18 | Teddy Bear

4.2K 182 4
                                    

Alya menemani adiknya,Damia menonton televisyen filem kegemarannya toy story. Sebaik sahaja selesai menemani adiknya. Dia naik ke bilik dan baring. Lalu dia terdengar adiknya bercakap dengan seseorang di dalam biliknya. Dia tidak menghiraukan lalu tidur.

Keesokkannya, adiknya menceritakan bahawa dia bercakap dengan teddy bearnya. Alya ketawa terbahak-bahak.

"Mana ada teddy bear bercakap hahaha. Itu semua syirik je" katanya sambil ketawa.

"Betul lah teddy bear adik boleh cakap. Tak caya sudah".

Malam itu, Alya tidur lewat malam kerana menonton filem kegemarannya iaitu Mission Impossible. Sebaik sahaja selesai menonton, dia terus menuju ke biliknya. Tepat pukul 3 pagi, pintunya ditolak dari luar. Kelihatan adiknya masuk dan mengejutkan Alya.

"Boleh adik tidur dengan kakak? Adik takut tidur dalam bilik adik sorang-sorang".

"Tak boleh. Adik kena tidur dalam bilik adik sendiri. Akak nak tidur. Lagi 3 jam nak bangun pergi sekolah. Dah pergi tidur dalam bilik sendiri".

"Kalau tak boleh tidur atas katil pun. Bagi adik tidur dekat lantai pun tak apa. Asalkan adik tidur sebilik dengan akak. Please akak?". Adiknya merayu.

"Tak boleh dik. Dah pergi masuk bilik adik".

"Okey. Saya sayang kakak".

Adiknya mengucapkan perkataan yang sama ke bilik mama dan papa. Hari seterusnya, mama menyuruh Alya kejutkan adiknya supaya bersiap untuk ke sekolah. Apabila dia membuka pintu bilik adiknya, dia nampak ada darah di merata tempat adiknya ditikam dan teddy bear ada disekeliling adiknya. "Aku dah bunuh adik aku sendiri. Aku biarkan dia mati macam tu je". Alya menjerit sekuat hati dan memberitahu papa dan mama.

Mama menangis tanpa henti melihat Damia yang mati dalam keadaan ngeri. Papa pula cuba untuk menenangkan mama. Kami menunggu pihak polis datang menyiasat kes ini. Pintu diketuk mungkin tandanya pihak polis sampai. Alya menbukanya tetapi di depan pintu rumah kelihatan teddy bear sedang senyum ke arahnya.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now