Bab 10 : Rahsia

1.6K 106 3
                                    

  "Aku cadangkan kita kembali ke gua sekarang."

  "Ya... Ya, aku setuju."

  Dan dengan perbincangan ringkas itu, Azim, Raja dan ahli-ahli kumpulan lain berpatah balik, melangkah laju ke gua.

  Kekecewaan menggunung tinggi apabila mereka terpaksa berhenti mencari Aqilah dan Ansar. Ya, kedua-duanya masih hilang tanpa kesan.

  Langit gelap. Langkah dipercepatkan.

  "Eh, dah hujan!"

  "Hati-hati, lantai hujan licin sedikit."

  "Aduh!"

  "Aku baru saja beri amaran tadi."

  Mereka semua sudah hampir sampai ke lokasi gua apabila langkah-langkah mereka dihentikan Raja.

  "Sesuatu berlaku di gua."

  Azim terkial-kial, juga hendak melihat apa yang telah berlaku. Cemas semua anak buahnya.

  Tiada pergerakan dilakukan oleh mereka. Semuanya senyap. Dari celah dedaunan hutan yang besar-besar, mereka kaku mengintip kawasan gua di hadapan mereka. Tidak nampak pula kesan-kesan seperti sesuatu sudah berlaku, seperti yang dikatakan Raja tadi.

  Pada awalnya, Raja dan Azim memutuskan untuk kekal bersembunyi buat beberapa minit, namun...

"TOLONGGGG!!!"

  Kumpulan Delta secara refleksnya keluar menuju ke gua. Ada yang memerlukan pertolongan.

  "Kamu semua!"

  Kumpulan itu tidak mampu mara ke hadapan, memasuki gua lebih dalam lagi. Hanya mampu menarik nafas terkejut.

  Ada tiga ekor serigala... Berbulu putih kelabu. Serigala-serigala itu yang tadinya mengepung sebahagian pelajar 5 Sains 1, kini menoleh belakang. Dengan ganasnya, serigala-serigala itu menyeringai, memaparkan taring-taring tajam bak pisau belati. Meleleh-leleh air liur binatang itu sambil ia menggeram kepada Azim dan Raja yang berada paling dekat.

  "H-Hei, serigala hodoh! Marilah ke sini!"

  "Raja, apa kau buat??"

  "Alihkan perhatian serigala-serigala," jawab Raja serius. "Kalian, bawa yang lain-lain lari ke luar gua."

  Yang perempuan dari Kumpulan Delta mengangguk. Azim dan Raja terus cuba mencuri perhatian serigala-serigala ganas di hadapan mereka.

  Berjaya. Serigala mendekati. Duo tadi mulalah rasa kalut.

  "Kamu semua! Sini, sini!" Syahindah mengajak-ajak rakan-rakannya yang dikepung serigala tadi. Bersama-sama, mereka semua keluar dari gua dan menuju ke hutan.

  Azim dan Raja turut melarikan diri.

  "Cepat, cepat!"

  Hujan mula turun dengan lebat. Laju mereka berlari mengikut si ketua kelas dan si pengakap hutan. Serigala-serigala tidak jauh di belakang, masih mengejar.

  Ke mana mereka tuju, tiada siapa tahu. Hutan gelap itu diredah sahaja.

  "Aduh!" 

  "Diyana, kau okey?" Irdina membantu Diyana bangun selepas dia terjatuh kerana tergelincir.

  "Okey... Eh, serigala sudah tiada!"

  Azim, Raja, Hani, Fithri, Diyana, Irdina, Hafiz dan Izzah menoleh serentak. Benarlah, serigala-serigala sudah tiada!

  "Mana mereka pergi?"

  "Serigala tu? Entahlah. Nasib baik kita semua selamat."

  "Tapi, mana Syahindah? Dan kawan-kawan lain?"

HilangKde žijí příběhy. Začni objevovat