"Excuse me? I always look great. Everyday, not only tonight," kata Tengku Nadya seraya membetulkan kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"Whatever." Tengku Aizat mula menayangkan muka menyampahnya. Puji cantik malam ini pun tak kena, dikata pula cantik tiap-tiap hari. Serba-serbi tak kena. Pandangan matanya tertacap pada gadis yang berdiri di sisi Tengku Nadya. Cantik orangnya, sangat manis kerana bertudung.

"Kawan Nad ke?" Pertanyaan itu akhirnya terpacul keluar dari mulutnya.

"Nope, my cousin," jawab Tengku Nadya. Aik? Sejak bila pula buaya darat ini berminat dengan perempuan yang bertudung. Sejak bila pula seleranya bertukar?

"Your cousin? So maknanya my cousin jugak la ni?" Tengku Aizat bertanya kebingungan. Sejak bila pula gadis yang berada di tepi Tengku Nadya mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya? Setahunya daddynya hanya mempunyai dua orang adik sahaja, Tengku Nazman dan Tengku Halina. Tapi Tengku Halina hanya mempunyai dua orang anak sahaja iaitu Hana dan Haikal.

"Dia ni sepupu aku belah mama, jadi tak ada kaitan dengan kau," jawab Tengku Nadya. Kaitannya adalah sepupu kepada sepupu? Entah la nak.

"Aizat, ni Melissa. Mel, ni Aizat Fahri." Seolah-olah faham dengan isyarat mata yang dihantar oleh Tengku Aizat terus Tengku Nadya memperkenalkan Melissa kepada Tengku Aizat. Huh! Tak boleh tengok perempuan cantik.

Terkejut sedikit Melissa selepas mendengar nama yang disebut oleh Tengku Nadya. Bukan saja muka dan suara yang hampir sama tapi juga nama pun sama dengan seseorang yang dikenalinya.

"Ohh! Boleh panggil Lisa?" Tanya Tengku Aizat sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"I prefer Mel, sebab tak biasa dengar orang panggil Lisa," jawab Melissa dengan tenang. Huluran tangan Tengku Aizat dibiarkan begitu saja.

Tengku Aizat menarik kembali tangannya lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Riak wajahnya cuba dikawal. Malu sungguh! Rasanya ini kali pertama huluran tangannya dibiarkan sepi.

"Abang dengan adik kau kat mana?" Soal Tengku Nadya untuk menghilangkan rasa janggal yang terjadi apabila Melissa tidak menyambut huluran salam Tengku Aizat. Matanya meninjau keadaan sekeliling, mencari seseorang.

"Airin dengan kawan-kawan dia kat sebelah sana. Aiden kat sana dengan mummy dan daddy. Parents Ryna baru datang tadi," jawab Tengku Aizat sambil menunjukkan keberadaan adik dan abangnya.

"Mel, jom jumpa aunty dengan uncle," ajak Tengku Nadya. Wajah Melissa yang sedikit gelisah membuatkan dia tertanya-tanya. Kenapa? Apa yang terjadi?

Melissa hanya mengangguk lemah dan hanya mengekori langkah Tengku Nadya dari belakang seperti biasa. Tengku Aizat ada menyebut satu nama yang mengingatkan dia kepada seseorang sebentar tadi. Hatinya mula dipagut gelisah dan jiwanya seakan tidak tenang bila mengenangkan sebaris nama itu. Orang yang sama kah?

"Uncle, aunty. Happy anniversary." Tengku Nadya menghampiri Tengku Azalia lalu dipeluk wanita itu.

"Thank you, sayang." Tengku Azalia mengutumkan senyuman yang paling manis untuk anak saudaranya itu.

Setelah beberapa minit berbual-bual kosong dengan Tengku Azalia dan Tengku Fahrin, Tengku Nadya menariknya ke tempat lain pula. Kali ini pandangan matanya bertemu dengan seorang lelaki sedang membelakangi mereka berdua, lengkap memakai sut Armani. Melissa kembali menyedapkan hatinya dengan kata-kata, mungkin pelanduk dua serupa.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now