8 | Rambut Siapa?

6.6K 256 13
                                    

Adam menikmati sarapan yang disediakan oleh maknya. Maknya pagi-pagi lagi sudah ke kebun getah. Adam baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang menunggu keputusan UPU. Adam seorang yang pintar di sekolahnya. Tambahan dia juga ada rupa. Memang menjadi kegilaan ramai gadis di sekolahnya itu. Namun, hanya gadis ini sahaja yang menambat hatinya sejak dari sekolah rendah iaitu Aqilah. Dia dan Adam sama padan kerana mempunyai kepintaran dan rupa yang menawan.

Mak Adam melaung memanggilnya dari luar. Adam bergegas keluar rumah.

"Adam, ada surat untuk kau".

"Surat apa mak?". Tanya Adam dengan perasaan yang gementar.

"Katanya dari PUP. Eh entah mak tak reti sebut apa namanya".

Adam ketawa. "UPU lah mak haha".

Adam membuka perlahan-lahan isi di dalam sampul itu. Dia terus menangis dengan gembira sekali apabila dia dapat tahu bahawa dia layak ke Universiti. Selain itu, dia mendapat tawaran Universiti dari luar negara. Syukur Alhamdulillah!

"Adam dapat tawaran dari Universiti luar negara mak!". Jerit Adam dalam keadaan gembira.

"Alhamdulillah, akhirnya anak mak berjaya. Dekat mana tawaran dia bagi tu?".
"Dekat UK mak hehehe".

"Ohh".

Keesokkannya, Adam mengemaskan bag pakaiannya, dia akan bertolak pagi esok kerana kelas dia akan bermula minggu depan. Jadi dia terpaksa bertolak awal dari sini.

Petang itu, Adam berjumpa dengan Aqilah. Adam memberitahu bahawa dia mendapat tawaran belajar di luar negara iaitu UK dan bertolak pagi esok. Aqilah sedikit sedih dengan pemergian Adam esok. Dia berjanji akan tunggu Adam habis belajar.

Pukul 6 pagi, Adam bangun pagi untuk mandi dan solat subuh. Mak Adam menyediakan sarapan untuk Adam. Dia gembira sekali apabila Adam dapat melanjutkan pelajarannya di luar negara. Sebaik sahaja Adam selesai sarapan pagi. Dia menyalam dan mencium pipi maknya.

"Kau jaga diri dekat tempat orang ye nak?".

"Ye mak. Adam janji. Mak pun jaga diri. Kalau perlukan sesiapa. Minta tolong dekat Aqilah ye?".

"Inshaa Allah".

Adam pergi ke KLIA dengan naik teksi. Dan seterusnya naik kapal terbang untuk pergi ke UK.

8 jam kemudian....

Adam sudah pun sampai di UK. Alhamdulillah selamat sampai dekat sini. Adam mencari University Oxford. Dia juga bertanya kepada penduduk di situ. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Itulah pesanan maknya. Akhirnya Adam jumpa juga University Oxford. Dia melangkah masuk dan terus menuju ke pejabat.

"Excuse me, may I see the lecturer?.

"Please come in. I'm lecturer here. My name is Daniel Wilson. And you?".

"I'm Adam Kamaruddin".

"May I help you?". Tanya Daniel.

"I got offered to studying here. So I come here".

"I see. I'll give you the schedule. Here. And btw you'll stay in the dorm. Here the key. If you need anything call me".

"Sure I'll. Thank you". Adam terus menuju ke dorm yang diarahkannya untuk tinggal.

Adam meletakkan bag pakaiannya di lantai luar dormnya sementara dia membuka pintu. Sebaik sahaja masuk ke dalam dorm. Adam mengeluarkan handphonenya dari poket seluar lalu mendail nombor maknya.

"Assalammualaikum..mak. Adam dah sampai sini".

"Waalaikummusalam..Alhamdulillah selamat sampai sana. Kamu tinggal mana?". Tanya maknya dengan perasaan ingin tahu.

"Adam tinggal dekat dorm yang disediakan oleh pihak Universiti. Cantik dorm dia mak hehe".

"Baguslah macam tu. Mak banyak kerja nak buat ni. Mak letak dulu telefon ni ye?".

