Middlefinger [4]

6.3K 92 5
                                    

Memang betullah aku ni forever alone. Lebih baik aku mandi dari layan mamat ni. Nanti umi membebel lah pulak lagi.

Selepas aku mandi, aku memakai baju office yang skema. Hari ni hari Selasa. Abah dah buat peraturan, setiap hari Selasa mesti guna baju office yang formal. Banyak-banyak hari, hari Selasa jugalah aku paling benci. Tak suka lah pakai baju formal ni.Entah apa punya peraturan yang abah buat tu. Isnin, Rabu, Khamis mesti pakai baju yang bersesuaian. Jumaat mesti pakai baju kurung. Eleh, kalau aku setiap hari baju aku baju kurung jer. Except hari Selasa lah, mesti pakai baju formal. Selesa apa baju kurung? Aku jarang guna baju yang boleh dianggap seksi oleh abah. Boleh kata memang matilah aku kalau aku pakai baju menjolok mata tu. Aku pakai tu pun kalau aku nak pergi "hilangkan stress". Faham-fahamkan jelah apa maksud aku tu. Seterusnya aku memakai perfume Givenchy yang aku beli dekat Itali dulu. Woah~ Italy was the best place to travel and relax. Lepas ni nak pergi ke Paris pulak. Aku belum pijak lagi tempat tu. Bukan aku takda duit, tapi faham-faham jelah yg aku ni CEO Hakim Holding. Sibuk memanjang jer.. Nanti lah bila aku kahwin baru pergi Paris. Kota Paris tu tempat yang perfect untuk orang yang dah kahwin jer. Pendapat akulah. Tapi kalau untuk orang macam aku ni, hmm. Dahlah tak sweet, garang pula tu. Aku ni kalau kau dah kenal, aku taklah segarang mana pun. Aku pun ada juga hati dan perasaan untuk bercinta. Pernah jugalah bercinta dengan beberapa lelaki sebelum ni, tapi memang semua tak kena dengan aku. Semua aku layan macam kawan biasa jer. Boyfriend pertama aku sewaktu aku tingkatan 4, Mohd Halfizi Bin Mohd Din. Inilah orang kata lelaki pertama yang dapat "menambat hati" aku yang keras macam batu ni time tu. Masa tu kan bodoh lagi, jadi maksudnya "Cinta Monyet"lah. Hantar-hantar surat, kenyit-kenyit mata, semua tu cam apa jer. Bertahan selama 1 tahun jer pun. Tak lama. Tu pun sebab aku nak SPM. Nak kena terajang oleh abah? Dahlah kami couple pun dalam diam. Kalau abah tahu time tu, pindah sekolah lah aku jawabnya. Dulu mana ada phone macam sekarang ni boleh Whatsapp,Wechat bagai. Main surat adalah. Tulah susah nak contact, last-last aku minta putus. Dia apalagi, tak keruan lah. Dialah pulak yang membawa diri ke Kelantan. So, bye my first boyfriend. Second boyfriend, Aiman Hakim. Eh, ni bukan abang atau siapa-siapa kepada aku okay. Nama abah kami jer sama, tapi kami takda kaitan sama sekali. This boy, aku bercouple dengan dia time aku habis tingkatan 5. Dalam banyak-banyak boyfriend, dia ni lah paling aku benci dan hanya bertahan selama 2 minggu. Cemburu dia bukan main. Macam taik betul. Sumpah, aku tak tipu. Lelaki ni lah boyfriend yang aku paling benci sehinggalah sekarang. Pernah satu hari tu dia kata dia nampak aku bermesraan dengan mamat bangla ke india ntah yang buat roti canai tu, what the hell?! Aku fikir punya fikir bila aku buat begitu, rupanya time aku beli roti canai. Ya Allah, aku tak bermesra pun dengan roti canai.. Dia kata aku pegang tangan bangla tu, eh bodoh.. Aku ni ada taste jugaklah biarpun dapat yang bodoh cam kau tapi taklah sampai nak dengan mamat bangla tu. Bangla gatal tu yang gatal sangat nak pegang tangan aku, nahh tak ker dia kena penumbuk berapi aku. Lepas jer dia tuduh aku macam tu, aku terus minta clash. Ehh, taknaklah aku nak berlaki macam dia tu.. Lebih baik aku single sampai tua dari kahwin dengan laki macam tu. Sampailah boyfriend aku yang terakhir, Kamarulhisyam Bin Gani. Okay, lelaki ni yang bertahan lama sikit. 1 tahun setengah nak dekat 2 tahun. Lama lah tu kan dari ex-boyfriend aku yang lain tu? Aku kenal Syam ni time dekat University lagi. Lama dah sebenarnya. Dah 3 tahun aku tinggalkan University aku tu. Yang nilah aku paling sayang, sebab dialah lelaki yang selalu ada kalau aku tengah sedih ker.. marah ker.. happy pun ofcourselah kan. Tetapi, disebabkan oleh seorang wanita yang lebih seksi dan cantik dari aku, Syam terus memutuskan hubungan kami. Lelaki ni pun gatal juga. Nak yang jalang jer. Tak nilai baik dan buruk dia dulu. Aku ni baik apa? GF paling baik yang awak pernah dapat tau! Susah nak cari GF macam aku ni. Selepas jer dia putuskan aku, dengan hati yang terluka.. aku bernekad untuk tidak bercouple lagi. Hebat tak? Jadi maksudnya, aku ni nak fokus pada kerja aku dululah. Sedih tu memang sedihlah, tapi nak buat macam mana? Dah orang tak suka, ikutkan jelah. Eh, banyak dah rahsia aku ni terbongkar.

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now