Bab 16 : Bersama, Selamanya

Start from the beginning
                                    

  "Huh a-apa-apa dah jadi??"

  Raja yang terus terduduk dalam sarung coccoonnya bertentang mata dengan Fithri yang menekup mulutnya.

  "F-F-F-FIFI!!!!!"

  "Err ehehehe.... Hai."

  Raja terkial-kial keluar dari beg tidurnya dan berdiri tegak. Terlalu terkejut agaknya.

  "Kau... Kau dah sedar!"

  "Mestilah aku dah sedar. Janganlah terkejut sangat!" tawa Fithri melihat keadaan Raja yang sembab mukanya dan rambut lebatnya yang kusut-masai.

  "Tak... Kau tak tahu, Fifi! Kau koma!"

  "APA?"

  Mulut Fithri luas melopong. Separa hatinya seperti tidak percaya sahaja dengan kata-kata Raja. Tetapi takkanlah Raja hendak menipu pula?

  Fithri bangkit duduk perlahan-lahan dari posisi baringnya. Apit diletakkan di peha. "Berapa... Berapa lama aku koma?"

  "Tiga hari."

  "Hek eleh......! Aku ingat sebulan ataupun setahun! Hish, kau ni!"

  Fithri tergelak lagi, namun sedikit sahaja, kerana terlebih senyum atau terlebih tawa akan mengundang padah. Perit di pipi itu tidak tertahan!

  "Kau jaga Apitkah, selama aku koma?"

  Raja yang sedang mengemas tempat tidurnya tadi, tersentak sedikit. "Hmm? Ha'ah. Kucing kau tu rindu betul dengan kau, jadi aku sorok-sorok bawak Brad ke sini."

  "Namanya 'Apit', bukan 'Brad'! Berapa kali aku perlu beritahu? Dan aku berterima kasih pada kau kerana jaga Apit, tapi janganlah sampai begini! Lihat!"

  "Meow~?"

  "Brad yang nak makan banyak, aku beri sajalah! Dan kucing obes lebih comel dari kucing biasa!"

  "Apit! A-P-I-T!"

  "Tak kisahlah... nama panjangnya Brad Pitt, bukan? Aku panggil dia Brad. Sekurang-kurangnya aku tak panggil dia 'armpit'!"

  Fithri dan Raja tergelak besar, membingitkan bilik itu. Lagi bingit apabila Fithri menjerit mengaduh sakit sambil memegang kedua-dua belah pipinya.

  "Aduh... Kenapa dengan pipi aku, Raja? Sakit semacamlah."

  "Kau tak ingat?" Raja beraut natural sahaja apabila dia seret kerusi dan duduk di tepi katil Fithri.

  Fithri menggeleng. Raja mengeluh. Tangannya menyikat-nyikat sedikit rambutnya yang kusut tadi..

  "Aku tak ingat sejak... Zaim bawa aku ke bilik bedahnya dan inject aku dengan sesuatu. Itu saja yang aku ingat."

  Raja menyilang lengan, memeluk tubuh yang bersandar di kerusi. Ditenungnya Fithri, namun Fithri mengelak daripada bertentangan mata.

  Kerana mata serius Raja itu sangat menakutkan.

  "Kau jadi gila, kau tahu tak?? Kau datang entah dari mana, dan kau tembak tentera-tentera Zaim bertalu-talu... Dan kau berlawan dengan Zaim!"

  "Woahhhh, gempak gila!"

  "Gempak?? Zaim belasah kau sampai lumat dan Zaim tembak kau di kepala!! Kalau kau mati, macam mana???"

  "Kalau ya pun kau risau akan aku, janganlah marah aku... Aku masih hidup, bukan?"

  Keluhan kasar dilepaskan Raja. Malas hendak komen banyak. Fithri pula asyik mengusap-usap Apit yang sedang tidur.

HilangWhere stories live. Discover now