"Ye lah mak".

Adam mengemaskan barang dan meletakkan barang-barangnya di dalam almari dan laci yang disediakan.

Klak! Pintu terbuka apabila seorang lelaki tinggi lampai membuka pintu dorm tersebut. Adam sedikit terkejut.

"Are you Malaysian?". Tanya lelaki itu.

"Yes I am Malaysian". Adam tersenyum.

Lelaki itu juga berasal dari Malaysia dan ditawarkan untuk belajar di sini iaitu UK.

"Nama aku Adam. Kau?". Tanya Adam.

"Aku Farid". Jawabnya.

Mereka menceritakan kisah latar belakang mereka.

Badan Farid mula melekit lalu dia mengambil tuala dari bagnya. Dia menuju ke bilik mandi. Dia membuka pili air di dalam tab mandi. Dia nampak rambut keluar melalui pili air tersebut. Dia segera menutup pili air dan melupakan hasratnya untuk mandi malam itu. Dia segera masuk ke dalam dorm. Adam pelik kenapa dia tiba-tiba bersikap demikian.

"Cepatnya kau mandi?".

"Aku lap badan je tadi. Sejuk sangat". Jawab Farid dengan tipu.

Keesokkannya, Farid bangun dan lihat Adam sudah tidak ada di dalam dorm. Mungkin dia ada kelas. Fikirnya.

Farid menuju ke bilik mandi. Dia masuk bilik yang ada tab mandi. Dia membuka pili air untuk memenuhkan air dalam tab mandi tersebut. Dia berendam buat seketika bagi menenangkan mindanya yang kusut. Dia nampak ada segenggam rambut berada di dalam tab mandi lalu dia membuangnya namun rambut itu semakin banyak. Pintu bilik mandi tertutup dengan sendirinya. Lampu berkelip-kelip. Rambut itu melilitnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Suaranya seakan-akan tidak terkeluar masa itu. Seorang perempuan kelihatan di sudut bilik mandi tersebut dan melilitkan rambutnya di seluruh tubuh badan Farid. Farid kaku tidak bernyawa lagi ketika itu. Mukannya menjadi biru. Dia lemas di dalam air.

Adam baru pulang dari kedai buku. Adam nampak seluruh ahli dorm itu semuanya pergi ke bilik mandi. Alangkah terkejutnya apabila mayat Farid dalam keadaan mata terbuka dan mulut ternganga seakan terkejut. Mukanya biru. Dia kesian tengok Farid mati dalam keadaan yang mengerikan itu.

Mayat Farid akan dibawa ke Malaysia esoknya. Dia mengemas sedikit barang Farid yang berselerak. Dia juga sedih dengan kematian Farid. Dia perlu siasat siapa punya angkara. Dia ke hospital untuk tengok mayat Farid. Doktor membenarkan Adam tengok mayat Farid buat kali terakhir. Namun tujuan Adam ke situ adalah untuk menyiasat. Dia meneliti seluruh tubuh badan Farid. Ada rambut panjang di dalam mulutnya. Rambut siapa? Fikirnya yang bingung.

Adam meminta diri untuk pulang ke dorm setelah tengok mayat Farid buat kali terakhir. Dia meletakkan rambut itu di dalam bekas. Mungkin rambut ini dari tangki air di tingkat atas. Adam segera naik ke atas dan menjumpai tangki air tersebut. Dia perlu buka tangki air itu untuk melihat ada apa di dalamnya. Dia sudah buka dan terkejut bila ternampak rangka mayat seorang perempuan berambut panjang mati di dalam tangki tersebut. Dia tergelincir dan termasuk ke dalam tangki air itu. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Perempuan itu melilit Adam dengan rambutnya.

Maknya mendapat berita dari pihak Universiti bahawa Adam mati lemas di dalam tangki air. Maknya menangis begitu juga dengan Aqilah. Mayat Adam dibawa ke rumah. Maknya mencium dahi Adam buat kali terakhir. Aqilah sedekahkan surah yaasin kepadanya. Sebelum dimandikan. Maknya terjumpa rambut di dalam mulut Adam. Rambut siapa ni? Fikirnya.

Cerita Seram PendekWhere stories live. Discover now