15 | Reben Merah

4.5K 206 28
                                    

Keluarga Danial berpindah ke rumah yang baru kerana dekat dengan sekolah baru Danial. Danial pada mulanya tidak berapa suka tetapi atas sebab terpaksa dia redha saja dengan kehendak ibu bapanya itu.

Ibu Danial telah mendaftarkan Danial ke sekolah baru tersebut.

"Danial, belajar rajin-rajin ye dekat sekolah baru. Jangan nakal-nakal. Bye".

Guru besar menunjukkan kelas baru Danial. Sampai saja di kelas. Guru kelasnya menyuruhnya kenalkan diri kepada murid-murid yang lain.

"Hi semua. Nama saya Danial Iskandar. Harap semua dapat berkawan dengan Danial".

"Okey Danial. Terima kasih kerana kenalkan diri kamu. Memandangkan sebelah Hilya kosong. Kamu duduk di situ ye". Pinta guru kelasnya itu.

Danial menuju ke mejanya di sebelah meja Hilya. Hilya tersenyum dan Danial membalas kembali senyuman itu.

Keesokkannya, seperti biasa Danial ke sekolah. Dia perasan yang Hilya pakai reben merah setiap kali ke sekolah. Dia pelik lalu bertanya "Kenapa Hilya pakai reben merah tu". Hilya hanya tersenyum dan membalas "Nanti saya bagitahu awak ye". Danial mengangguk perlahan.

Seminggu kemudian, Hilya masih memakai reben merah di lehernya. Danial masih tertanya-tanya lalu bertanya sekali lagi mengenai reben merah tersebut "Boleh saya tahu kenapa awak masih memakai reben merah tu?". "Kalau awak nak tahu, awak kena berkahwin dengan saya dulu lepastu saya bagitahu kenapa saya pakai reben merah ni".

10 tahun kemudian, Danial melamar Hilya dan mereka pun berkahwin. Malam itu, malam pertama Danial dan Hilya. Danial masih tanya soalan yang sama kepada Hilya "Kenapa awak masih pakai reben merah tu?". Hilya membalas "Kalau awak nak tahu. Awak sentuh saya sampai dapat anak. Dan saya akan bagitahu awak".

Setahun kemudian, Danial dan Hilya dikurniakan anak kembar sepasang lelaki perempuan. Danial bertanya lagi mengenai reben merah itu "Awak tolong bagitahu saya kenapa awak pakai reben merah tu?". Hilya pun jawab "Baiklah saya akan tanggalkan reben merah ni sekarang". Sebaik sahaja Hilya menanggalkan reben merah tersebut dari lehernya. Kepalanya jatuh ke lantai.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now