16 | Video Kamera

4.5K 194 10
                                    

Arsyad seorang pelajar universiti tetapi dia tidak mempunyai wang untuk menyara asrama jadi dia menyewa sebuah bilik di bandar yang berdekatan dengan universitinya. Beberapa hari kemudian dia mendapati bahawa biliknya itu bersepah apabila pulang dari kelas.

Arsyad menceritakan apa yang berlaku kepada kawan baiknya Iqa. Iqa seolah tak percaya dengan kata-kata Arsyad.

"Serius ke ada orang masuk bilik kau?".

"Aku serius ni. Takkan nak main-main pula. Buku yang aku susun dekat atas meja belajar semua berselerak atas lantai lepas aku balik dari kelas".

"Mungkin stalker kau kot hehe"

"Haih aku pun tak tahu".

"Kau report dekat  polis lah senang".

"Diorang mesti nak bukti tu. Tak ada bukti boleh jalan".

"Okey aku ada  idea. Aku pinjamkan kau video kamera aku. Sebelum kau pergi kelas kau rakam dalam bilik kau tu. Pastikan video kamera ni tersorok. Okey tak?". Tanya Iqa.

"Bagus juga idea kau tu. Terima kasih banyak".

Keesokkannya, sebelum pergi kelas. Arsyad sudah meletakkan video kamera Iqa di tempat yang tersorok supaya boleh merakam orang yang masuk ke bilik Arsyad. Dia menekan butang rakam dan terus ke kelas.

Beberapa jam kemudian, Arsyad pulang dari kelasnya. Dan menelefon Iqa.

"Aku baru balik ni. Sekarang aku nak mainkan video kamera ni".

"Oh okey. Jangan letak phone ni. Aku nak tahu juga".

"Okey. Tunggu jap. Weh, pintu terbuka".

"Then?".

"Ada seorang perempuan tua berserta pisau masuk lepastu dia tutup pintu. Dia selongkar buku aku lepastu dia hidu baju busuk aku..".

"Pengotornya dia".

"Kan, lepastu dia masuk dalam almari baju aku. Weh!".

"Apa dia?".

"Pintu terbuka lagi. Fuh aku rupanya hehe".

"Main-main kau haha. Sekarang kau dah tahu lah siapa kan?".

"Yup. Aku dah ada bahan bukti. So sekarang nak buat report je lagi ni".

"Great. Eh kejap. Kau cakap perempuan tua tu masuk dalam almari baju kau. Dia dah keluar belum dari almari tu?".

Belum sempat Arsyad memberitahu Iqa. Perempuan tua tersebut keluar dari almari lalu menikam dada Arsyad sebanyak 21 kali. Arsyad sudah tidak bernyawa lagi.

Iqa berasa cemas apabila talian Arsyad diputuskan. Dia menelefon pihak polis untuk datang ke bilik sewa Arsyad. Sebaik sahaja sampai di sana, mayat Arsyad berlumuran darah di merata tempat dan tangannya memegang video kamera Iqa. Iqa sebak lalu menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Iqa ambil video kamera tersebut dan ingin memberi pihak polis namun kad cakera dalam video kamera tersebut hilang.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now