"Oh... Eh, Fithri? Macam mana dengan dia??"

Irdina dan Diyana mengeluh perlahan. Gelengan perlahan daripada kedua-dua mereka menghancurkan harapan Izzah yang bertanya. Izzah, Hani dan Hafiz betul-betul berharap bahawa Fithri masih hidup. Tetapi...

"Maaf. Aku periksa mayat Fithri dan... aku tak mampu buat apa-apa lagi untuk selamatkan dia. Racun klon khas ciptaan Zaim merosakkan setiap sel organ-organ dalaman, jadi ia sangat berbahaya..."

Azim keluar dari tandas selepas tandas dipam.

"Err... Kenapa bermuka sedih?"

"Fithri tak dapat diselamatkan..."

"Oh."

Kesemua mereka yang berada di bilik Irdina, mengeluh perlahan. Sejak mereka dikurung Zaim, keluhan telah menjadi suatu kebiasaan.

"Apa-apa pun, kita perlu selamatkan diri. Keluar dari sini. Ada rancangan?" tanya Hafiz.

Irdina menggosok dagu, sedang berfikir. "Entahlah. Aku rasa, aku boleh terus menyamar jadi orang bawahan Zaim. Aku boleh mengakses ke semua pintu-"

"DAN KITA BOLEH KELUAR MELALUI PINTU UTAMA BANGUNAN NI!"

"Shhhh!! Senyap sikit, Azim. Sekarang waktu malam, Zaim dan kebanyakan mata-matanya sedang tidur, jadi jangan kejutkan mereka!" Irdina beri amaran. Azim dan yang lain-lainnya mengangguk tanda faham.

Sedang mereka duduk-duduk di sofa sambil makan makanan yang terdapat dari peti sejuk Irdina, keenam-enam mereka berbincang secara senyap.

"Aku dan Diyana boleh menyamar dengan menggunakan pakaian tadi. Kami pura-pura untuk bawa kalian keluar dari bangunan ni..." Irdina memberi cadangan, namun Diyana menggeleng.

"Tapi bangunan ni terletak di tengah-tengah hutan. Macam mana nak selamatkan diri kalau kita tak dapat nak keluar dari pulau ni? Zaim mungkin akan cari kita!"

"Tunggu," celah Hafiz, "maksud kau, kita masih berada di pulau? Pulau yang sama??"

"Ya, pulau yang sama."

Hafiz, Azim, Hani dan Izzah separa terkejut. Mereka angguk faham.

Irdina menjawab kembali soalan Diyana tadi, "fasal itu, Zaim dan orang-orangnya ada kenderaan dan laluan rahsia untuk mereka keluar masuk hutan ni. Mereka juga ada bot laju-"

"Kalau setakat bot laju, kita takkan sampai ke mana-mana tanah besar. Lautan sangat luas!" Izzah menyampuk. Yang empat orang lagi itu mengiakan.

"Oh. Betul juga tu..."

Irdina memerah otak lagi. Diyana juga begitu. Kedua-dua mereka sepatutnya membantu, kerana mereka berdua perisik Zaim yang tahu setiap lohong kelemahan Zaim, orang-orangnya dan bangunannya.

Seketika kemudian, Irdina berkata-kata lagi.

"Apa yang aku tahu, dalam bangunan ni ada tempat simpanan kenderaan. Dengar gosip orang-orang dekat sini, ada--"

"Tunggu. Tentera-tentera dan saintis-saintis dekat sini pun bergosip??"

"Ya, Azim. Mereka juga orang biasa..."

"PFFFFFFFTTT okey okey, sambung cerita."

Irdina mengeluh dengan kerenah Azim.

"Dengar cerita, ada tempat penyimpanan senjata dan kenderaan. Tempatnya besar. Barangkali ada bot yang lebih besar,... ataupun kapal!"

"Ataupun jet persendirian!"

"Wooooooaaaahhhhhhh~~~"

Ketika itu, kesemua mereka berangan-angan menaiki jet dan terbang ke sana ke mari.

HilangNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