10 | Katil Sebelah

6.9K 223 1
                                    

Aisya menghidupkan enjin keretanya selepas terserempak dengan tunangnya bersama wanita lain. Aisya kecewa dengan sikap tunangnya itu. Tak pernah nak berubah. Hampir setahun dia bertunang dengan lelaki itu namun selepas dia nampak apa yang terjadi dia terus memutuskan pertunangannya.

Kau memang lelaki tak guna! Aku benci kau!. Getus hati Aisya yang sedang kecewa. Dia memandu dengan laju. Tiba-tiba, kereta Range Rovernya itu terlanggar tiang. Dia tidak sedarkan diri. Orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian dan salah seorang daripada mereka menelefon ambulans lalu Aisya dibawa ke hospital yang berhampiran.

Beberapa jam kemudian, Aisya sedarkan diri dan terkejut apabila dia berada di hospital. Apa yang berlaku??? Tanya dirinya. Seorang jururawat perempuan datang ke arah katil Aisya.

"Alhamdulillah cik Aisya dah sedar. Ini ubat yang perlu cik makan ye untuk hilangkan luka di kepala cik".

"Baik nurse. Kenapa dengan saya nurse?". Tanya Aisya.

"Cik kemalangan jalan raya. Baru harini cik Aisya sedar. Kalau ada apa-apa lagi. Tekan saja butang kecemasan tu ye. Saya minta diri dulu". Jawab jururawat tersebut dengan tenang.

"Baiklah". Aisya membalas sambil makan ubat yang diberikan oleh jururawat tadi. 

Pesakit di sebelahnya tersenyum melihat Aisya.

"Saya Kak Emma. Adik siapa nama?". Tanya pesakit itu.

"Saya Aisya. Salam perkenalan". Jawab Aisya dengan ringkas.

"Aisya masuk sini kenapa?".

"Accident kak. Nasib tak ada apa-apa. Luka sikit dekat bahagian kepala. Akak pula?".

"Akak baru lepas kena bedah. Masalah ketumbuhan".

Aisya mengangguk perlahan tanda faham. Mereka berbual sampai lewat malam.

"Akak tidur dulu ye. Selamat malam Aisya"

"Selamat malam".

Keesokkannya, Aisya bangun kerana hospital sudah mula riuh-rendah. Jururawat yang bertugas memberikan sarapan kepada Aisya. Sandwich berserta teh o panas. Aisya mencari Kak Emma namun kelibatnya tiada di mana-mana.

"Maafkan saya, mana pesakit katil sebelah saya semalam?". Tanya Aisya kepada jururawat yang lalu lalang di sekitar situ.

"Pesakit katil sebelah? Setahu saya katil sebelah cik Aisya kosong sejak minggu lepas sebab pesakit yang bernama Emma Khalid meninggal dunia sebab gagal dalam pembedahan ketumbuhannya".

"Oh, terima kasih nurse".

Aisya seakan-akan tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh jururawat tersebut. Dengan siapa semalam dia bercakap? Fikirnya.

Malam itu, Aisya tidak dapat melelapkan matanya. Entah kenapa tidak tahulah. Aisya pergi ke tandas kerana perutnya meragam. Sebaik sahaja balik dari tandas. Dia ternampak 'Kak Emma' tengah senyum kepadanya. Aisya buat-buat tenang lalu menarik selimutnya sampai paras muka. Dia tak sanggup. 'Kak Emma' ketawa mengilai di katil sebelah. Hehehehehe.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now