebaik sahaja ayahnya pulang. Kamal berehat dahulu di ruang tamu sebelum naik ke biliknya. Kelibat perempuan mengekek gelak sambil memerhatikan Kamal.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now